Perlukan ibu hamil ambil selusuh sebelum bersalin?

6/03/2016 nurul husna 0 Comments

cara buat air selusuh


SELUSUH dikatakan dapat membantu proses kelahiran. Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh ibu-ibu yang sedang hamil untuk meminta selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan proses bersalin.

Tapi, ada jugak segelintir daripada generasi muda dan moden yang tidak percaya akan keberkesanan selusuh. Namun, masih ramai jugak yang masih yakin dan percaya.
Seingat saya, masa saya masih di bangku sekolah tak pernah pulak saya dengar atau nampak arwah mak suruh kakak atau kakak ipar ambil air selusuh. Tapi masih hamil anak sulong, mentua saya meminta suami untuk dapatkan air selusuh.

Masa tu terlintas kat kepala,
"Air apa la tu? Untuk apa la minum air selusuh ni?"


Gerun pun ada. Bila tanya suami katanya air yasin je. Dah tu kalau yasin je kenapa tak buat sendiri. Nak minta2 kat mak bidan bagai ni, kenapa? Kan lagi elok kalau suami bacakan sendiri dan doakan untuk kemudahan isterinya.

Masa hamil anak ke-2..awal2 lagi suami dah persiapkan air yasin. Senang cakap air yasin tu memang sentiasa ada stoklah kat rumah. Alhamdulillah masa bersalin anak ke2 sangat2 mudah. (Ikuti pengalaman saya di sini.) Sampaikan saya dah suami decide namakan anak Ahmad Aisar Qaisir.

....Aisar tu maknanya yang mudah/senang...

Sebenarnya selusuh tu bukan je berperanan memudahkan proses bersalin. Lebih daripada itu ia digunakan sebagai penenang jiwa.

Selusuh juga digunakan sebagai suatu ikhtiar yang berpandukan Al Quran dan hadis. Selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam seperti contoh bacaan yang mengandungi jampi serapah yang karut.

Berikut adalah panduan dan cara untuk membuat selusuh. Boleh dilakukan oleh ahli keluarga sendiri atau sesiapa sahaja yang ada yakin mampu melakukannya.

Kredit to : www.fitmummyforlife.com

Cara #1

1. Al-Fatihah
2. Surah Al-Hasyr ayat 21


3. Selawat syifa


4. Baca doa,
"Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripada <sebut nama ibu yang hamil dengan berbintikan ibunya> sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat."
Kemudian tiup pada air atau minyak. Perlu diminum 7 hari sebelum tarikh jangkaan.

5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7x.

6. Untuk minyak boleh diamalkan minum 1 sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara #2


1. Beristighfar 3x.
2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W para sahabat dan para pengikutnya.
3. Al-Fatihah 1x
4. Selawat 11x
5. Al-Hasyr 7x
6. Al-Ikhlas 3x
7. Al-Falaq 3x
8. An-Nas 3x
9. Al-Fatihah 1x

Kemudian doa apa yang dihajati.

Cara #3

1. Al-Fatihah. Apabila sampai ayat ke-5, lintaskan dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3x.
2. Selawat syifa (7x)
3. Surah Al-Hasyr ayat 21 (3x)
4. Surah Al-A'raF ayat 54 (3x)

5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

********************************************************

Walaubagaimanapun, selusuh ni tak lah wajib di ambil, tapi benda yang baik tak salah kita oleh melakukannya. 

SELUSUH dikatakan dapat membantu proses kelahiran. Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh ibu-ibu yang sedang hamil untuk memint...

0 comments: