11 cara mengatasi anak yang kerap tidur lewat supaya tidak lewat ke tempat kerja lagi

7/05/2015 nurul husna 2 Comments

cara mengatasi anak tidur lewat

Anak-anak sememangnya banyak ragam nya. Lebih unik walaupun ada 10 orang anak kesemuanya mempunyai ragam yang berbeza. Walaupun agak mencabar untuk melayan kerenah si manja, tapi itulah yang membuatkan hidup kita sebagai ibu bapa penuh warna warni.

Actually anak saya pun sama. Selagi belum jam 12 tengah malam, mata masing-masing bulat je lagi. Especially kalo diorang dah tidur sebelah petangnya. Mungkin gara-gara masa preggy saya selalu berjaga sehingga tengah malam kot.
Biasalah kalau dah masuk trimester ke3 gerenti dah tak ada nikmat tidur lagi. Boleh dikatakan selalu jugaklah saya jadi burung hantu. Lepas subuh baru boleh tidur. Tu pun sebab dah betul-betul mengantuk. Akibatnya turun pada anak-anak.

Tapi tahun ni anak saya yang sulong dah mula sekolah. So saya agak tegas.. Paling lewat jam 12 tengah malam mesti masuk bilik tidur. Walaupun tak susah nak kejutkan dia bangun sekolah tapi sebagai ibubapa saya mahukan dia dapat rehat yang cukup supaya boleh serap ilmu di sekolah dengan baik.

So bila saya nampak tips ni, excited la saya menelaah dan share dengan korang dalam entri kali ni.

Semoga 11 tips dapat dijadikan panduan kita bersama.

1. Langkah pertama ialah buat jadual yang sesuai untuk keperluan setiap anak, seperti waktu tidur, makan dan bermain. Setelah biasa dengan rutin ini, tubuh mereka akan mudah beradaptasi dan akan mengantuk dengan mudah.

2. Hadkan aktiviti menggunakan fizikal dan mental seperti menonton tv, bermain komputer dan permainan lain yang melibatkan fizikal. Seeloknya elakkan mereka daripada melakukan aktiviti tersebut beberapa jam sebelum tidur. Gantikan dengan aktiviti yang lebih tenang seperti membaca.

3. Salah satu cara membuat anak berasa mahu tidur adalah dengan membacakan mereka cerita. Kegiatan ini selain menenangkannya juga membuat anak membiasakan otak mereka bahawa ia adalah masa yang tepat untuk tidur.

4. Pastikan anak merasa nyaman sepanjang malam, misalnya dengan meletakkan bantal peluk atau mainan kesukaannya di sampingnya.

5. Sediakan pakaian yang ringkas dan selesa untuk tidur iaitu jangan terlalu ketat, panas dan nipis.

6. Jika anak sudah mengantuk, mama boleh tinggalkan untuk anak belajar tidur sendiri tanpa bergantung kepada kehadiran ibu dan ayah.

Jika cara di atas masih tidak berjaya, cuba.....

7. Ajak anak kembali ke tempat tidurnya. Jangan biarkan dia berlama-lama di dalam bilik ibu dan ayah.

8. Selidik perkara yang membuatkan anak tidak mahu tidur di biliknya. Jika dia takut kerana gelap, sediakan lampu malap di biliknya.

9. Jika anak tiba-tiba menangis tunggu beberapa minit terlebih dahulu baru dapatkannya. Dengan itu dia lebih berdikari.

10. Kalau anak terus menangis memanggil ibu setiap kali selepas ditinggalkan, tunggu beberapa saat, sebelum ibu melihat situasinya.

11. Beritahu dengan tegas tetapi lembut bahawa ia adalah masa untuk mereka tidur, lama kelamaan mereka boleh memahaminya.

Selamat berjaya.

"Parenting with love"

Anak-anak sememangnya banyak ragam nya. Lebih unik walaupun ada 10 orang anak kesemuanya mempunyai ragam yang berbeza. Walaupun agak me...

2 comments:

  1. Hello sis..anak sya 1 Tahun 10 Bulan sangat aktif i mean cergas. Sya susah hati sebab anak selalu lewat tidur. Takut ada kesan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kecil yang aktif adalah normal sebab banyak benda diorang nak explore. Mungkin sebelah siangnya dia dah cukup tidur sebab tu malam dia tidur lewat. Bila dia dah start sekolah nanti ajar dia tidur awal supaya pagi dia bangun dengan lebih segar untuk ke sekolah.

      Delete