Cara hilangkan sakit gigi paling mujarab tanpa perlu jumpa doktor

7/23/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 5 Comments

cara kurangkan sakit gigi



Pernahkah korang terkebil-kebil terbaring atas katil dari waktu tengah malam sampailah ke pagi gara-gara gigi sakit berdenyut-denyut? Puas berbaring, duduk. Puas duduk, berdiri. Tapi sakit gigi tidak hilang jugak. Sampaikan rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding je.

Sakit gigi ni boleh bermula dengan tiba-tiba atau secara beransur-ansur atau boleh juga sakit sepanjang masa. Sebab utama sakit gigi terjadi adalah apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam di mana terdapatnya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang atau membengkak.

Sebab-sebab utama radang pulpa adalah:

Karies gigi.

Karies gigi ni kalau dibiarkan untuk tempoh panjang akan jadi sebab utama sakit gigi. Pada mulanya, karies cuma ada pada permukaan enamel (lapisan paling luar). Jika dibiarkan, ia akan mula merebak ke lapisan dentin (lapisan kedua, antara enamel dan pulpa). Karies pada dentin boleh menyebabkan rasa ngilu dan sakit ketika mengambil minuman sejuk.

Tanpa rawatan yang sepatutnya, karies akan merebak ke pulpa. Apabila karies tiba di pulpa, kuman pulak mula serang. Biasanya kuman karies akan serang melalui saluran akar dan menyebabkan pembentukan nanah @ abses. Abses boleh menyebabkan kebengkakan dan sakit berdenyut-denyut yang berterusan sehinggalah rawatan yang sesuai diberikan.

Gigi retak (cracked tooth).

Retakan pada gigi muncul dengan jalur retak yang halus yang biasanya tak nampak pun dengan mata kasar. Ia biasanya berlaku kalau tampalan lama yang telah longgar, pecah atau tercabut.

Tampalan pada gigi yang dah lama mungkin akan mengalami sedikit kerosakan. Mungkin sebab ada pecah sedikit di bahagian tepi, longgar atau tercabut. Semua keadaan ini boleh menyebabkan lubang yang boleh bagi laluan kepada kuman untuk masuk ke dalam gigi dan menyebabkan jangkitan.

Gusi mengecut (receding gum).

Akibat penyakit gusi yang kronik, gusi boleh mengecut dan mendedahkan bahagian akar gigi. Bahagian akar gigi lebih sensitif kepada haba berbanding bahagian korona, jadi gigi mungkin akan terasa ngilu setiap kali anda cuba menikmati minuman berais.

Terdedahnya akar gigi juga bermakna akar cenderung kepada pembentukan karies yang seterusnya boleh menyebabkan kesakitan.

Selain itu, terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan sakit menyerupai sakit gigi walaupun gigi berkenaan sihat dan tiada radang pulpa, iaitu:

Abses pada gusi

cara hilangkan sakit gigi

Pengumpulan nanah pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman akibat trauma atau penyakit gusi kronik. Oleh kerana bengkak sering didapati berdekatan dengan gigi, kesakitan yang dialami boleh disalah tafsir sebagai sakit gigi.

Ulser pada gusi berdekatan gigi.

Sakit ketika gigi hendak keluar, contohnya gigi bongsu. Ketika gigi bongsu keluar, gusi di sekelilingnya boleh dijangkiti kuman dan membengkak sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan teliti. . Sakit gigi bongsu juga kadang-kadang boleh merebak sehingga ke rahang dan telinga.

Sinusitis atau resdung.

Oleh kerana akar gigi atas selalunya terletak berdekatan sinus dan saraf pada bahagian muka saling berkaitan antara satu sama lain, sinusitis boleh menyebabkan rasa sakit pada gigi terutamanya gigi atas di bahagian belakang.

Tips dan petua cara hilangkan sakit gigi dengan berkesan dan cepat


Majoriti orang sekarang ini, apabila sakit gigi sudah kerap sangat dan sudah tidak dapat tahan sakit lagi, barulah nak pergi berjumpa dengan doktor. Mungkin ada di antaranya bukan lah takut nak jumpa doktor, tapi bila prosedur perlu buat appointment dulu, itulah antara sebab utama tak nak jumpa doktor gigi.

Nak ke klinik gigi swasta memang la cepat tapi caj nya bukan main mahal lagi. Bila ke klinik kerajaan hari-hari tertentu je boleh jumpa doktor. Kena buat appointment dulu la. Apatah lagi bila kena tunggu giliran yang lama daripada sakit sikit boleh jadi lebih sakit. Ataupun sementara giliran tiba sakit pun dah hilang.

Sebagai cara alternatif untuk kurangkan sakit gigi sementara dapat berjumpa doktor gigi mungkin tips di bawah ini boleh diamalkan buat sementara waktu.

Doa  untuk sakit gigi


doa untuk hilangkan sakit gigi

Teh

Korang mesti pernah minum teh uncang atau teh celup itu bukan? Alaaa, Teh yang cuma masukan saja dalam air panas tu. Teh uncang ini juga boleh membantu meredakan sakit gigi dengan meletakan uncang teh yang telah direndam dalam air panas di bahagian yang sakit gigi.

Air Garam
Air garam merupakan salah satu petua lama cara meredakan sakit gigi. Caranya ialah masukan sedikit garam kedalam secawan gelas berisi air panas dan kacau sehingga sebati. Tunggu sekejap sehingga air kurang panas atau suam sebelum anda gunakan air garam tersebut untuk berkumur bagi menghilangkan sakit gigi anda.

Bawang Putih
Ambil dan hiris sedikit bawang putih dan letakan di tempat pada gigi anda yang sakit untuk beberapa jam (kira-kira 2 jam) dan sakit gigi anda akan berkurang sedikit.

Gambir
Gambir biasanya popular dengan produk kesihatan tenaga batin, tetapi gambir juga sebenarnya selalu digunakan dalam petua untuk melegakan sakit gigi. Caranya ialah tumbuk gambir hingga hancur dan gambir dalam air panas/suam. letakan pada bahagian gigi yang sakit dan anda akan mulai rasa sakit gigi anda menghilang.


Bunga Cengkih
Guna bunga cengkih dan letakan pada bahagian gigi yang sakit. Anda boleh gigit atau letakan pada bahagian gigi yang sakit dan biarkan beberapa lama. SSelepas itu, sakit gigi anda akan berkurang dengan sendirinya.


Lidah Buaya
Lidah buaya ini memang banyak sangat kegunaan kepada kehidupan seharian kita dan juga seperti di produk perubatan dan kecantikan. Lidah buaya juga terbukti boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi dengan menyapu gel ke bahagian yang sakit gigi. Walaupabaimanapun, cara ini sedikit susah bagi segelintir orang kerana ada yang tidak tahan dengan gel lidah buaya yang diletakan di dalam mulut.

Selain daripada kaedah tradisional di atas, terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu menangani masalah sakit gigi.

vitamin untuk masalah gusi


Vita-C Plus

Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara gusi daripada jangkitan virus dan bakteria.

Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium yang tinggi, amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Pengambilan ostematrix juga dapat meredakan bengkak pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman.

Garlic Complex
Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi sememangnya telah dipraktiskan di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan bakteria pada pulpa dan enamel. 

Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria yang menyerang pulpa dan enamel gigi.

Boleh lihat testimoni ubat ini DI SINI.

Semoga petua cara hilangkan sakit gigi diatas boleh membantu meredakan sakit gigi anda. Tetapi anda perlu ingat, berbeza dengan sakit ulser mulut bahawa petua diatas cuma dapat meredakan sakit gigi anda buat sementara dan anda tetap masih perlu berjumpa dengan doktor untuk menyelesaikan masalah sakit gigi anda sepenuhnya.


Jika anda ingin mendapatkan vitamin ini anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah. Setiap pembelian,anda akan diberikan konsultasi secara percuma.

call/sms/whatsapp 016 2222 531


NURUL HUSNA (follow saya FB)

Pernahkah korang terkebil-kebil terbaring atas katil dari waktu tengah malam sampailah ke pagi gara-gara gigi sakit berdenyut-denyut...

5 comments:

  1. petua tu bulih amal bila perlu but shaklee is owshemm

    ReplyDelete
  2. owh.. shaklee pun ade untuk sakit gigi.. good info sis

    ReplyDelete
  3. Mcm mana nk hilangkan rasa sakit gigi geraham bahagian atas belakang nk mkn apa2 pun x blh Sb dah goyang tp bl cuba nk cabut x blh Sb akan terasa sakit

    ReplyDelete