9 SEBAB KENAPA JERAWAT TIDAK PERNAH SURUT
Jerawat boleh dikategorikan sebagai antara masalah besar bagi setiap wanita. Ini kerana dengan tumbuhnya jerawat pada kulit bukan je mengganggu penampilan bahkan membuatkan keyakinan diri menurun.
Walaupun dapat ditutup dengan bedak tapi tetap tidak dapat tutup dengan sempurna. Apatah lagi kalau tangan ni tak reti duduk diam asyik nak pegang dan picit je. No..No..No.. Jangan !! Jangan !! Habit ni la yang buatkan jerawat makin serius.
Kebiasaannya masalah jerawat ni disebabkan oleh faktor hormon. Sebab itulah gadis-gadis dan wanita pasti akan ditumbuhi jerawat setiap kali datang bulan. Dan apabila dah tiba waktu subur kulit wajah kembali licin bebas daripada jerawat.
Tapi jadi lebih stress buat segelintir daripada kita yang mengalami masalah jerawat yang tak pernah surut. Pudar 1 jerawat, naik pulak jerawat yang lain. Ada pula yang mengalami jerawat batu dan pasir yang penuh di pipi, dahi, hidung...pendek kata kat seluruh muka la. Dan tak pernah surut.
Akibatnya kulit muka dah mula berkawah...berlubang...liang pori pun menjadi besar. Bukan je confident level drop menjunam-junam...bahkan mula la jadi antisosial. Kalau kawan ajak bergambar kalau boleh nak duduk belakang atau hujung sekali agar orang tak berapa nampak atau perasan masalah kulit.
Sebenarnya terdapat 9 punca bagi masalah jerawat yang tak pernah surut ini. Di bawah ini saya kupaskan 1 persatu punca dan cara mengatasinya. Di harap ianya bermanfaat dan membantu anda yang mengalami masalah seperti ini.
1. ALAHAN KEPADA MAKANAN
Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng,pedas,kopi,coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng,pedas,kopi,coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan untuk mengalirkan toxin. Oleh yang demikian,toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
Dinasihati supaya makan lebih banyak buah-buahan segar,sayuran dan minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan aliran toksin dari badan.
2. TIDUR
Pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur. Harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jam 12 malam- 3 pagi merupakan masa sistem badan tengah menjalankan tugas.
3. SEMBELIT
Sembelit membuatkan toxin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah. Timbulnya jerawat dan lambat untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.
Pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur. Harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jam 12 malam- 3 pagi merupakan masa sistem badan tengah menjalankan tugas.
3. SEMBELIT
Sembelit membuatkan toxin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah. Timbulnya jerawat dan lambat untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.
4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH
Pemilihan produk yang kuat bahan didalamnya membuatkan masalah jerawat akan jadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.
5. BAKTERIA
Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan bertambah lebih banyak seperti berjangkit. Ini kerana kemasukan bakteria telah berlaku. Dan parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh jerawat dengan jari.
6. HORMON TIDAK SEIMBANG
Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Dan terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak.
7. PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK BERTERUSAN
Tidak berdisplin untuk megikuti basic jagaan muka iaitu memakai cleanser, toner, moisturiser, anti-blemish dan sunblock.
Tetapi ada juga kebanyakkan daripada kita yang dah mencuba pelbagai produk kecantikkan tapi akhirnya tetap mengecewakan. Nak tahu kenapa? Saya ada terangkan sebelum ini DI SINI.
8. TERDEDAH DENGAN PERSEKITARAN
Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan seperti asap kereta.
9. HATI TOKSIN
Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat daaman untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.
Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.
==========================================
BAGAIMANA CARA MENGATASI JERAWAT DARIPADA TERUS MUNCUL ?
==========================================
Sebelum anda menggunakan sebarang produk kecantikan, anda dinasihatkan untuk melakukan detox terlebih dahulu untuk membersihkan darah, hati dan usus yang menjadi penyebab utama tumbuhnya jerawat tanpa henti.
Selepas berdetox, jika anda menggunakan sebarang produk kecantikan sudah pasti berkesan untuk anda.
Hubungi saya untuk saya bimbing anda lakukan detox dengan betul.
Dan kalau nak lakukan program detoks ni saya cadangkan agar anda lakukan secara berkumpulan sebab barulah ada disiplin yang tinggi di samping dapat berkongsi pengalaman masing- masing. Saya juga membuka peluang kepada 30 orang peserta program detoks setiap bulan.
Jika anda berminat untuk menyertainya anda boleh mendaftarkan nama dengan menghubungi
0162222531 (SMS/Whatsapp/Telegram)
Selamat Mencuba & Menuju ke arah Gaya Hidup yang Sihat.
0 comments: