JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE
Kata orang tak kenal maka tak cinta.
Apa yang menyebabkan saya jatuh cinta
dengan Shaklee ni? Untuk kali ini saya akan berkongsi sejarah permulaan saya
jatuh cinta dengan Shaklee.
Pada tahun lepas 2013, setelah saya
dipastikan hamil anak kedua, saya tercari-cari produk set untuk berpantang
disebabkan anak kedua ini saya membuat keputusan untuk berpantang sendiri. Oleh
kerana, anak sulong baru berumur 2 thn lebih pastilah perhatian yang lebih juga
perlu diberikan. Tapi biasalah orang dalam berpantang, mana nak uruskan diri
sendiri yang kene jahit kat bahagian bawah tu, nak uruskan rumah, anak sulong
dan anak kecik mesti kuat mental dan fizikal.
Setelah lama juga saya survey macam produk
la kuar saya masih lagi belum berkenan dengan mana-mana produk termasuklah
produk dari Shaklee. Sebabnya kebanyakan berunsur jamu, mungkin tak sesuai
untuk bayi. Setelah bulan ke enam hamil, perut pun dah makin besar saya mula
kerap sakit pinggang. Nak tau kenapa? Saya ni kurang minum susu. Susu kambing
jenama Hi goat suami beli pn kejap minum kejap tak. Sebenarnya saya ni tak suke
minum susu. Oleh sebab itu, saya nekad untuk cari supplemen kalsium. Saya ada
cuba kalsium jenama biolife. Tapi cam tak jadi je. Harganya RM 23.00 untuk 30
biji (bergantung kepada farmasi di lokasi anda). Purata harga sebiji RM 0.77.
Saya google lagi produk lain sampailah
saya tertarik dengan post kawan saya di facebook merangkap upline saya
sekarang. Saya tanya sampai puas hati apa yang saya cari akhirnya saya order
Osteomatrix (RM 61.00 untuk 120 biji..purata harga sebiji RM 0.51) and ESP kat
dia. Bila nak amalkan masih belum ada keputusan yang memuaskan. Mungkin tulang
saya dalam kategori tulang rapuh so perlukan masa untuk ganti balik kalsium
yang kurang.
Setelah bersalin anak kedua, saya terus
amalkan set berpantang shaklee yang mana saya ambil, Vita Lea, Osteomatrix,
B-Complex dan Zinc Complex. Seminggu amal luka kat bawah dah kering dan
beberapa hari lepas tu benang mula tertanggal. So senang la nak urus rumah.
Untuk pengetahuan korang bayi saya ditahan di NICU (Neonatel Incentive Care
Unit) sebab dah tertelan najis. Jadi dia kene dimasukkan antibiotik. so 2,3
hari lepas bersalin saya kene berulang ke hospital melawatnya. Hari ke-4 saya
disuruh tunggu bayi saya di SCN (Special Care Unit) yang disyaki jaundice. So
saya ambil peluang untuk susukan dia sepuas-puasnya. Esoknya jaundice dia dah
stabil tapi masih lagi kene tahan untuk cukupkan masuk antbiotik sampai
seminggu.
Masa tu juga abang saya dari Shah Alam
datang melawat. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke SCN jadi saya berjalan
sendiri jumpa dengan abang saya tu. Jauh jugaklah nak jalan. Tapi alhamdulillah
tak ada apa-apa yang berlaku pada luka. Esoknya saya dibenarkan balik. Setiap
hari saya bersihkan luka dan ambil supplemen Shaklee ke empat-empat nya.
Alhamdulillah tak perlu tunggu lama luka dah sembuh. Untuk pengetahuan korang
sebelum saya dipanggil untuk menjaga bayi saya di SCN saya pernah basuh dapur
yang kotor. Basuh ni means berus dengan sabun pastu bilas sampai bersih then
mop sampai kering. Mentua saya yang ada datang tunggu ada jugak bising tapi
saya bukan jenis nak susahkan orang tua apatah lagi mentua so saya buat sendiri
masak sendiri. Pendek kata kebanyakkan buat sendiri la.
Kalau bukan calang-calang mungkin dah
bentan atau lebih teruk meroyan. Tapi semuanya atas izin Allah jugaklah. Selepas
2 bulan consume Shaklee keputihan saya makin ok. Biasanya wanita hamil akan mengalami keputihan yang melampau. . Kalau dulu saya tak pernah
miss pakai pantiliner. Semua sedia maklumkan keburukan pakai pantiliner kan.
Seterusnya saya tiada lagi sakit pinggang walaupun menyusukan si manja saya
sampai 2 jam lamanya. Dia memang kuat menyusu. (Nanti saya share gambar
anak-anak saya). Walaupun dukung dia semasa mengajar (almaklumlah bayi manja
nakkan perhatian, sampaikan kakak mula jeles dengan adik) saya tak ada sakit
pinggang sangat. Dapat baring kejap pun dh cukup untuk luruskan pinggang. Tidur
atas tilam nipis macam comforter bukan lagi masalah untuk saya.
Oleh itu, di sinilah bermulanya cinta saya
pada shaklee. Saya telah berkongsi manfaat B-complex dalam entri sebelum ini
bantuan konsultasi/rundingan hubungi pengedar bebas shaklee anda
Husna SID 1135964
0 comments: