Resepi Milkshake dan Smoothie untuk menarik minat anak-anak minum susu

7/25/2015 nurul husna 0 Comments

Smoothie Tembikai Susu

Resepi smoothie tembikai susu

Penyediaan untuk 2-3 orang

Bahan-bahan

4 sudu susu tepung

1/2 cawan air

1 potongan wedge tembikai susu

2 sudu besar gula

1 sudu besar madu lebah asli
Ais


Cara penyediaan

1. Campurkan susu tepung dengan air sejuk dan gaulkan hingga sebati.
2. Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga lembut dan naik buih.
3. Sedia untuk dihidang.

Smoothie Susu Laici


Penyediaan untuk 2-3 orang

Bahan-bahan

4 sudu susu tepung

1/2 cawan air

10 biji laici dalam tin

1/4 cawan sirap laici

Ais

Cara penyediaan

1. Campurkan susu tepung dengan air sejuk dan gaulkan hingga sebati.
2. Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga lembut dan naik buih.
3. Sedia untuk dihidang.

Milkshake buah avokado


Penyediaan untuk 2-3 orang

Bahan-bahan

4 sudu susu tepung

1/2 cawan air

1 biji buah avokado

4 sudu besar madu lebah asli

Ais

Cara penyediaan

1. Campurkan susu tepung dengan air sejuk dan gaulkan hingga sebati.
2. Potong buah avokado dan campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga lembut dan naik buih.
3. Sedia untuk dihidang.

Milkshake pisang dengan strawberi

Resepi milkshake strawberi

Penyediaan untuk 2-3 orang

Bahan-bahan

4 sudu susu tepung 

1/2 cawan air

5 biji buah strawberi

1 biji pisang

1 scoop ais krim vanila
2 sudu besar gula


Cara penyediaan

1. Campurkan susu tepung dengan air sejuk dan gaulkan hingga sebati.
2. Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga lembut dan naik buih.
3. Sedia untuk diminum.


Selamat mencuba. Resepi boleh diolah ikut citarasa masing. Bagi peminat meal shakes shaklee, boleh digantikan susu tepung dengan meal shakes.

Smoothie Tembikai Susu Penyediaan untuk 2-3 orang Bahan-bahan 4 sudu susu tepung 1/2 cawan air 1 potongan wedge tem...

0 comments: