KEPUTIHAN PUNCA MASALAH RUMAH TANGGA?

5/07/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

masalah keputihan mengancam anda



KEPUTIHAN merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan kaum wanita terutamanya bagi wanita yang hamil. Sepanjang pengalaman saya mengandung anak pertama dan kedua masalah keputihan memang menjadi masalah utama. Siapa yang mengalami masalah keputihan ni je yang tahu macam mana tak selesanya nak jalankan aktiviti harian. Setengah orang mungkin beranggapan bahawa keputihan ini tidak merbahaya tapi cuba anda lihat seluar dalam anda. Lama kelamaan ia akan mereput. BETUL TAK? Ini menunjukkan bahawa keputihan adalah sangat berasid. Jadi kalau seluar dalam pun boleh reput apatah lagi dalaman kita. Bagi wanita hamil pula keputihan yang serius boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada otak bayi anda. Sekiranya tidak dicegah atau dirawat bayi yang dilahirkan akan mendapat kecacatan.
keputihan

Apa itu KEPUTIHAN?

keputihan

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

KEPUTIHAN yang normal


Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.
masalah keputihan
KEPUTIHAN yang abnormal


Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.



Punca 
KEPUTIHAN abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.

Antaranya ialah:

1. Ketika terlalu letih.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.



CARA UNTUK MERAWAT KEPUTIHAN

muslimah comel

Beberapa Tips yang boleh diamalkan :

    • Hindari pengunaan sabun,gel dsb dan hanya guna air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj.


      • Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan

      • Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama

      • Hindari dari memakai bedak dikawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang

      • Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
      • Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt,yakult,sayuran hijau,bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
      • Mengamalkan supplemen ALFALFA COMPLEX SHAKLEE.


        merawat keputihan 
        manfaat alfalfa shaklee

        Dalam entri yang berikutnya saya akan berkongsi dengan anda pengalaman saya mengamalkan porduk shaklee dalam merawat keputihan.



        bantuan konsultasi/rundingan hubungi pengedar bebas shaklee anda 

        Husna SID 1135964



        016 2222 531


        shaklee

        KEPUTIHAN merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan kaum wanita terutamanya bagi wanita yang hamil. Sepanjang pengalaman saya...

        0 comments: