Resepi masakan daging korban untuk mereka yang diet

8/21/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Daging rebus bersama air asam kerisik


Bahan-bahan

Daging lembu
2 sudu kerisik
Sebijik tomato
Sebiji bawang besar/bawang holand
Cili padi (ikut kepedasan masing)
Cili merah (optional)
Air asam jawa @ jus lemon
Secubit garam
Gula secukup rasa
Setengah cawan air suam


Cara-caranya;

1. Daging dipotong nipis dan direbus sampai empuk(ukuran jangan terlalu kecil).

2. Potong bawang besar, tomato, cili padi & cili merah mipis.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong ke dalam mangkuk.

4. Masukkan kerisik, air asam jawa, air suam, gula dan garam ke dalam mangkuk tadi.

5. Gaul semua bahan sehingga sebati.

6. Dah siap. Sedia untuk di makan.

Boleh jugak menggunakan daging salai / bakar.

Kuah pencicah boleh jugak digantikan dengan sambal kicap.

Kerabu daging


Bahan-bahan
150g daging (dihiris halus dan direbus hingga empuk)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
3 biji cili padi (dihiris halus)
1 biji cili merah (dihiris halus)
1 batang serai (dihiris halus)
1 batang bunga kantan (dihiris halus)
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
1 sudu jus limau
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit kerisik

Cara-caranya;

1. Campurkan ke semua bahan yang telah dihiris halus bersama daging.

2. Kemudian, masukkan kerisik, jus limau, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.

3. Sedia untuk dihidang.

Daging rebus bersama air asam kerisik Bahan-bahan Daging lembu 2 sudu kerisik Sebijik tomato Sebiji bawang besar/bawang holand ...

0 comments: