Cara cepat legakan sakit tekak supaya suara jadi bak buluh perindu semula

10/14/2015 nurul husna 0 Comments

cara atasi suara serak


Bila musim panas, sudah semestinya kerap minum minuman berais. Memang senang sangatlah nak kena sakit tekak. Tapi siapa yang nak sakit tekak kan..Rasa sakit yang kadang-kadang jadi sangat perit kalau dibiarkan. Kesannya susah nak bercakap, makan dan minum.

Jadi ada ke cara paling cepat untuk legakan sakit tekak ni? Sudah semestinya lah ada. Lebih baik CEGAH sebelum ianya PARAH !!

Bila rasa perit di tekak, anda boleh amalkan beberapa cara di bawah;

#1 Banyakkan minum air

Jika anda kerap minum air, insyaAllah dalam masa 2-3 hari sakit tekak akan sembuh.


#2 Ambil Vitamin C

Sakit tekak adalah disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Pengambilan vitamin C berfungsi untuk menguatkan sistem imun badan bagi melawan serangan virus/bakteria.

Sememangnya banyak terdapat vitamin C yang terjual di pasaran tetapi pilihlah vitamin C yang organik dan natural seperti Sustained Released Vita C Shaklee. Ataupun anda boleh juga minum air suam yang telah direndam bersama hirisan lemon.

#3 Elakkan makan MANIS, MASIN dan PEDAS

Kalau still tak berjaya dengan langkah pertama cuba elakkan makan dan minum MANIS, MASIN dan PEDAS. Paling penting jangan minum minuman berais. Makanan/minuman ini akan menyebabkan tekak berasa lebih gatal.

#4 Ambil UBAT KUMUR

Amalkan juga dengan mengambil ubat kumur. Selain daripada yang ada dijual di kedai dengan jenama colgate, listerine, oral b dan lain-lain, boleh juga kumur dengan air garam (air suam + garam halus). Lakukan beberapa kali. 

Cara ni untuk mematikan virus/bakteria penyebab sakit tekak. Boleh juga kumur dengan air yang dicampur serbuk cayenne.

#5 Teh herba

Salah satu ubat sederhana pereda sakit tekak adalah teh herba. Teh herba yang dapat dimanfaatkan sebagai ubat sakit tekak antaranya teh hijau, teh lemon atau teh chamomile.

#6 Madu dan lemon

Salah satu resepi yang paling lama diamalkan dan patut dicuba adalah campuran lemon dan madu. Pastikan ianya madu asli.

Caranya, ambil 1 sudu teh/ 5 ml madu, 5 ml air lemon dan 5 ml air halia. Ini akan membantu mengeluarkan lendir dan meredakan sakit tekak.

#7 Susu kayu manis

Minum susu kayu manis juga dapat meredakan perit sakit tekak.

Caranya;
  • Campurkan 250 ml susu tawar dengan secubit serbuk penaik, 1 sudu gula pasir, 1 sudu teh madu dan setengah sudu teh serbuk kayu manis.
  • Kacau rata kayu manis, gula pasir dan serbuk penaik, kemudian baru tambahkan susu dan kacau selama 1 minit.
  • Panaskan di atas dapur dengan api kecil. Jangan sampai mendidih.
  • Tambah madu setelah susu hangat. Sedia untuk dihidangkan.


Jika sakit tekak masih berpanjangan dan belum sembuh, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

*********************************************************

Semoga sedikit perkongsian daripada saya memberikan 1000 manfaat kepada anda.

Bila musim panas, sudah semestinya kerap minum minuman berais. Memang senang sangatlah nak kena sakit tekak. Tapi siapa yang nak saki...

0 comments: