RAHSIA KEKAL CERGAS & SIHAT SEMASA BERPANTANG

8/19/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Biasanya selepas bersalin, badan ibu berada dalam keadaan sangat lemah.
Yelah..semasa proses nak melahirkan dah banyak tenaga dah digunakan.
Biasanya boleh berlarutan sehingga seminggu selepas bersalin.

Kalau la keadaan macam ni berterusan sampai habis berpantang...macam mana la ibu-ibu nak jaga diri dan bayi yang dilahirkan.
Itu pun kalau tu bayi pertama.
Kalau dah anak ke3 macam saya ni..
Memang kena gagah jugak la..
Tambah-tambah kalau kena berpantang sendiri pulak.


Jadi untuk kali ni sayaa nak share tips kekal cergas sejak hari pertama bersalin sehingga la habis tempoh berpantang.

Ni pun sebagai persediaan saya nanti jugak.

1. Sarapan Pagi

Wajib! Jangan culas kerana ia adalah sumber tenaga paling penting untuk memulakan aktiviti seharian anda.
Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
Pastikan anda makan juga makanan berkanji seperti nasi, roti dan pasta (sebaiknya makanan penuh serat untuk mengelak sembelit).
Boleh cuba dalam kuantiti yang sedikit dan kerap.
Tapi ingat, jangan biarkan perut kosong.

2. Tidur Bersama Bayi

Dapatkan masa rehat secukupnya.
Cuba ambil masa untuk tidur semasa bayi sedang tidur.
Minta bantuan suami untuk menguruskan hal makan minum, anak-anak yang lain dan urusan rumah.
Apabila anda tidur ketika bayi juga tidur, cara ini dapat membuatkan anda lebih bertenaga kerana mendapat rehat yang cukup.
Biasanya bayi kerap berjaga waktu tengah malam.
Jadi rehat yang cukup juga dapat memberikan tenaga kepada ibu untuk menjaga bayi di waktu malam.
Incase baby sakit perut ke, buang air ke..lapar ke..
Lagi pun rehat yang cukup pun merangsang pegeluaran susu ibu dengan baik.

Ketahui PANDUAN PENYUSUAN LENGKAP SUSU IBU SEHINGGA 2 TAHUN

3. Jus Buah-buahan 

Buat jus buahan yang segar di rumah untuk memberikan kesegaran tubuh dan merangsang penghasilan susu ibu.
Anda boleh pilih, samada jus buahan segar, sayur-sayuran, air kurma, susu soya tanpa gula dan minuman dadih.
Malah anda juga boleh dapatkan jus formulasi yang dijual dipasaran yang diperkaya dengan pelbagai khasiat untuk kesegaran tubuh.
Contoh air pati delima, susu segar dan lain-lain lagi.
JANGAN LUPA minum air masak banyak antara 8 hingga 12 biji gelas air sehari.

Biasanya petua orang-orang tua sangat melarang minum air banyak semasa berpantang.
Katanya nanti urat kembang la.
Tapi sebenarnya bukan masalah urat kembang (lain la kalau minum 8 gelas terus dalam 1 masa)
Cuma kalau ibu kerap minum air..ibu-ibu akan kerap buang air..
Ini akan menyebabkan luka episiotomi lambat kering & baik.

Tapi....
Kalau ibu-ibu kurang mengambil air kosong..
Susu badan tidak dapat dihasilkan dengan banyak.
Silap hari bulan kena sembelit pulak.


4. Ceriakan Diri

Biarpun sedang berpantang tidak bermakan ibu-ibu tak boleh berpenampilan kemas dan menarik kan?
Cubalah anda tampil ceria dengan persiapkan diri agar tampil segar dan penuh energi.
Tak salahkan?

5. Aromaterapi

Aromaterapi adalah bau-bauan atau haruman yang menggunakan pati bunga-bungaan atau tumbuh-tumbuhan.
Bau wangian aromaterapi sudah diketahui mempunyai khasiat antaranya dapat menenangkan minda, jasmani dan rohani. Letakkan bau-bauan yang wangi dalam bilik anda untuk memberikan mood kesegaran kepada anda dan bayi.
Boleh juga sapu seluruh tubuh dengan minyak angin yang berbau aromaterapi seperti Herbal Oil Najlaa ni.

6. Sentiasa Senyum Dan Ketawa

Sentiasalah senyum dan ketawa kerana ia akan membuatkan suasan sekeliling anda lebih riang.
Senyuman boleh menghilangkan tekanan.
Senyuman boleh menghilangkan riak wajah yang sedih, bosan dan penat.
Malah bayi anda sudah pasti ceria apabila melihat anda tersenyum kepadanya setiap hari.

7. Zikir

Tiada yang lebih menyenangkan apabila melakukan amalan berzikir semasa dalam pantang.
Ia digalakkan kerana secara rohani dapat membantu menenangkan jiwa dan mengurangkan tekanan.
Ini kerana sudah tentu ibu-ibu tidak boleh bersolat dan membaca Al-Quran jika masih di dalam nifas.
Boleh juga pasang mp3 ayat-ayat Al-Quran sepanjang tempoh berpantang.
Secara tak langsung dapat mengelakkan gangguan syaitan kepada ibu & bayi.

8. Suplimen

Selepas bersalin, kebanyakan para ibu akan kehilangan banyak tenaga kerana menguruskan anak-anak, diet yang tidak seimbang kerana kekangan masa dalam menguruskan bayi baru lahir dan menyusukan.
Pengambilan suplimen selepas bersalin adalah salah satu idea yang bagus untuk membantu anda mengembalikan tenaga dan kesegaran tubuh badan.
Antara suplimen yang penting bagi ibu yang berpantang adalah SET BERPANTANG IBU ANGGUN SHAKLEE yang mengandungi nutrisi lengkap seperti Vitamin C, Vitamin B, Zat besi, Kalsium dan Protein.



Kenapa saya sangat puas hati dan cadangkan Set Berpantang Ibu Anggun Shaklee kepada semua ibu-ibu di Malaysia.

✔Luka cepat sembuh

Pengalaman saya melahirkan anak kedua..
Masa ni saya decide untuk berpantang sendiri.

Bagi yang merancang untuk berpantang sendiri boleh singgah baca artikel
⏩⏩ PANDUAN PERSEDIAAN UNTUK BERPANTANG SENDIRI SUPAYA TAK SUSAHKAN IBU DI KAMPUNG

Alhamdulillah, walaupun kena uruskan anak yang sulong (masa tu bari 2 tahun 3 bulan), ditambah dengan urusan rumah tangga, selepas 14 hari luka semakin kering.
Benang jahitan pun dah mula tercabut.
Berbanding anak pertama dah hampir 30 hari berpantang baru benang mula tanggal.

✔Elakkan anemia

Masa bersalin, seorang ibu kehilangan sekurang-kurangnya 200-500mls, yang turut membawa bersama zat besi.
Kalau kurang zat besi tu hemoglobin (Hb) pun berkurang. Jadi pengangkutan oksigen ke sel badan tak berlaku dengan baik. Tu yang boleh jadi pucat, pitam dan letih lesu.

Jadi, suplemen zat besi sangat-sangat diperlukan untuk membina semula sel darah merah yang banyak hilang masa bersalin.

⏩⏩CARA MUDAH & CEPAT NAIKKAN HB DARAH

✔Mengekalkan atau memberi tenaga.

Syukur sangat sebab proses bersalin saya semasa anak kedua dipermudahkan.

Seperti yang saya kongsikan semasa berpantang anak kedua, saya berpantang sendiri..
Namun badan kekal bertenaga walaupun pada masa yang sama kena uruskan anak sulong & rumah tangga.

Nak tau rahsia mengurangkan sakit contraction?
Boleh klik link ni
⏩⏩ CARA MENGURANGKAN SAKIT CONTRACTION SEMASA BERSALIN TANPA PERLU SUNTIKAN EPIDURAL

✔Kurangkan sembelit

Ini antara mimpi ngeri ibu lepas bersalin.
(Termasuk saya semasa berpantang anak sulong.)
Sama ada bersalin biasa atau secara pembedahan czer.
Nak buang air besar tu memang bercinta la.

⏩⏩CARA ATASI SEMBELIT SEMASA BERPANTANG AGAR JAHITAN TAK TERBUKA

Antara kebaikan lain yang boleh dirasa dengan pengambilan set pantang Shaklee ialah :

✔Susu badan meriah. 

Memang sangat diharapkan oleh semua ibu kerana meraka tahu apa yang terbaik untuk baby.

⏩⏩DENGAN PRODUK MILKBOOSTER TERBAIK NI TELAH BERJAYA KUMPUL 1500 OZ EBM SEBELUM START BEKERJA

✔Kurang rambut gugur.

✔Berat badan lebih kembali ke asal.


Nak miliki SET BERPANTANG IBU ANGGUN ni juga?
Follow cara berikut untuk membuat tempahan.

CARA ORDER SET SET BERPANTANG IBU ANGGUN SHAKLEE

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke <SET BERPANTANG IBU ANGGUNini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 – Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Batu Pahat, Benut, Pontian, Kluang, Ayer Hitam, Parit Raja dan lain lain tempat di sekitarnya, saya merupakan pengedar Shaklee Batu Pahat, Benut, Pontian, Kluang, Ayer Hitam, Parit Raja dan lain lain tempat di sekitarnya.

Nurul Husna
Call/SMS/WhatsApp: 016-2222531
--> www.wasap.my/60162222531

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan FREE konsultasi sepanjang tempoh berpantang.

Biasanya selepas bersalin, badan ibu berada dalam keadaan sangat lemah. Yelah..semasa proses nak melahirkan dah banyak tenaga dah digunakan...

0 comments: