Amalan berpantang; Perlukah berpantang selepas bersalin atau sekadar amalan turun temurun?
Berpantang selepas bersalin menjadi amalan turun temurun masyarakat Melayu. Apakah kaitannya berpantang ini dari segi kesihatan diri? Adakah ia benar-benar disarankan dari segi perubatan?
Tidak dinafikan lagi amalan berpantang sangat-sangat la digalakkan. Waktu berpantang hanyalah 6 minggu atau selama 42 hari sahaja. Tapi ada jugak yang berpantang selama 100 hari.
Mengapa perlu berpantang selepas bersalin?
- memberi ruang untuk ibu pulih sepenuhnya dari penat lelah selama lebih 9 bulan tempoh kehamilan dan juga trauma semasa proses bersalin.
- Tempoh untuk ibu belajar menyesuaikan diri dengan status dan tanggungjawab sebagai ibu.
- Tempoh untuk fungsi sistem pembiakan kembali pulih. Sebab itulah dalam tempoh berpantang tidak dibenarkan segala bentuk aktiviti kelamin.
- Supaya ibu dapat memberikan sepenuh perhatian kepada bayi yang baru nak mengenal persekitaran baru.
Cara berpantang mengikut amalan tradisional
#1 Mandian
Pucuk muda serta daun-daun kayu digunakan untuk membersihkan diri. Khasiat dan tumbuhan ini berupaya melancarkan peredaran darah, membersihkan kulit dan menyegarkan badan.
#2 Bertungku
Bertungku adalah satu amalan wajib dilakukan semasa tempoh berpantang. Ia bertujuan untuk mengecutkan otot bahagian perut dan bahagian perut selain membuang angin. Bertungku juga membantu perut agar lebih cepat kempis.
Biasanya daun mengkudu paling dicari untuk membalut batu tungku. Sifatnya yang panas sangat sesuai untuk wanita berpantang. Ibu yang bersalin secara ceaserian tidak dibenarkan bertungku sehinggalah luka pembedahan benar-benar sembuh di bahagian dalam dan luar abdomen.
#3 Bertangas
Bertangas pula dapat menyembuhkan luka jahitan dengan kadar segera. Apabila bertangas, bahagian luka tersebut akan cepat kering, mengecut dan cepat sembuh seperti sedia kala.
#4 Mengurut
Mengurut sangat penting semasa berpantang. Tujuan nya untuk memperkemaskan bahagian perut kerana segala jenis penyakit berpunca daripada situ. Minyak urut dari tumbuhan asli seperti kelapa dan campuran halia, bawang putih dan lain-lain juga turut digunakan.
#5 Pengambilan jamu / suplemen
Di samping mengamalkan 5 kaedah tadi, pengambilan jamu/suplemen juga perlu. Akar-akar kayu dan juga herba-herba seperti akar serapat besar, akar tongkat ali dan akar kacip fatimah berperanan besar menjaga kecantikan dalaman dan kesihatan wanita.
Suplemen seperti vitamin juga digalakkan untuk membantu membekalkan darah akibat kehilangan semasa melahirkan dan darah nifas. Vitamin juga berperanan penting dalam menghasilkan nutrisi yang mencukupi untuk merangsang tubuh badan ibu menghasilkan susu badan di samping membekalkan tenaga yang hilang semasa bersalin.
Lagi pula semasa tempoh berpantang banyak makanan yang perlu dielakkan. Jadi kebarangkalian besar banyak nutrisi yang tidak diperolehi oleh badan.
Jika ibu tidak mengambil berat penjagaan tubuh badan sepanjang tempoh berpantang, ibu berisiko mengalami kesan-kesan berikut:
Rahim Jatuh / Prolapse
Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai ke permukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.
Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
- kerap kencing
- sakit ketika nak kencing
- kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini di panggil (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.
Gangguan Hubungan Kelamin
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.
Ramai wanita serta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj dan diikuti dengan masalah kentut faraj.
Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.
0 comments: