Kisah Kandungan Berkembar Dengan Darah

2/27/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments



Seriau kan baca tajuk ni.
Una yang dengar ni lagi la.
Sampai naik bulu roma.
Seram pun ada.
Dah macam mistik je.

By the way 3 hari lepas sempat la bersembang dengan ibu kepada salah seorang pelajar.
Beliau berkongsi pengalaman bersalin czer.

Katanya semasa bersalin anak pertama
Secara czer
Tanpa dia sedar jahitan sebelah dalam terbuka

Walaupun dah habis berpantang perut tetap buncit macam mengandung 5 bulan.
Beliau ingatkan perkara tu biasa je berlaku pada ibu bersalin czer.

Yang peliknya
Bila waktu tidur
Bila mengiring ke kiri
Perut tu pun ikut ke kiri
Bila mengiring ke kanan
Ikut la perut tu ke kanan.
Tapi tak menggeleber pun perut tu.

Setiap kali period
Senggugut nya sangat yang amat
Padahal sejak anak dara tak pernah pulak alami senggugut.
Langsung tak tergerak nak pergi cek doktor.

Sampai la masa mengandung anak ke2.
(Part ni saya short cut
Sebab tak ingat sangat rentetan cerita)
Sampaila waktu nak bersalin berlaki pendarahan.
Dan masa tu doktor detect selama ni beliau dok usung darah beku ke hulu ke hilir
Sampaikan efeknya sebahagian rahim nya dan rosak (katanya la)

Alhamdulillah baby ke 2 selamat lahir
Dah 8 tahun pun.
Cuma tak ada rezeki nak tambah zuriat lagi la.
Katanya syukurla dah ada sepasang ni
(Anak yang sulong perempuan bakal menduduki upsr tahun ni)

Bila dengar macam-macam kisah pengalaman ibu bersalin czer
Betul-betul buat saya insaf
Besar betul dugaan untuk anda
Sesungguhnya anda memang SUPERMOM.

Seriau kan baca tajuk ni. Una yang dengar ni lagi la. Sampai naik bulu roma. Seram pun ada. Dah macam mistik je. By the way 3 hari...

0 comments: