Terapi mata di waktu pagi
"Mami, cita-cita mami nak jadi apa?"Tiba-tiba je tanya ni.
Kat sekolah belajar pasal cita-cita la tu.
"Mami, nak jadi mami la."
Anak bujang tu pun nak join jugak diskusi mami dengan kakak.
"Macam opah upin ipin ek mami. Opah upin ipin nak jadi opah."
Kakak : Mami, jawab betul-betul la.
Mami : Mami nak jadi arkitek.
Haa...berbelit lidah dia nak menyebut cita-cita mami. Hihihi..
Ni gerenti esok lusa tanya pasal hobi pulak.
Dulu masa sekolah cikgu cakap hobi tu aktiviti masa lapang.
So masa lapang Una suka berkebun.
Maka masa awal-awal tahun lepas menjadi la kebun bunga rose jepun ni.
Yang bestnya pokok rose jepun ni senang hidup.
Tak caya?
Nanti Una tunjukkan bukti.
Tapi kena rajin belai la.
Baru la meriah taman korang dengan warna warni bunga rose jepun ni.
Rose Jepun yang sedang berkembang mekar |
Yang tak best nya.
Dia kembang pagi je.
Sebab tu ada setengah orang panggil bunga kembang pukul 10.
Dah petang-petang bunga dia kuncup.
So petang-petang tak berseri dah la.
Sekali sekala kena tanam semula.
Sebab akar dia senang rosak.
Tapi tu dulu.
Masa peknen kan Aaira tak sempat nak belai.
Yelah sebab tak ada masa lapang dah.
Hasilnya banyak spesis rose jepun Una dah mati.
Kalau batang nya still segah.
InsyaAllah boleh diselamatkan lagi.
Sekarang lagi la tak ada masa lapang.
Masa lapang dipenuhi dengan berkepit dengan si kecik ni je la.
Nak masak & mandi pun kena curi-curi masa.
0 comments: