Wanita GEMUK nak HAMIL. Apa persediaan yang perlu dibuat?
Kata orang sebab lemak di dalam badan membuatkan tiub fillopio tersumbat.
Tu yang mengurangkan kesuburan.
Betul ke idok?
Baru-baru ni pun dalam group di facebook saya ada terbaca salah seorang ibu yang bertubuh besar berkongsi rezeki beliau berjaya hamil dan melahirkan bayi yang kini berusia 6 bulan pun.
Jadi, susah atau tidak untuk hamil..
Subur atau tidak..
Semua rezeki dari Allah..
Kita tak boleh menidakkan.
Ada je wanita yang mempunyai berat sehingga 100kg tetapi masih berjaya hamil sehingga kelahiran pun..
Tapi mengikut perubatan..
Wanita gemuk atau obes boleh mengundang risiko buruk kepada bayi termasuklah diri ibu sendiri.
Sebab itulah doktor menyarankan agar ibu-ibu menurunkan berat badan sehingga 80kg sebelum merancang untuk hamil.
Ini bagi mengelakkan berlakunya komplikasi.
👧Risiko kepada ibu
❎keguguran berulang
❎diabetes semasa mengandung
❎praeklampsia
❎tekanan darah tinggi
❎darah beku dalam salur darah
❎kelahiran secara 'induce'
❎kelahiran secara ceaserian
👶Risiko pada bayi
❎bayi meninggal dalam kandungan
❎kecacatan seperti bifina spida @ jantung berlubang
❎kelahiran pramatang
❎bayi bersaiz besar
❎kematian
❎risiko bayi menjadi obes
Jadi apa persediaan untuk bakal-bakal ibu sebelum merancang untuk hamil
✔menurunkan berat badan
Biasanya doktor mencadangkan penurunan berat badan sehingga atleast 80kg. (Boleh refer pegawai perubatan masing-masing)
✔bersenam
bagi yang tak biasa bersenam boleh mulakan dengan berjalan ringan.
✔kawal pemakanan
Ambil makanan mengikut portion yang betul.
Jika masih terasa lapar elakkan mengambil makanan yang manis dan berlemak.
Boleh digantikan dengan pengambilan buahan dan sayuran.
✔monitor tahap kesihatan
Bagi mereka yang menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi..sebaiknya dapatkan rawatan daripada doktor dari masa ke semasa untuk mengawal tahap kesihatan anda.
✔amalkan pengambilan asid folik
Bagi ibu yang merancang untuk hamil (tak kira lah gemuk atau kurus) anda wajib mula mengamalkan pengambilan suplemen asid folik bagi membantu pembentukan janin.
Setelah itu, jangan berputus asa..
Disampaing berikhtiar meningkatkan kesuburan perbanyakkan juga berdoa kepada Allah untuk memberi rezeki zuriat kepada anda.
InsyaAllah Allah makbulkan doa permintaan anda.
Amin ya rabbal alamin.
0 comments: