5 Tips Penjagaan Rambut Yang WAJIB Anda BACA dan BUAT
Bukan perkara main-main dalam bab menjaga rambut ni
Sebab kita tak nak rambut gugur, kotor, tak sihat dan botak..
Tidak kira lelaki atau perempuan sebenar nya sangat berisiko untuk mendapat masalah rambut gugur.
Faktor seperti usia, tekanan kerja, pemakanan dan kurang rehat adalah antara penyumbang kepada masalah rambut.
Namun, ada sesetengah mereka yang tak tahu atau saje je TAK NAK ambil tahu bahawa mereka mengalami masalah rambut yang serius.
Seram kan bunyi nya..
HAHAHA !!
Lagi-lagi wanita bertudung.
Ada sesetengah tu tak ambil tahu penjagaan rambut.
Tanda-tanda anda mempunyai masalah rambut adalah;
❌kulit kepala terlalu berminyak, ❌keguguran rambut lebih daripada 30 helai sehari
❌kelemumur dan
❌Gatal-gatal di kulit kepala..
Okey..jom kita review 5 Tips Penjagaan Rambut yang betul
Tips 1 : Gunakan Produk yang sesuai
Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran..tapi AWAS !!
kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala.
Jadi, pilih syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.
Tips 2 : Jauhi Rawatan Rambut yang
Menggunakan Bahan Kimia
Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut.
Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.
Tips 3 : Cari produk yang bersesuaian (tonic atau Serum rambut)
Cari produk yang bersesuaian.
Gunakan dengan konsisten dan betul,,mengikut cara yang betul..Dengan izin tuhan masalah rambut gugur, masalah kelemumur, rambut kering, dan sebagainya akan selesai.
Anda boleh juga lihat SERUM AJWA HAIR & FURY SERUM (untuk kaum lelaki).
Tips 4 : Amalan Pemakanan Yang Betul
Yang ni tips paling penting..jagaan dalaman untuk dapatkan rambut yang sihat.
JAUHI makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.
Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat, PASTIKAN anda mengambil makanan yang mengandungi protein ( dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang dan sebagainya) dan zink ( dari sumber sayuran hijau serta organ dalaman haiwan) serta vitamin C & B( dari sumber buah-buahan dan sayuran).
Tips 5 : Gaya Hidup
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.
Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan.
Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 10.00 malam atau lebih awal.
Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.
Alhamdulillah cukup 5 tips penjagaan rambut dapat saya kongsi kan kali ini.
Rasanya masih belum terlambat untuk amalkan bagi mengelakkan masalah rambut walaupun anda seorang yang sibuk.
Walaupun masalah rambut gugur memang memeningkan kepala, tetapi jangan gundah gulana, cuba jadi cool.
Health & Beauty Consultant
Nurul Husna
0 comments: