Tips atasi stress dengan membaca Al Quran
Amalan rohani yang saya selalu amalkan bila STRESS ialah;
BACA AL-QURAN
Seeloknya mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran.
Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.
Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.
Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud :
"Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat."(Surah al-A’raaf, ayat 204)
Wallahu alam..
0 comments: