Cara merawat impetigo dan masalah kulit daripada merebak lebih teruk

6/26/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara merawat jangkitan pada kulit

Seminggu yang lalu, anak kecik saya yang berusia 1 tahun 6 bulan diserang impetigo. Asalnya saya ingat ekzema atau pun kudis buta. Mula-mula ianya merah seperti kena gigitan semut. Lama-kelamaan jadi lepuh, menggelembung dan akhirnya pecah keluar air bisa.

Esoknya saya bawa pergi klinik dan doktor sahkan ianya impetigo. Doktor bagi saya antibiotik dan krim triderm. Pada masa yang sama saya ikhtiar juga bagi nutriferon shaklee sebab kata doktor ianya berpunca daripada infection dan boleh merebak ke seluruh badan. 





Alhamdulillah ianya cuma tertumpu di bahagian kaki kiri dan siku tangan kanan sahaja.

Bagi yang belum tau apa itu impetigo, saya nak share sikit ilmu hasil daripada google.

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus atau Staphylococcus. Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang disebabkan oleh menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berlaku?



Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Bila dah kering bahagian yang menggelembung dan pecah akan jadi seperti ini.
(Gambar Google)

Bahagian badan manakah ia berlaku?


Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Bagaimana ia berjangkit?


Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :
Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.

Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Kata doktor hari tu dia jarang berjangkit kepada orang lain. Tetapi ia lebih mudah merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.

Komplikasi



Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami:
Demam / Sepsis.
Cellulitis.
Osteomyelitis.

Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?


Bawa anak anda berjumpa doktor.
Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan.
Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk.

Tindakan lain :



Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan 
sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari.

Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain. Tapi anak-anak memang susah nak kawal diorang daripada menggaru. Anak saya menggaru waktu tidur sampaikan berdarah. Bukan sekali tapi 2,3 kali jugak. Akhirnya saya ambil keputusan untuk balut kakinya.

Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?


Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh.

Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar.

Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti.

Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.

Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor.

Seminggu yang lalu, anak kecik saya yang berusia 1 tahun 6 bulan diserang impetigo. Asalnya saya ingat ekzema atau pun kudis buta. Mula...

0 comments: