4 Langkah Mendidik Anak yang tak suka Minum Susu Dengan mudah

7/25/2015 nurul husna 0 Comments

cara mendidik anak minum susu

Susu amat penting untuk tumbesaran anak-anak. Malangnya tidak semua kanak-kanak suka minum susu. Samalah macam saya sejak kecik. Lagipun abah dan mak tak mampu nak bekalkan susu tin setiap bulan. Akibatnya sampai sekarang saya tak suka minum susu.

Sebenarnya, ramai yang anggap susu hanya diberikan kepada bayi dan kanak-kanak bawah umur dua tahun. Tanggapan ni salah sangat-sangat. Sebagai ibu bapa, tolong pastikan supaya jangan sampai anak anda lebih suka minum minuman ringan daripada minum susu.

Kenapa susu amat penting?

Susu adalah salah satu makanan yang kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12), magnesium, fosforus, zink dan kalsium. Selain itu, susu turut bekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga.


Walau bagaimanapun, kandungan kalsium yang terdapat dalam susu yang menjadikan ianya sangat spesial. Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh badan yang penting, seperti aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka.

Apa yang lebih menarik lagi, apabila kalsium bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium, ia akan membantu membentuk tulang gigi yang kuat.

Keperluan kalsium untuk kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa. Ini kerana pada waktu ini, sel-sel tulang membahagi dengan sangat aktif dan aktiviti ini akan berkurang dengan peningkatan usia. Dan sebab itulah ibu hamil juga amat digalakkan mengambil susu bagi mendapatkan bekalan kalsium yang cukup untuk ibu dan janin.

Ini kerana, dapat membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat buat bayi yang dikandungkan. Serta ibu dapat mengelakkan risiko osteoporosis di usia tua.

Rasulullah SAW sendiri membiasakan meminum susu agar tubuh Baginda sentiasa kuat dan tidak mudah diserang penyakit.

Firman Allah SWT;

"...dan sesungguhnya pada haiwan ternakan itu benar-benar terdapat banyak pengajaran bagi kamu. Kami beri kamu minum daripadanya apa yang berada dalam perutnya berupa susu yang bersih yang berada di antara tahi dan darahnya. Ia mudah ditelan (diminum)."
(An-Nahl 16:66)

4 Langkah Galakkan Anak Minum Susu


Bagi anak-anak yang memang susah sangat nak minum susu, mungkin langkah-langkah ini boleh di amalkan supaya selepas ni tak perlu lagi 'berperang' dengan anak-anak untuk paksa mereka minum susu.

1. Terangkan kepentingan dan khasiat susu pada tubuh badan mereka. Seelok-eloknya elakkan bagitau kesan buruk jika tidak mengambil susu. Ini kerana, seperti yang ibu bapa tahu anak-anak mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat. 
Nanti mereka 'bereksperimen' pada diri sendiri pulak. Lagipun anasir-anasir negatif sangat mudah mereka ingat.

2. Ibu bapa juga perlu memastikan diri sendiri menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan minum susu setiap hari.

3. Benarkan anak-anak untuk pilih sendiri susu yang berperisa yang mereka minat, tetapi perlu diingatkan susu berperisa tidak digalakkan untuk anak-anak yang ada masalah obesiti. Ini kerana kebanyakan susu berperisa mengandungi gula tambahan.

Pastikan anda periksa tarikh luput yang tercetak pada peket susu. Jangan beli susu yang tinnya dah kemek dan kotaknya dah kembang. Susu juga sepatutnya diminum sebaik sahaja ia disediakan. Jangan biarkan ia terdedah kepada habuk dan kerosakan.

4. Pelbagaikan cara hidangan susu seperti dengan mengisarnya dengan buah atau ais krim. Anda boleh cuba resepi milkshake dan smoothie .

Kalau masih tercari-cari susu yang sesuai untuk anak, anda boleh cuba berikan mereka Meal Shakes minuman multivitamin yang sangat enak.

Susu amat penting untuk tumbesaran anak-anak. Malangnya tidak semua kanak-kanak suka minum susu. Samalah macam saya sejak kecik. Lagipun...

0 comments: