Awas Penggemar Seafood

5/22/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments



Anda yang membaca ni mesti penggemar seafood kan. Kalau tak, takkan tertariknya nak baca entri kali ni. Sebenarnya saya pun sama 'hantu' seafood gak terutama sekali udang. Dari zaman sekolah lagi tu lah appetizer (pembuka selera) saya. Kalau ada udang, ketam, sotong penat macam maner pun lepas balik sekolah mesti makan nasi dulu. Sedapnya kalau dapat makan udang goreng butter ke udang celup tepung ke.


Baru-baru kami sekeluarga pergi makan seafood di Umbai, Melaka, memang nikmatlah. So anda peminat seafood boleh cuba ke RESTORAN PARAMESWARA lokasi nya tepi laut tu.


Kenangan di Restoran Parameswara
Tapi dalam dok suka sangat dengan seafood ni kita kena jugak beringat sebabnya seafood kaya dengan protein yang mana boleh menyebabkan gout.


Apa itu gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus. 



Bagaimana Gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.
Bilakah serangan Gout boleh berlaku?



Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
# Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
# Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
# Minum alkohol berlebihan.
# Kecederaan kepada sendi.
# Selepas pembedahan.



Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit Gout


# Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
# Sendi menjadi bengkak.
# Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit (sehinggakan bergesel dengan selimut pun sakit)
# Demam.


Bagaimana untuk Mengatasinya



# Gout dan Vitamin C


Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. 

Vitamin C membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. 

# Supplemen yang dicadangkan


# Vivix


Harga : RM 475.00 (150 ml)


# Omega Guard


Harga : RM 136.00 (90 kapsul)


# Alfalfa 

Harga : RM 53.75 (S) - 330 biji
RM 97.50 (L) - 700 biji


# Performance Drink


Harga : RM 82.50 (539 g)


Untuk bantuan konsultasi;


Anda yang membaca ni mesti penggemar seafood kan. Kalau tak, takkan tertariknya nak baca entri kali ni. Sebenarnya saya pun sama 'han...

0 comments: