Kenapa kena pakai serum pada wajah?
KorangAda guna skincare tak?
Dalam rangkaian skincare morang guna tu ada apa?
Pencuci ada tak?
Toner ada tak?
Pelembap ada tak?
Night cream?
Sunblock?
Serum?
Haa..jangan tak tau serum pun penting tau.
Nak tau apa kebaikan menggunakan serum?
1) Mengandungi Bahan Aktif yang Tinggi & Padat
Pelembap muka yang biasa hanya mengandungi sekitar 5-10 peratus bahan-bahan aktif. Serum pula mengandungi sehingga 70 peratus bahan-bahan aktif yang sangat bermanfaat untuk kulit.
2) Mudah Meresap Jauh ke dalam Kulit
Molekul dalam serum adalah lebih kecil daripada molekul pelembap biasa.
Oleh sebab itu, serum boleh meresap jauh ke dasar kulit.
Pelembap pula mempunyai molekul yang lebih besar dan hanya berfungsi pada lapisan pertama kulit.
3) Boleh Dipakai Bersama Produk Wajah Yang Lain
Serum melengkapkan penggunaan produk penjagaan wajah yang lain.
Dengan sifat yang mudah meresap ke dasar kulit, serum akan menyediakan kulit untuk menerima produk lain dengan lebih efektif.
Serum ni jugak berfungsi mengaktif kolagen tau.
So sape yang konsisten ambil kolagen tapi tak nampak hasil sangat.
Cuba ambil bersama serum.
4) Hanya Perlu Digunakan Dalam Kuantiti Yang Sedikit
Usah terkejut apabila membeli serum, botolnya kecil namun harganya mahal berbanding saiznya.
Ini kerana serum hanya perlu digunakan dalam kuantiti yang sedikit untuk mendapat kesan yang maksimum.
Disebabkan keistimewaan inilah, satu botol serum mampu bertahan 4-6 bulan walaupun botolnya kecil sahaja.
5) Menangani Masalah Kulit Secara Spesifik
Setiap jenis serum dicipta untuk memberikan manfaat yang spesifik kepada kulit.
Sesuaikan mengikut jenis kulit, umur dan keperluan kulit korang.
Ada serum untuk berikan kelembapan, ada yang cerahkan kulit dan ada juga untuk mengurangkan kedutan wajah.
Maka, wajar untuk kita pilih mengikut kesesuaian kehendak kulit masing-masing.
Sebaiknya bertanyalah kepada penjual tentang kegunaan serum tersebut.
Love 💖
Una Zack
#cikgucantik
Founder Team Sirius Hebat
0 comments: