Tips berbisnes online di facebook buat newbies

8/03/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Tips bisnes online di facebook

Hari ni Una tengah bermurah hati nak share tips berbisnes online yang tak mungkin korang dapat daripada orang lain...
Hihihihi..

So maknanya korang ni antara yang bertuah la di pagi khamis ni..

Antara tips yang boleh @ MESTI korang praktikkan..


Fokus dengan 1 bisnes sahaja

Untuk newbies terutamanya, seeloknya fokus hanya dengan 1 bisnes sahaja..
Selagi orang ramai tak betul2 kenali korang sebagai 'TOKEI VITAMIN', 'TOKEI JAMU', 'KILANG TUDUNG' dan lain2 lagi nama glemer selagi tu teruskan berkongsi bisnes korang yang 1 tu dengan orang ramai..

Jangan sesekali kejap nak jual ni..
Kejap nak jual tu..
Tengok orang ni berjaya jual ni...nak ikut..
Tengok orang tu jual tu banyak duit...terus nak buat jugak..

JANGAN ! JANGAN ! JANGAN !

Bukan niat nak jeles..
Cara ni tak membantu korang untuk pergi jauh pun..
Last2 customer pun confuse apa sebenarnya korang jual ni..
Boleh jadi diorang kurang percaya dengan keupayaan anda.

☝Teruskan SHARING & POSTING

Biasanya pada awal2 kemunculan sebagai seller online..
Jangan ingat baru post sekali terus berderet-deret order & close deal..

Mimpi je la..

Teruskan berkongsi...SETIAP HARI.
❌Customer ❎ prospek itu adalah perkara normal.
Jangan cepat give up..
Biasanya pada awal2 ni orang ramai sedang memerhati sahaja..
Sehingga la mereka betul2 percaya dengan anda dan produk anda baru la mereka akan hubungi anda..
Tapi jangan menaruh harapan tinggi mereka akan terus close deal.
Teruskan berkongsi...

☝Posting mengikut waktu yang bersesuaian

Kadang2 saya terperasan ada seller tu jam 12 tengah malam baru dia stat buat sharing..
Dah tengah malama bape kerat je kot kawan2 fb kita yang still online..

Mungkin siang hari beliau busy kot.

Tapi jangan ingat bila buat bisnes online anytime korang boleh post..
Fb & ig bukan macam blog yer..
Kalau blog its ok korang nak post pukul bape pun..

So jadual waktu posting ni boleh dijadikan rujukan untuk korang..
berapa kali share di FB?
pukul berapa nak share?

7.00 - 9.00 pagi:
waktu orang baru nak gi kerja.
masing2 pun tengah sangkut dalam traffic jam atau tengah berdiri dalam tren/bas; sambil2 tgk FB masing2.

12.00 - 2.00 tgh hari:
waktu org keluar lunch
nak tunggu lift, diorg tgk FB. nak tunggu member2 lain turun, diorg tgk FB. nak tunggu order makanan siap, diorg tgk FB.

5.00 - 8.00 malam:
waktu orang balik kerja
sama macam diorg ke tempat kerja, jalan jem, tgh beratur naik tren/bas, pasti diorg akan tgk FB lagi & lagi & lagi

9.00 - 11.00 malam:
waktu org rehat2
masa ni biasanya org akan bukak komputer nak buat kerja ke tengok resepi ke ape ke, sambil tengok FB jugak.

☝Perbanyakkan amalan sunat

Dalam kita dok buat marketing secara online..
Jangan sesekali kita lupa yang MAHA KUASA
Kita bukan kerja makan gaji nak bodek bos or buat OT untuk dapat gaji lebih...

Boss besar kita adalah Allah
So 'bodek'la Allah dengan amalan solat dhuha.
Buatla OT dengan bertahajud..
InsyaAllah bisnes berjalan lancar..
Jangan lupa zikir, baca quran, solat taubat dan hajat juga.

☝Kenali produk anda secara mendalam

Bagi peniaga produk kesihatan seperti vitamin & jamu seeloknya anda pelajari dan kenali produk anda sedalam-dalamnya.
Ini kerana ia nya akan melibatkan kesihatan sesseorang.
Ini akan memudahkan anda untuk 'consult' customer jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Lagi pula sebelum aktiviti jual beli berlaku, anda lebih tahu jika produk tersebut sesuai untuk bakal customer anda atau tidak.
Jangan hanya fikir sales & keuntungan sahaja.
Kalau jadi apa2 pada customer tak ada la nak lepas tangan je..
Atleast anda bertanggungjawab atas kesalahan anda sendiri.

☝Bersikap jujur

Sebagai peniaga anda perlu jujur dengan apa yang anda jual.
Jangan sesekali bertindak membohongi pelanggan anda.
Jika mereka berpuas hati dengan servis anda pasti mereka akan repeat order lagi.

Banyak kes pelanggan penah ditipu..
Lain yang order lain yang dapat..
Ini akan memberikan imej burul bukan sahaj kepada peniaga online bahkan diri anda sendiri.
Pelanggan jadi hilang kepercayaan kepada anda.

☝Jadilah peniaga yang mesra pelanggan

Setiap kali menerima mesej daripada pelanggan, gunakan lah bahasa yang mesra.
Paling mudah letakkan emoticon @ smiley face yang mesra & comel2..
Boleh juga bahasakan diri dengan nama.
Supaya nama lebih mesra dan secara tak langsung boleh tingkatkan selfbranding.

Kalau dapat customer yang tak berbahasa cuma tangani dengan matang.

Ingat !!
Kalau customer reject jangan give up.
Tanam kan dalam diri Allah nak datangkan lebih ramai lagi customer.
Yang mana customer2 ni hanya yang terbaik untuk anda.

Tips seterusnya..
❎jangan meroyan di media sosial. Sebarkan aura yang positif kepada follower anda.
❎bergaul la dengan orang yang positif. Kalau ada kawan2 yang terlalu negatif..unfollow je.
❎elakkan menggunakan testimoni @ poster seller lain. Sebarkan identiti sendiri.

Nak tau tak tips menjalankan bisnes online walaupun anda sibuk tahap gaban?
Klik di sini --> http://bit.ly/2vnplvq

Nurul Husna
Mentor bisnes online & offline anda
www.wasap.my/60162222531

Hari ni Una tengah bermurah hati nak share tips berbisnes online yang tak mungkin korang dapat daripada orang lain... Hihihihi.. So ma...

0 comments: