7 Rahsia Berpantang Untuk mengelakkan Gejala Meroyan

8/30/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Rahsia berpantang untuk elak meroyan

Alhamdulillah rasanya kebanyakan pembaca telah ataupun sedang merasai pengalaman berpantang selepas bersalin.
Tak kisahlah bersalin secara ceaser atau normal.
Kebanyakan amalan berpantang yang akan saya akan kongsikan di sini boleh diamalkan kecuali bertungku, berbengkung & berurut (boleh refer mak bidan masing-masing..)

 ðŸŒ·APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERPANTANG?🌷

✅Bagi wanita yang baru bersalin, mereka ni dilarang melakukan beberapa perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari(yang biasa orang buat)

✅Sesuatu yang dilarang dilakukan mengukit adat dan kepercayaan

✅Tempoh berpantang ni juga adalah satu proses proses pemulihan dan emosi si ibu.

 ðŸŒ·KENAPA PERLU BERPANTANG🌷


Dari zaman dulu lagi mak mak, nenek moyang kita memang titik beratkan soal pantang ni. Kalau kita ingat dan perasan zaman mak kita dulu, bila nak bersalin, nenek la yang paling sibuk. Sibuk sediakan segala persediaan nak berpantang, dari bertungku, jamu, baru, pilis, tukang urut dan lain-lain.

🌷TUJUAN BERPANTANG?🌷


  1. Pentingnya pantang adalah untuk jaga badan. Badan kita ni orang perempuan nak pakai lama. Bila dah bersalin mula la ada yang tak kena kat situ, kat sini, segala nya nak jaga terperinci.
  2. Dapat mengembalikan kecergasan diri. Yang ni boleh tengok lepas habis pantang. Still lemau atau cergas macam anak dara.
  3. Waktu bersalin kita dah kehilangan banyak sangat darah.So dalam tempoh berpantang ni lah nak kena jaga dan pastikan luka bersalin sembuh dengan baik. Waktu pantang lah waktu nak jadi permaisuri tau. So rugi kalo tak gunakan kesempatan yang ada ni. Waktu ni kita dilayan macam Raja ok. Raja sehari pun tak dapat layanan first class macam ni.
  4. Selain tu juga nak bagi masa badan kita ni rehat. Dah la mengandung 9 bulan pastu bersalin pulak, Ya Allah sakitnye tak dapat nak diceritakan. Betoi tak?
  5. Memberikan nutrien berkhasiat balik pada badan. Yang ni melalui pemakanan.
  6. Memberikan ketengan emosi kerana sebagai ibu yang baru melahirkan, kita ni tak boleh nak banyak fikir sangat. Tak perlu nak fikir nak basuh baju, kemas rumah, nak masak bagai tau.Tak  syok ker gini?
  7. Yang ni penting ..ELAK MEROYAN atau nama lain POST NATAL BLUES.Jangan amik remeh tau. Boleh terjadi sebab perubahan hormon.SO kena jaga emosi
  8. Memberikan ruang kepada ibu dan bayi untuk cipta hubungan . Maksudnya mak dengan anak dapat belai dan jga serta bagi tumpuan sepnuhnya pada anak.


🌷AMALAN BERPANTANG🌷

Amalan berpantang ni tujuan nak pelihara kesihatan kewanitaan kita. Tapi lebih kepada penyembuhan rahim yang merupakan pendorong hidup kita ni sebgai wanita. Yang ni lah yang dikatakan kecantikan wanita itu adalah DARI DALAMAN

1. Amalan pertama adalah MANDI MANDIAN HERBA.

Mandian herba ni kalau orang dulu dulu diorang cari akar kayu, rempah ratus dan direbus semuanya. Macam saya berpantang dengan mak , mak akan sediakan daun serai wangi, daun mengkudu, daun bika, Daun belimbing. Semua ni direbus . Kemudian pada waktu pagi selepas berurut akan dibuat mandian.Lagi bagus dapat bertangas sekali air rebusan ni. Bagus tau untuk penjagaan dalaman dan luka bersalin.

Selain tu juga dapat mengembalikan tenaga. Waktu mandi tu sapukan sedikit sedikit air rebusan mandi pada muka. Urutatn dari dagu ke ats,. Ddapat naikkan seri muka.Hihii..ni petua lah.

Angin angin dalam badan jga dapat dikeluarkan . Disamping tu kalau kita mandi dengan daun dan akar rebusan kayu ni dapat buang bau badan (darah nifas) tau. Tak delah bila orang datang ziarah kita akan bau hanyir darah je. Sebab lain juga dititikberatkan mandi herba ni boleh merawat urat urat yang sengal. Bersalin oit...Berapa ribu urat putus.. Bukan senang nak pulihkan balik kalo tak berpantang betul betl

Sekarang kan dah moden. Tapi tak  bermakna kita lupakan tradisi lama.

bagi yang dah ada tempah perkhidmatan MAK BIDAN, tak perlu risau sebab dia akan sediakan dari A-Z.

2- BERTUNGKU- Amalan bertungku ni sesuai untuk ibu ibu yang bersalin NORMAL . Ni adalah ASAS dalam budaya  masyarakat Melayu. Amalan bertungku ni dilakukan sebelum berbengkung.

SEBAB ?
Tentulah nak kecutkan rahim kan. Dalam tempoh 44 hari darah nifas dan lendir akan mengalir . So rahim kita tak akan bersih sepenuhnya . Jadi dengan bertungku ni kita nak pastikan segala darah kotor dan toksin dapat dikeluarkan dari badan. Kalau amalan bertungku ni dibuat dengan konsisten korang akan dapat kembalikan berat badan sebelum mengandung tau. Sebab ianya jugak dapat pecahkan lemak.

Berapa kali pulak nak bertungku. ? 

Kebiasaannya pada wal pagi , tengahri dan malam (senja). Yang ni paling minima. Kalau ikot adat orang tua dulu dulu lagi banyak ooooo...

Berapa lama nak bertungku? Lagi lama lagi bagus . Tapi biasanya dalam setengah jam hingga satu jam. Teknik bertungku kena betul jugak.

3- BERURUT- Berurut ni pun penting tau. Jangan kata tak penting. Pantang 44 hari je pun , berurut ni biasanyanya orang buat 3 hari je dalam tempoh berpantang. Dari segi fizikal urut ni dapat meningkatkan pengaliran darah dan bagi oksigen dapat salur keseluruh badan . Ni la punca jadi sakit sakit badan , lenguh la, sengal, pening, atau pun sakit bahagian tertentu.

Apabila berurut badan akan jadi lebih segar sebab darah dapat mengalir dengan lancar dalam badan. Sekaligus dapat kurangkan rasa tekanan  dan elakkan lesu. Berurut juga dapat keluarkan darah yang terperangkap dan bertakung., menaikkan rahim, membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya , memecahkan lemak, mengetat dan membentuk tubuh dan juga mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak. (push banyak kali kan)

Apabila berurut dibahagian payudara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.

4- BERBENGKUNG

Penting ke?
Ofkos la penting tau. Ni untuk yang bersalin normal je ok. Nak pilih bengkung yang macam mana/? Pilih la yang sehingga paras peha. Seeloknye lah. Sebab dapat bantu bentuk semula tubuh badan yang berelmak.

1- Membantu mengempiskan perut

2- Selain utk kecantikan , membantu juga untuk sakit belakang yang dialami semasa mengandung.

3- Membantu mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin.

4- Mengelak masalah perut buncit dan menggeleber

5- Membantu mengembalikan kedudukan peranakan.

6- Mempercepatkan pengeluaran darah kotor

7- Mengelakkan badan masuk angin

8- Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang

9- menyokong rahim supaya tidak jatuh dari kedudukan asal.

10- Memudahkan pergerakan berpantang . kalo tak bengkung rasa perut macam bergerak gerak .

🌷MAKANAN YANG MESTI DIELAKKAN KETIKA BERPANTANG🌷

1- Buah yang sejuk dan berangain, kesannya boleh dapat pada ibu dan bayi.

Cth; Nenas, jambu, duku, langsat, nangka, tebu, maggis, sengkuang, isi kelapa, ubi ubi, tembikai, pisang. Pendek kata buahan tempatan.

2- Syur sayur yang sejuk dan berangin. macam labu, timun, kangkung, kubis, pucuk paku, rebung, kacang botol, kacang kelisa

3- makanan laut-sebabkan gatal. Kang korang menggaru je kat situ,

Lebihkan makan yang bakar,kukus,ulam ulam.
Orang dulu dulu biasa akan masukkan halia dalam masakn untuk ibu berpantang
Sebab? Ianya dikatakan panas dan dapt memanaskan badan dan melancarkan darah.


Awal awal pantang memang biasa makan kering kering je.

Tentang pengambilan air ketika berpantang pula. 
Kalau dulu dulu nenek nenek tak bagi minum banyak air kan? 
Bukan macam tu sebenarnya. 
Pengambilan air kosong kena banyak . 
Tambah-tambah lagi yang menyusu badan kan. 
Yang sebenarnya pengambilan air kosong janganla diambil banyak sekaligus, sebaliknya diminum sedikit sedikit tetapi kerap. 
Baru la tak buncit, tak kembang sana sini.

🌷PANTANG LARANG KETIKA BERPANTANG🌷

1- Jangan tidur tak berbantal nanti sakit kepala.
Jugak berkemungkinan darah kotor susah keluar.
Bila darah susah keluar akan jadi meroyan

2- Kena pakai stokin. Yang ni untuk jaga kaki supaya tak masuk angin. Sapu kaki dengan minyak panas dulu sebelum berstokin. Dalam pantang ni sensitif . So selama dalam pantang kena la pakai stokin ni.

3- Jangan duduk mencangkung.

Sebab?
Takut rahim terkeluar.Dan kemungkinan boleh tumpah darah

4-Mandi duduk dibangku. Mak saya selalu ingatkan time mandi. Malah dulu berpantang sendiri, dia minta beli kerusi untuk duduk 1. Sebab? nak jaga kesihatan peranakan. Dan kalau mandi duduk ni kita tak la keluarkan tenaga banyak sangat kan. Air mandian pun kena letak dalam besen.

5- Rapatkan kaki bila tidur.

Sebab? diyakini boleh mempercepatkan peranakan sembuh.

6- Jangan terlalu aktif

Untuk pulihkan tenaga yang hilang supaya badan betul betul berehat dan sembuh dengn baik.

7-Jangan tidur matahari naik. Sebab? Boleh sebabkan badan jadi tambah lesu dan sakit sakit. Juga tak boleh tidur waktu senja . ni biasalah lah. Syaitan kan berkeliaran time ni. Kalau diamalkan tidur time ni akan mengundang kegilaan.

8- elakkan bersama suami sepanjang tempoh berpantang.

🌷TERM -TERM DALAM BERPANTANG🌷

1- Meroyan, Postnatal depression, Psikosis puepera-kelakuan aneh sebagai kesanemosi yang dialami selepas beranak. Biasanya menyerang ibu yang pertama kali beranak.

2- Luka episiotomi- luka bersalin

3- Bentan- berbalik sakit.

Kalo jadi bentan ni ibu kena berpantang semula, bertungku dan berurut

🌷PENGAMBILAN SUPLIMEN SEPANJANG BERPANTANG🌷

1- kenapa bukan jamu?

Sebab jamu ni biasanya panas kan. So tak boleh diambil seawal hari bersalin. Takut anak jaundis la,panas la. So biasanya dalam 2 minggu berpantang baru boleh start makan jamu. Sedangkan badan kit  perlu serta merta baik pulih selepas proses kelahiran.Betul tak?

Vitamin selepas bersalin sama penting untuk bantu ibu bersalin pulih dari kesan fizikal dan fisiologi kehamilan. Satu lagi boleh juga memberi manfaat kepada penyusuan ibu especially untuk baby.

Bukan takat mak je sihat, baby pun dapat nutrisi yang cukup dan berkhasiat dari susu ibu yang diberikan.





Alhamdulillah rasanya kebanyakan pembaca telah ataupun sedang merasai pengalaman berpantang selepas bersalin. Tak kisahlah bersalin seca...

0 comments: