Amalan pemakanan yang sihat mengikut sunnah Rasulullah
Seperti yang semua orang tahu, sejak kebelakangan ini macam-macam penyakit baru muncul.
Dan kebanyakkan boleh membawa maut.
Tahu tak korang kebanyakan penyakit serius berasal daripada gaya pemakanan yang tidak sihat.
Yelah..macam-macam makanan segera dan berproses dijual sekarang ni.
Jadi dengan rutin harian yang sibuk sampaikan dah kesuntukan masa nak masak sendiri..
So makanan macam ni la yang jadi pilihan.
Tanpa kita sedar makanan ni banyak terkandung bahan tambahan seperti pengawet, pewarna, perisa tambahan dan lain-lain lagi.
Apa kata kita berbalik kepada sunnah Rasulullah.
💕20 AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH💕
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan
2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut.
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
16. Nabi SAW juga mengajar untuk kitamakan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick.
17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
20. Elakkan kekenyangan sebelum tidurkerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.
Sumber daripada : shafiqolbu.wordpress
Terima kasih tentang info ini ya. Saya nak tanya sikit, bagaimana dengan no 19 tu..makan malam Rasulullah waktu bila ye..sebelum Maghrib ke?
ReplyDelete