Doa dan amalan untuk Mendapatkan Zuriat

5/20/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Photo: ✿ Doa Mendapat ZURIAT ✿



Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.


Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:
Photo: ✿ Doa Mendapat ZURIAT ✿
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat kerana isterinya ang merupakan pengasuh Maryam mandul (ada juga sumber yang mengatakan Nabi Zakaria yang mandul), sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. memberikan Maryam a.s buah-buahan pada bukan musimnya. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci "rumah Qurban" yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah s.w.t, digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu.


Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya
Photo: ✿ Doa Mendapat ZURIAT ✿

Nabi Zakaria a.s. berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak untuk  menyambung perjuangannya.  Natijah daripada kesungguhan munajatnya yang ikhlas itu Allah s.w.t telah mengabulkan doa baginda.

Menurut 'Ata' dan Ibn Abas ayat berikutnya menggambarkan bahawa Allah s.w.t turut menjadikan isteri baginda seorang yang berakhlak sedangkan sebelum itu merupakan seorang yang kasar kata-katanya.

(Sumber dari buku Doa Menjadi Pengantin Setiap Hari, oleh Zahazan Mohamed & Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid Terbitan Telaga Biru)

Amalkan memorang baca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak.

set kesuburan shaklee

Untuk bantuan konsultasi hubungi pengedar bebas shaklee anda;
pengedar shaklee


Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni da...

0 comments: