Surirumah; ketahui cara menggayakan rambut yang sesuai dengan raut wajah buatkan suami tak keluar rumah

7/02/2015 nurul husna 0 Comments

tips kecantikan untuk surirumah

Walaupun bergelar surirumah dan bertudung setiap kali keluar rumah, penampilan harus diutamakan. Kan dah jadi kewajipan isteri berhias untuk suami.Kadang-kadang gaya rambut pun boleh menampakkan anda jauh lebih muda.

Kalau dah nampak muda, cun melecun pulak tu...gerenti suami tak berani nak lepak lama-lama kat luar. Walaupun di mata ada kawan-kawan sekepala, di hati tetentuk ap muncul wajah isteri yang jelitawan.

Setiap kali ke saloon untuk memotong dan menggayakan rambut, biasanya kita mudah tertarik dengan trend semasa. Tak salah nak ikut trend tapi tak semestinya ianya sesuai dengan bentuk muka kita.

Jadi langkah pertama, tentukan bentuk wajah anda dulu. Lepas tu follow tips di bawah ni. Then nanti pilih trend yang mengikut ciri-ciri tersebut.

Bentuk wajah bujur


Beruntung anda yang memiliki bentuk wajah ideal seperti ini. Hampir semua potongan rambut mulai dari 'bobi', 'layered', pajang ataupun pendek sesuai dengan anda.

cara penggayaan rambut
Gaya rambut bobi layered

Perhatikan bentuk leher serta kedudukan bahagian wajah yang lain seperti hidung atau mata. Misalnya, 'fringe' di dahi boleh menyerlahkan lagi mata anda, sementara dahi yang bebas rambut akan menonjolkan bentuk hidung.

Jika leher anda panjang, sebaiknya hindari potongan rambut yang terlalu pendek agar leher tidak nampak terlalu panjang. Sebaliknya yang berleher pendek, potongan rambut pendek dapat membantu membuatkan leher anda nampak lebih jinjang.

Bentuk wajah bersegi


Bentuk wajah seperti ini biasanya nampak 'keras' kerana struktur rahang nampak jelas. Hindari potong rambut di atas telinga. Potongan rambut 'shaggy bob' di bawah telinga dan layered ataupun biarkan rambut terurai menutupi pipi dapat membantu menutup wajah bersegi.

cara penggayaan rambut
Gaya rambut shaggy yang panjang

Bentuk wajah bulat


Ciptakan kesan wajah yang lebih panjang dengan potongan rambut 'layered'. Tutup pipi dengan membiarkan sedikit rambut terurai. Jika rambut anda jenis mengembang, cubalah untuk mengurangkannya. Caranya, semburkan 'hairspray' dan tekan serta sikat untuk menipiskannya.

cara penggayaan rambut
Gaya rambut layered paras bahu


Bentuk wajah pear atau panjang


Fokuskan potongan rambut di bahagian dahi, dengan cara memberi fringe untuk menampakkan kesan wajah yang lebih pendek. Pilih potongan 'layered' yang klasik dan sematkan rambut ke belakang telinga. Panjang rambut sebaiknya tidak melepasi bahu.

cara penggayaan rambut
Gaya rambut dengan fringe di dahi


Bentuk wajah hati


Hindari potongan rambut yang sangat pendek, cukuplah paras dagu. Tutup dahi dengan fringe tipis kemudian naikkan rambut di bahagian sisi kanan dan kiri pipi.

cara penggayaan rambut
Gaya rambut dengan fringe di dahi dan di naikkan kiri dan kanan

Semoga anda berjaya menawan hati suami dengan tips ini yer.

Walaupun bergelar surirumah dan bertudung setiap kali keluar rumah, penampilan harus diutamakan. Kan dah jadi kewajipan isteri berhias ...

0 comments: