Kenali 6 pantang larang semasa berpantang selepas bersalin

10/18/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

berpantang selepas bersalin


Dalam entri saya sebelum ini ada saya bincangkan kepentingan berpantang buat ibu-ibu selepas bersalin. Jadi kali ini saya nak panjangkan lagi topik ni dan kongsikan pantang larang semasa berpantang. Pantang larang ni pun bertujuan untuk memelihara kesihatan tubuh badan juga.

Jom kita check satu persatu pantang larang berpantang ni yer.

#1 Mandi dengan cara duduk di bangku

Semasa mandi hendaklah duduk di bangku. Cara ini bertujuan untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk dibangku, anda tidak perlu menggunakan banyak tenaga disebabkan ibu baru bersalin masih dalam keadaan lemah untuk berdiri lama.


Guna bangku kecik macam ni je

#2 Rapatkan kaki semasa tidur

Cara ini pula dikatakan supaya peranakan cepat sembuh. Anda juga tidak boleh aktif. Hanya duduk diam di atas katil selama seminggu. Bosan kan? Tapi inilah untuk kebaikan anda. Cuba fikir kalau asyik bergerak, jahitan pada episiotomi akan sentiasa bergeser. Jadi macam mana luka tu nak sembuh dengan baik.

#3 Pantang 100 hari

Sanggup tak nak berpantang 100 hari? Kalau saya sebulan pun dah tak senang duduk. 100 hari ini cuma berpantang dari segi pemakanan dan tidak mengadakan hubungan suami isteri je pun. Ini untuk memastikan kesihatan badan dan peranakkan benar-benar sudah pulih.

#4 Sentiasa duduk bersimpuh

Duduk bersimpuhlah perkara paling seksa semasa berpantang tapi itulah yang terbaik. Maklumlah selepas bersalin tulang belakang masih dalam keadaan bengkok jadi agak sakit kalau duduk lama-lama.

Keadaan tulang belakang semasa hamil

Boleh juga duduk diatas sofa, ianya lebih selesa tapi pastikan kaki dirapatkan. Nak elakkan kaki terbuka senang je. Sentiasalah memakai bengkung sampai ke bawah pinggul. Bukan je boleh elakkan kaki terbuka tapi boleh kempiskan perut dengan pantas.

#5 Elakkan ibu jari kaki daripada terhantuk

Semasa dalam pantang, berjalanlah secara perlahan. Ia bertujuan untuk mengelakkan ibu jari daripada terhantuk. Elakkan juga daripada melunjurkan kaki menghala laluan orang lalu lalang supaya kaki tidak disepak. Ada kalanya kaki yang terhantuk atau disepak akan menyebabkan bleeding, pitam atau pun bentan.

#6 Jangan duduk mencangkung

Jangan sesekali duduk mencangkung semasa buang air atau dalam apa keadaan sekali pun. Pastikan di rumah anda terdapat tandas duduk. Mencangkung memberi risiko jahitan episiotomi terbuka semula atau terkoyak lebih besar. Eee...seriau.

Dalam entri saya sebelum ini ada saya bincangkan kepentingan berpantang buat ibu-ibu selepas bersalin. Jadi kali ini saya nak panjan...

0 comments: