RESEPI PAI EPAL ALA MC DONALD PALING MUDAH

3/03/2018 nurul husna 0 Comments


Hari tu encik suami ada belikan epal.
Tapi anak-anak tak makan sebab masam sangat.

So daripada terbiar je.
Una kena la berfikiran kreatif hasilkan makanan yang anak-anak suka.

Maka terhasillah pai epal !!

Walau baru 1st time cuba
Laku jugak pai epal mami ni.

Haa..ni yang nak share resepi nya.

Bahan-bahan untuk buat inti @ filling

3 biji epal hijau (epal hijau tak mudah hancur)
1 sudu teh serbuk cinnamon (kulit kayu manis)
1 sudu besar gula perang/ gula merah/ gula melaka (Una guna gula melaka)
1/2 sudu besar gula pasir
2 sudu marjerin
Setengah cawan air kosong.

Cara-caranya



1. Kupas kulit buah epal. Potong dadu.
2. Masukkan marjerin dan semua bahan dalam kuali/pan.
3. Bila gula, marjerin dan cair masukkan air.
4. Masak sampai kuahnya jadi pekat melekat.
5. Lenyekkan 1/4 epal jadi hancur. Selebihnya biarkan berketul.
5. Biarkan sejuk.

Bahan-bahan untuk kulit pai @ pastri

Kulitnya ni Una guna resepi buat kulit karipap je. So kalau korang dah mahir buat karipap, guna je resepi korang.
Kalau tak, boleh guna resepi Una ni.

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega/marjerin
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Campurkan tepung, merjerin, soda bikarbonat & garam.

2. Uli sampai jadi macam serbuk roti.

3. Masukkan air sikit demi sikit dan ratakan sampai jadi doh.

4. Canai doh di atas papan. Potong ikut ukuran yang anda suka.

5. Letak inti di tengah. Letakkan air disekeliling pastri. Kemudian tutup dan tekan dengan hujung garfu.

6. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan. Nak goreng dalam air fryer pun boleh.

7. Sedia untuk dimakan.

Kalau nak frozenkan pun boleh.
Hanya goreng separuh masak.
Dah sejuk boleh masukkan dalam ruang sejuk beku.

Yang ini digoreng menggunkan air fryer.

Yang ini digoreng guna minyak.

Hari tu encik suami ada belikan epal. Tapi anak-anak tak makan sebab masam sangat. So daripada terbiar je. Una kena la berfikira...

0 comments: