Tips bangun sahur dengan MUDAH dan BERSEMANGAT agar puasa lebih bertenaga

7/01/2015 nurul husna 3 Comments

tips berpuasa dengan lebih bertenaga

Dah 2 minggu kita berpuasa. Ada tak yang tak pernah bangun sahur sejak hari pertama puasa? Biasanya yang termasuk dalam golongan ni kebanyakan anak-anak bujang dan pelajar. Masing-masing jenis berjaga sampai tengah malam dan for sure la susah nak bangun sahur.


Mungkin ada yang jawab, "Saya dah sahur tadi pukul 2 pagi sebelum tidur.." Nabi pun pesan lewat-lewatkan sahur kan. Why not ambil peluang kumpul pahala bersahur untuk baki 15 hari lagi ni. Lepas tu ambil peluan baca quran sementara tunggu subuh. Dan akhirnya boleh terus solat subuh awal waktu. Lagi cantik kalau dapat solat berjemaah di surau atau di masjid. Betapa bestnya dapat kumpul pahala berganda-ganda ni.


Jadi untuk pastikan korang boleh bangun sahur dengan bersemangatnya, cuba ikut tips ni;

1. Tidur Lebih Awal


Setiap orang memiliki waktu tidur yang berbeza-beza. Kalau korang jenis wajib tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari, so selewat-lewatnya pukul 12 dah kena tidur supaya boleh bangun seawal pukul 4 pagi untuk prepare makanan sahur. Kalau jenis makan ala kadar tinggal panaskan makanan semalam je pukul 5 pun sempat lagi.

Mungkin ada yang cakap, "Tidur pukul 12 bangun pukul 4 baru 4 jam tidur. Mana cukup.." Sebenarnya apa yang korang tak tak tahu dari pukul 10 malam hingga 3 pagi, setiap 1 jam bersamaan 3 jam tidur.


2. RCA (Rahsia Cermin Ajaib)


Apalah agaknya RCA @ Rahsia Cermin Ajaib ni agaknya. Bagi yang dah pernah praktik dan amalkan sure korang yakin dengan keberkesanannya kan.

RCA ni korang berdiri depan cermin, cakap pada individu dalam cermin tu sebijik macam korang cakap pada kawan-kawan korang. Cakap dengan penuh perasaan. Jangan cakap dalam hati pulak. Cakap biar telinga korang boleh dengar.

Tapi nak cakap apa?

"Siti (sebut nama masing-masing), pagi esok sure ko boleh bangun sahur tepat pukul 4 pagi. Bangun dengan semangat dan segar. Ko mesti kumpul pahala sahur, baca Quran, solat tahajud dan solat subuh awal. Ko mesti boleh punya. Ko kan HEBAT.."

Puji la diri masing-masing. Tujuannya untuk kejutkan minda separa sedar. Minda separa sedar ni la yang banyak control perkara-perkara negatif dalam diri korang tu.


3. Pasang Alarm dan Letakkan Jauh-jauh


Biasanya bagi yang susah bangun, ada 10 jam loceng pun belum tentu bangun. Mana taknya otomatik tangan tu tekan button OFF atau SNOOZE. Jadi letakkan jam loceng atau handphone korang jauh dari tempat tidur dan pasang volume kuat-kuat. satu jam beker tidak akan mempan. Dengan cara ni, korang pasti terpaksa bangun dari tempat tidur untuk mematikan jam beker. Boleh juga guna bunyi-bunyian dari lagu-lagu feveret korang supaya lagi semangat.


4. Jangan Makan Makanan Berat Sebelum Tidur


Tidur dalam keadaan yang terlalu kenyang akan buatkan korang tidur bertambah lena. Mungkin boleh dikatakan sebagai 'tidur mati'. Boleh jugak buat yoga untuk relaks badan sebelum tidur. Kalau tak pandai yoga sekadar buat senaman ringan yang menenangkan fikiran.


5. Beri Hadiah pada  Diri Sendiri


Cuba sediakan reward pada diri sendiri setiap kali koramg berjaya bangun sahur. Contoh belikan shawl ke, baju ke, atau sebarang barang feveret korang. Tak pun rewardkan makanan feveret korang semasa berbuka nanti.


6. Terus bangun lepas dengar Bunyi Alarm


Jika terdengar bunyi alarm mungkin agak susah nak buka mata tapi cuba layan nafsu nak tidur tu. Paksa juga diri untuk bangun atau bergerak. Sekurang-kurangnya bangun pergi ke toilet untuk buang air. Walaupun tak buang tapi bila tubuh kena air yang sejuk mesti mata lebih mudah dibuka.


7. Mandi di awal pagi


Selain daripada menyegarkan badan, sebenarnya tabiat mandi awal pagi menyihatkan badan dan membantu menyingkirkan cas-cas negatif penyebab pelbagai penyakit seperti stress, sakit kepala, selesema, resdung dan lain-lain lagi.

Bila badan dah segar, nak tahajud dan qiamullail nanti pun lebih bersemangat.

Selamat mencuba. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Dah 2 minggu kita berpuasa. Ada tak yang tak pernah bangun sahur sejak hari pertama puasa? Biasanya yang termasuk dalam golongan ni keb...

3 comments:

  1. masa belum kahwin bangun sahur ni memang berat..
    tapi lepas ada anak-anak ni..
    kena jugak bangun sahur sebab ingatkan dorang..
    kesian pulak kan kalau dorang tak makan pagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kehadiran anak-anak tu la tambahkan nikmat bersahur tu.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete