Wanita berisiko osteoporosis

5/18/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

osteoporosis
Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jisim tulang berkurang dan mengakibatkan tulang-tulang menjadi rapuh dan mudah patah.

osteoporosisTulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.
osteoporosis
Tanda-tanda osteoporosis
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.
Apabila tulang menjadi nipis, tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang belakang (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang rusuk atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki dengan sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga emas kualiti hidup mereka terjejas.
Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang belakang patah membuatkan ia susah untuk menyokong berat badan.
Sebab-Sebab
Semasa remaja tulang adalah sangat kuat dan padat. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat.
Faktor osteoporosis
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon estrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan Hormon lelaki , iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' dan Crohn's disease.
  • Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
bersenam

Pencegahan Osteoporosis

kalsium untuk tulang


Sekiranya osteoporosis tidak dicegah atau dibiarkan tanpa rawatan, ia akan berkembang perlahan-lahan tanpa

berasa sakit sehingga salah satu daripada tulang itu mengalami keretakan atau patah.


Kalsium

Meskipun kalsium begitu penting, didapati di AS hanya 25 peratus wanita yang menghidap 

osteoporosis mengalami kekurangan kalsium. Bukti baru ini dengan jelas menunjukkan vitamin D, 

magnesium, kuprum, zink, boron dan mangan juga penting untuk mewujudkan tulang yang kuat dan 

sihat. Semua nutrien ini hendaklah diambil bersama untuk mendapatkan metabolisme tulang yang 

optimum. Malah, ketiadaan hanya satu nutrien sekalipun boleh mengakibatkan tulang menjadi lemah dan 

membawa kepada osteoporosis. Lelaki dan wanita seharusnya mengambil suplemen kalsium sebanyak 800 

hingga 1,500 miligram (mg) sehari bersama dengan makanan untuk penyerapan yang optimum.


Vitamin D

Vitamin D membantu badan menyerap kalsium. Paras vitamin D yang rendah adalah perkara biasa bagi 

wanita terutama yang sudah berumur. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kekurangan kalsium dan 

akan menyebabkan tulang menjadi lembut (osteomalacia). 


Magnesium

Magnesium perlu untuk pemeliharaan dan pergerakan kalsium dalam tulang dan diperlukan untuk 

penggunaan vitamin D. Kekurangan magnesium sudah menjadi perkara biasa dan merupakan faktor risiko 

utama bagi osteoporosis.


Mangan

Mangan merupakan mineral surih diperlukan untuk membentuk tisu-tisu penyambung yang membentuk 

matriks, tempat pengumpulan mineral berlaku. Pengambilan harian yang disyorkan untuk mangan ialah 2 

mg.


Boron

Boron diperlukan untuk menukar vitamin D kepada bentuk aktif. Ini menerangkan mengapa kekurangan 

boron akan menjejaskan metabolisme kalsium dan pembentukan tulang. Boron mengurangkan kesusutan 

kalsium daripada tulang-tulang. Walaupun tidak ada RDA rasmi bagi boron, dosej harian yang mengandungi 

antara 1.5 hingga 3.0 mg boron adalah selamat dan mencukupi.


Zink

Zink menyokong pembentukan tulang dengan memperkuatkan tindakan vitamin D. Zink juga membantu 

mengekalkan struktur tulang dan terbabit dalam pembinaan tulang.


Kuprum

Kekurangan kuprum mungkin akan menyebabkan pengumpulan tulang yang tidak normal. Kuprum 

membantu membentuk blok-blok binaan untuk tulang-tulang. Panduan membeli suplemen


Apabila anda mencari suplemen untuk kesihatan sendi dan tulang, pilihlah suplemen Ostepakej 3 dalam 1 

yang baik yang menggabungkan glukosamina dengan kondroitin bersama kalsium, serta manfaat-manfaat 

tambahan daripada magnesium, vitamin D, boron, mangan, zink dan kuprum

ostematrix shaklee

Untuk bantuan konsultasi mengenai kesihatan dan kecantikan anda, hubungi Pengedar Bebas Shaklee

pengedar shaklee


 

Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jisim tulang berkurang dan mengakibatkan tulang-tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Tulan...

0 comments: