KENAPA DOKTOR PERUBATAN ANTI SUPLEMEN?
Peniaga produk makanan tambahan wajib baca ni.
Baru-baru ni on the way nak hantar anak sulong ke sekolah agama Una sempatla kejap dengar radio IKIM segmen produk tajaan. Dalam segmen tu adalah pengasas nya jelas kan tujuan utama beliau menghasilkan produk tersebut.
Salah satunya kerana ibu bapanya kerap mengalami masalah kesihatan dan terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan untuk mengurangkan sakit demi kelangsungan kehidupan seharian.
Daripada itu, terus Una teringat program analisis di tv al hijrah baru- baru ni 1 Mac 2019 yang bertajuk MANIPULASI SUPLEMEN. Yang mana salah seorang panelnya yang begitu anti suplemen @ makanan tambahan.
Daripada kedua-dua situasi berikut dapat Una simpulkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebanyakan doktor perubatan sangat anti suplemen.
Faktor-faktor suplemen di reject oleh doktor perubatan
1. Over claim di kalangan peniaga
Untuk pengetahuan anda, terdapat 20 jenis penyakit yang tidak boleh disebut di dalam pengiklanan produk. Iklan produk kesihatan dan kecantikan dilarang sama sekali membuat tuntutan perubatan untuk tujuan pencegahan, rawatan atau diagnosis bagi 20 jenis penyakit yang telah disenaraikan di dalam Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Boleh dirujuk di bawah.
Jadi apabila peniaga melanggar akta tersebut, ini jelas menunjukkan kebanyakan peniaga sanggup claim apa sahaja demi melariskan produk. Oleh itu, Una memohon kerjasama daripada syarikat penyiaran untuk memantau skrip pengasas produk makanan tambahan ini daripada menyalahi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan). Ini kerana, kebanyakan pendengar atau penonton anda adalah di kalangan pak cik dan mak cik yang kurang ilmu begini.
2. Memandang pesakit kronik sebagai lubuk emas
First time Una dengar statement ni daripada salah seorang panel Analisis TV Al Hijrah tu, Una beristighfar sebentar. Rupanya ramai yang mengambil kesempatan dalam kesempitan hidup orang lain.
Kalau dah disogokkan dengan testimoni berkesan, ibarat macam mengantuk disorongkan bantal la. Dahlah mereka fikir nak sihat je, peniaga tambah pulak ayat manis, maunya tak tergoda.
Walau sebagus mana pun produk anda, yang terbaik adalah sebelum menjual produk anda kepada pesakit ini (20 jenis pesakit tadi), pastikan mereka mendapat nasihat doktor dahulu. Ini kerana doktor mereka lebih mengetahui tahap kesihatan mereka. Apa yang mereka perlu dan apa yang tidak.
Sebab itu la ada segelintir pengguna memberikan feedback negatif. Ini kerana kandungan bahan/nutrisi di dalam suplemen itu tidak diperlukan atau berisiko kepada mereka.
Mohon setiap peniaga berhati-hati selepas ini. Jangan hanya fikir kejar sales. Niatkan untuk mencari rezeki yang berkat dengan membantu orang ramai lebih sihat. Ini kerana rezeki itu la yang kita bakal berikan kepada anak dan isteri yang akan ditukarkan menjadi darah daging.
3. Suplemen bukan ubat
Diingatkan kepada pengguna dan peniaga juga tak terkecuali, suplemen atau makanan tambahan bukanlah ubat. Jadi apabila anda mengamalkan suplemen jangan tinggalkan ubat-ubatan anda selagi tidak mendapat nasihat daripda doktor anda. Teruskan pengambilan ubat-ubatan anda seperti biasa.
Para peniaga diingatkan sesekali jangan disogokkan dengan ayat "ubat ada side efect pada buah pinggang", "takkan selamanya nak bergantung pada ubat" dan lain-lain. Ini kerana doktor lebih mengetahui dose ubatan yang mereka adalah bersesuaian dengan pesakit.
Bila dok dengar ayat ni la yang menyebabkan pesakit terus stop pengambilan ubatan jika mula mengamalkan suplemen. Jangan merisikokan nyawa mereka.
Fungsi suplemen sebenarnya adalah membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada tubuh seseorang. Kebanyakan mereka yang mendapat sebarang penyakit adalah kerana mereka tidak mengamalkan pemakanan yang lengkap. Maka, sel tidak mendapat cukup nutrisi untuk memperbaharu, membaik pulih dan membahagi dengan sempurna. Apabila sel tidak sempurna maka organ dalam tubuh kita tidak dapat beroperasi dengan baik. Akibatnya pelbagai penyakit datang menyerang tubuh.
Jadi dengan mengamalkan suplemen dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Diingatkan bahawa suplemen bukanlah bertujuan merawat penyakit anda.
4. Suplemen tidak selamat
Sebagai pengguna, sebelum membeli sebarang produk makanan tambahan atau anti suplemen pastikan ianya mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu.
Bagaimana nak pastikan sesuatu suplemen mendapat kelulusan KKM?
Pastikan setiap produk yang anda beli mempunyai label MAL. Produk yang berlabel MAL adalah berdaftar dengan KKM dan mendapat kelulusan jaminan kualiti dan safety (keselamatan) daripada KKM. Jadinya ianya SELAMAT untuk di ambil.
Sumber Encik Mohd Dziehan, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM, Analisis TV Al Hijrah, 1 Mac 2018.
Contoh Suplemen yang berlabel MAL. Produk keluaran Shaklee. |
Bagi produk yang berlabel NOT, ianya hanya berdaftar dengan KKM tetapi tidak mendapat jaminan kualiti dan safety daripada KKM. Jadi kebarangkalian pengeluaran produk yang berikutnya tidak dijamin keselamatannya. Kerana individu @ pengusaha produk sendiri yang harus mengawal keselamatan produk masing-masing. Tak mustahil jika ada yang mengubah formula demi memberikan hasil yang cepat supaya produk cepat laris dan mendapatkan keuntungan berganda.
Semoga 4 point ini dapat membuka mata peniaga dan pembeli agar lebih berhati-hati ketika berniaga/membeli sebarang produk.
By the way, ini adalah hasil daripada pemerhatian Una sendiri. So kalau korang tak setuju Una tak boleh buat apa-apa. Mungkin anda boleh buat list sendiri kot. 😁
0 comments: