RAHSIA BESAR SAYA KEKALKAN MOMENTUM DALAM SHAKLEE

8/21/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Alhamdulillah bulan ni dah 3 tahun 4 bulan saya menjadi pengedar sah shaklee yang aktif.

Dan alhamdulillah dah ratusan orang saya tolong atasi masalah kesihatan mereka.

Bersyukur jugak sebab buat julung2 kalinya saya berjaya memperoleh award dalam Ireach Super Star tahun lepas.

Walaupun sebenarnya dah lama saya aim untuk anugerah-anugerah seperti ini. Mungkin ini merupakan permulaan untuk kejayaan yang lebih besar lagi.


Trofi yang saya peroleh semasa award tersebut 

Untuk kali ni saya nak berkongsi rahsia besar bagaimana saya boleh terus kekalkan momentum saya dalam bisnes ni walaupun sering diuji dengan sale yang merudum & pelbagai kerenah prospek & customer.

Walupun tiap2 hari ada je yang reject setelah saya reply satu2 mesej mereka dan setelah saya explain dari A to Z...tapi semangat untuk terus membantu ramai orang tetap meninggi. Dan selama 2 tahun ni jugaklah perkataan DOWN tak ada dalam kamus hidup saya.

Betulkan niat

Dalam bisnes shaklee ini menjadi tanggung jawab saya untuk membantu memperbaiki masalah kesihatan pelanggan.

Wang ringgit merupakan bonus daripada pertolongan ini. Jadi saya sentiasa ingatkan diri saya agar betulkan niat untuk membantu lebih ramai orang melalui produk shaklee ni. Bukan kerana wang ringgit semat-mata. Saya akan berasa tidak puas jika saya belum cukup membantu mereka yang memerlukan.

Group Upline yang terbaik

Semasa awal2 penglibatan saya dalam bisnes ni...saya pernah terfikir..

"Ruginya aku tak join shaklee ni awal2... Kalau awal2 aku join mesti ranking aku dah tinggi..bonus dah puluhan k.."

Ayat bajet bagus tu.
Antara ahli group bintang di bawah bimbingan Mak Bintang 

Tapi bila fikir balik...yang sebenarnya group coaching atau upline juga memainkan peranan penting dalam bisnes seperti ini. Tanpa sokongan & motivasi mereka rasanya saya tak kan ke mana juga. Sebab bisnes ni memerlukan kesabaran dan motivasi yang tinggi.

Kalau tak, tak adalah ramai pengedar shaklee yang suam2 kuku. Kejap tenggelam kejap timbul.

Sertai setiap challenge yang upline @ group anjurkan

Di majlis penerimaan award tu. Lepas ni kena standy almari siap2 untuk letak lebih banyak trofi lepas ni. 

Apa yang lagi best tentang group coaching saya adalah mereka suka menganjurkan pelbagai contest / challenge.. Dan setiap contest / challenge akan diberikan pelbagai hadiah/reward.

Menarikkan !!

Dan saya ni pulak pantang dicabar. Selagi tak join dan tak menang memang saya tak puas hati. Dari sekecil2 contest seperti pertandingan mencipta poster sehinggalah pertandingan jualan produk terbanyak. Walaupun sekadar suka2 at least mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan dan meningkatkan semangat jugak.

Cabar diri sendiri

Biasanya kami sentiasa diingatkan dengan push factor. Push factor ni adalah sebab utama kenapa anda perlu berjaya anda bisnes shaklee ni. Samada nak financial freedom, money freedom atau debt freedom.

Bagi diri saya, setakat ini saya belum mempunyai push factor yang sangat kuat. So kaedah push factor ni tak berapa menjadi dengan saya.

So apa saya buat?

Setiap bulan saya akan cabar diri saya dengan beberapa target. Dan target saya ni mempunyai beberapa level dari target serendah bukit sehinggalah kepada tarhet setinggi bintang. Kalau nak target tinggi terus nanti tak tercapai sendiri yang frust & giveup.

Dan saya juga selalu cabar diri saya untuk capai apa yang upline saya dah capai atau lebih lagi daripada beliau. Jadi selagi saya tak dapat saya tak kan give up.. Saya akan usaha lagi dan lagi dan lagi. InsyaAllah.

Hadiri kelas coaching secara offline


Wajah2 penerima award. Saya wakilkan anak je dah la. 

Dalam bisnes shaklee anda juga tidak diwajibkan untuk menghadiri kelas coaching secara offline. Maklumlah masing2 mempunyai tanggung jawab dan kekangan masa untuk hadir. Tambahan laginkelas coaching biasanya diadakan di pusat bandar yang ramai majoriti kehadiran ahli adalah tinggi.

Walaupun tak wajib, tak ramai yang sedar bila mana kita hadir ke kelas sebegini dapat memberikan lebih semangat untuk berjaya. Kerana aura dari kelas offline lebih kuat. Setiap kali balik dari kelas macam ni membuatkan saya jadi lebih bersemangat untuk berusaha lebih kuat dan berjaya.

Semoga kaedah saya ni dapat dijadikan panduan untuk anda semua lebih berjaya dalam apa jua yang anda lakukan.

Yang baik semuanya datang dari Allah.

Yang tak baik tu datang nya dari kelemahan diri saya sendiri.

Sekian.

~N. Husna Zakaria, 22 Ogos 2017


By the way...
Artikel yang sama saya penah type setahun yang lalu.
Tahun ni saya taip lagi sekali untuk ingatkan diri saya.
⏩⏩http://bit.ly/2fZrk32


Alhamdulillah bulan ni dah 3 tahun 4 bulan saya menjadi pengedar sah shaklee yang aktif. Dan alhamdulillah dah ratusan orang saya tolon...

0 comments: