Suplemen untuk tingkatkan kesuburan suami dan isteri

8/24/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments

HAMIL adalah satu perkataan yang membawa makna yang besar bagi seseorang wanita.
Setiap wanita yang telah berkahwin ingin cepat-cepat hamil untuk memberikan zuriat kepada suami tersayang.
Tetapi bukan semua wanita bernasib baik untuk terus hamil sejurus selepas berkahwin.
Ada juga yang mengambil masa setahun dan ada juga bertahun-tahun untuk hamil.

Semua wanita ingin merasai nikmat hamil, melahirkan anak, menyusukan anak dan membesarkan anak.
Jadi kehamilan adalah sangat-sangat dinanti-nantikan.
Tambah-tambah lagi bila orang di sekeliling kerap bertanya tentang anak. Siapa yang tak sentap kan? Mana ada wanita yang tak nak anak?


Untuk kali ini saya ingin berkongsi untuk hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. Set Kesuburan ini terbahagi kepada wanita dan lelaki. Saya akan terangkan satu per satu peranan set ini.




SET KESUBURAN WANITA


🌷 GLA Complex

GLA (Gamma-linolenic Acid) untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita. Jadi ia juga membantu mengawal kitar haid yang tidak teratur bagi seseorang wanita. Jadi ia memudahkan kita untuk mengetahui waktu subur dan mengetahui kebarangkalian watu persenyawaan akan berlaku adalah tinggi.


Selain itu, GLA Complex membantu penghasilan mukus oleh Miss V pada kadar yang maksimum. Fungsi mukus ini adalah untuk membawa sperma berenang menuju ke Ovum.


GLA Complex juga kaya dengan antioksidan yang mana membantu menentang kanser. Kadang kala proses persenyawaan terhalang di sebabkan munculnya cyst pada tiub Fillapio tempat di mana proses persenyawaan itu berlaku. Jika perkara ini dirujuk kepada pihak hospital mereka akan mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan untuk memotong tiub fillapio jadi peratusan untuk hamil bertambah kecil. Padahal terdapat lebih banyak cara untuk menghapuskan ketumbuhan ini seperti dengan mengambil Vivix Shaklee.


🌷 Alfalfa Complex

Fungsi ALfalfa Complex adalah untuk melawan tumor. Dengan pengambilan Alfalfa Complex membantu mengalkalikan badan dengan itu ia akan memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.


SET KESUBURAN LELAKI


🌷 Vitalea

Dalam vitalea mengandungi zinc..
Zinc adalah suatu khazanah lelaki.
Zinc di dalam prostat adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc berperanan penting dalam organ seks lelaki.
Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil dan penghasilan sperma yang sedikit.
Dengan pengambilan Zink Complex mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meningkatkan tenaga dan juga melindungi kesihatan prostat.

🌷 Vitamin E Complex

Pengambilan Vitamin E oleh kaum lelaki membantu meningkatkan kelestarian tenaga seksual dengan membekalkan oksigen yang berlebihan.
Selain itu, ia juga penting untuk jantung yang sihat.

Vitamin E boleh membantu meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti sperma.
Apabila sperma bergerak lebih bebas dan mudah serta kualiti tinggi, menjadikannya lebih mudah bagi seorang wanita untuk hamil.

Vitamin E juga telah terbukti untuk mengurangkan kecacatan sperma dalam lelaki, yang boleh membawa kepada kurang risiko kecacatan kelahiran atau keguguran.
Lelaki yang mengambil supplemen Vitamin E untuk walaupun hanya untuk beberapa bulan boleh melihat peningkatan sehingga sebanyak 10% dalam masalah kesuburan mereka.

Jadi, untuk membantu si suami menghasilkan sperma yang berkualiti dan berkuantiti, ia memerlukan supplement atau makanan tambahan iaitu Vitamin E dan Zinc Complex.

🌷Asid folik

Asid folik sangat penting untuk bantu tingkatkan kesuburan lelaki & wanita.
Bagi mereka yang merancang untuk hamil seeloknya mengamalkan pengambilan asid folik seawal 3 bulan sebelum kehamilan.

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki.
Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki.
Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Asid folik adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis.

Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.



HAMIL adalah satu perkataan yang membawa makna yang besar bagi seseorang wanita. Setiap wanita yang telah berkahwin ingin cepat-cepat hamil...

1 comment:

  1. semoga mudah hamil dengan pengambilan nutrisi yang cukup

    ReplyDelete