Tips skor A dalam Fizik SPM yang sering dianggap subjek yang susah

10/05/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments

tips skor a dalam spm

Lebih kurang 30 hari lagi dah pelajar tingkatan 5 dan bakal calon SPM akan menduduki peperiksaan. Dalam tempoh yang sesingkat ini masing- masing dah tak boleh duduk diam nampaknya tapi tak kurang juga yang masih dalam comfort zone, still dalam mood honey moon.

Dan sebab itulah menderu-deru whatsapp dan SMS yang saya terima untuk dapatkan tips untuk score dalam SPM. Nasihat saya cuma jangan sia-siakan sisa waktu yang ada.


  • Gunakan masa sebaiknya untuk buat revision. 
  • Listkan di antara bab yang lemah dan yang dah skor mengikut subjek.
  • Kerap berjumpa guru untuk diskus bab yang masih lemah.
  • Dan jangan terlalu study hard tetapi study la secara smart.

Berdasarkan pengalaman saya mengajar tuisyen subjek Fizik SPM yang dah lebih 5 tahun, saya ingin kongsikan beberapa tips berguna untuk skor A dalam subjek Fizik. Tips ini boleh dijadukan panduan awal kepada pelajar tingkatan 4 dan rasanya masih belum terlewat untuk pelajar tingkatan 5 untuk mengaplikasinya.


Ramai yang beranggapan Fizik itu subjek yang susah tapi hakikatnya Fizik itu indah. Saya pun tak terkecuali. Tapi sejak tingkatan 4 saya sangat meminati subjek fizik sebab semasa awal-awal topik fizik tingkatan 4 melibatkan pengiraan dan saya sangat suka kira-kira @ matematik. Tapi makin lama makin susah (masa tulah).

Lepas SPM saya masuk kolej matrikulasi dan ambil sains fizikal, fizik lagi. Di universiti pun saya ambil pure Fizik dan masa tu saya sedar betapa ruginya dulu tak belajar betul-betul sebab fizik ni sangat best dan fizik SPM tu senang je sebenarnya. Segala yang dipelajari sangat dekat dengan kita, cuma kita tidak diberikan pendedahan.

Dengan beberapa tips si bawah ni mungkin dapat membantu adik-adik/anak-anak pelajar sekalian.



Tips untuk skor A Fizik SPM


1. Buang segala tanggapan dan jangan terlalu dengar kata-kata senior yang fizik tu subjek yang susah.

2. Niatkan dalam hati untuk mempelajari dan menambahkan ilmu Allah. Elakkan fikir belajar untuk peperiksaan. Bila asyik ingat exam otomatik akan jadi stress. Enjoy je masa belajar.

3. Fokus semasa di dalam kelas. Berikan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Catatkan tips penting yang cikgu nyatakan semasa sesi pembelajaran.

4. Jika ada sebarang kemusykilan jangan malu bertanya. Biarlah kawan-kawan nak gelakkan atau cakap soalan 'bxdxh' atau tak logik pun. Hakikatnya kawan korang bukan tahu pun. Diorang pun sama tak paham tapi malu nak tanya.

5. Fahamkan betul-betul bab 1 (Pengenalan kepada fizik) dan bab 2 (Daya dan gerakan). Ini adalah asas kepada subjek fizik. Kalau bab ni korang dah betul-betul skor, InsyaAllah bab seterusnya senang nak faham.

6. Sentiasa buat revision di rumah mengikut tajuk/topik yang dah belajar. Bila buat latihan baru anda akan dapat kenal pasti bahagian mana yang faham atau tidak. Kalau tak dapat jangan biarkan kertas/buku tu kosong tak berjawab terus...pergi jumpa guru dan bincang dengan guru. Nak tanya saya pun boleh. Dialu-alukan.

7. Jika tak faham dengan cara pengajaran guru, sertai kelas tuisyen berdekatan anda. Semoga dengan persekitaran baru di pusat tuisyen dapat membantu menarik minat anda.


8. Setiap kali nak selesaikan masalah/soalan yang melibatkan pengiraan keluarkan maklumat yang diberi dan pilih formula yang sesuai.

9. Kalau ada proses atau konsep yang anda kurang faham boleh search video di you tube. Kebanyakan video di you tube sangat membantu tapi search guna term/keyword english yer. Gunakan kemudahan yang ibu bapa sediakan sebaiknya. Lagipun sekarang majoriti studen ada smart phone. Korang yang baca tips ni pun guna smart phone jugak kan.

Untuk pengetahuan adik-adik/anak-anak pelajar, saya ada menjalankan kelas intensif kepada pelajar tingkatan 4 setiap cuti persekolahan akhir tahun. Ianya sebagai persediaan kepada SPM dan ulangkaji bagi topik tingkatan 4. Ianya terletak di ;



Taman Bunga Cempaka Biru, 
Parit Raja, Batu Pahat, Johor
(Berdekatan KFC Parit Raja)


Selain itu, saya juga ada menjalankan kelas tuisyen Fizik SPM secara online.


Klik Kelas Tuisyen Online Fizik SPM untuk menyertai

Atau hanya klik link whatsapp yang berikut;
http://www.wasap.my/60162222531

Lebih kurang 30 hari lagi dah pelajar tingkatan 5 dan bakal calon SPM akan menduduki peperiksaan. Dalam tempoh yang sesingkat ini masing- ...

1 comment: