Tips Menyahkan Bau Badan

6/22/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Adakah anda tergolong dalam individu yang anti sosial hanya disebabkan oleh masalah bau badan dan mulut. Untuk entri kali ini saya ingin memperkatakan mengenai masalah bau badan yang sering menjadi dilema sesetengah daripada rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang rata bekerja sebagai pegawai perhubungan awam atau eksekutif jualan di mana mereka kerap kali dikehendaki bertemu pelanggan. Jadi adalah penting untuk golongan ini menjaga penampilan diri dan sentiasa tampil ceria dan segar. Bagi yang merasakan diri anda jauh daripada masalah ini, adakah anda benar-benar pasti anda terhindar daripada masalah bau badan dan nafas berbau. Sedarkah anda bahawa manusia sebenarnya telah imun dengan bau badan mereka sendiri. Jadi kalau pun kita memakai pewangi kadang kala kita tak perasan pun yang bau kita sangat wangi hingga menusuk hidung orang sekeliling.



masalah bau badan

Apakah punca masalah bau badan dan nafas ini? Sebenarnya masalah bau badan ini berpunca daripada penghasilan peluh yang banyak akibat aktiviti harian dan ada juga sebahagian daripada kita adalah berpunca daripada pertumbuhan bakteria pada salur pencernaan. Untuk mengetahui lebih lanjut masalah bau badan anda boleh klik  Di sini.

Jadi saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menghilangkan masalah bau badan secara tak langsung anda boleh tampil di hadapan khalayak ramai dengan yakin.


masalah bau badan

# 1 Rajin Gosok Gigi dan berkumur dengan pencuci mulut

masalah bau badan
Seperti yang diberitahu kepada kita oleh guru-guru dan doktor gigi semasa kita masih di bangku sekolah rendah, kita dikehendaki menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Jadi mulai hari ini apa kata kita tambahkan kekerapan menggosok gigi kepada lima kali sehari. Anda boleh mengambil langkah dengan bersugi setiap kali sebelum solat. Lagipun ini juga merupakan sunnah Rasulullah. Setelah memberus gigi, berkumur pula dengan pencuci mulut untuk menghapuskan kuman di seluruh mulut kita.

# 2 Kerap memakai deodorant

masalah bau badan
Setiap kali mandi anda boleh mengamalkan menyapu deodorant di kawasan bawah lengan anda (ketiak la tu) supaya kawasan tersebut sentiasa dalam keadaan kering. Kalau tak ada lepas ni pegi beli. Terdapat pelbagai brand dan jenis di pasaran dah sekarang. Ada jenis roll on, stick, dan spray. Beli yang sesuai dengan anda dari segi bau dan juga keperluan anda.

# 3 Semburkan minyak wangi pada badan

masalah bau badan
Ini adalah tips yang paling penting iaitu semburkan minyak wangi diseluruh badan tapi jangan keterlaluan. Mungkin bagi anda adalah normal tapi bagi orang sekeliling siapa tahu. Jadi sembur tu biar la berpada-pada. Mungkin juga anda boleh beli minyak wangi yang tidak keterlaluan baunya. Anda boleh pilih yang berbau segar. Jadi bagi yang tidak pernah menggunakan minyak wangi, sudah tiba masanya untuk berubah.

# 4 Mula amalkan mengambil vitamin/supplemen

Di sini saya ingin mencadangkan anda untuk mula mengambil set vitamin shaklee untuk menguatkan daya tahan anda terhadap pertumbuhan bakteria selain membantu anda tampil aktif sepanjang masa. Antara supplemen yang boleh membantu anda menyahkan bau badan dan mulut adalah;

Herb-lax :: : untuk pembersihan usus


Vita - C :: : menyembuhkan penyakit gusi dan merupakan detoksifikasi yang baik


Garlic :: : antibiotik untuk memusnahkan bakteria



Alfalfa :: : menyegarkan nafas dan juga sebagai detoksifikasi



Peppermint ginger :: : berkesan membunuh bakteria

masalah bau badan

Untuk maklumat lanjut tentang produk shaklee boleh terus menghubungi saya seperti nombor yang tertera atau boleh mengikuti saya di sini.

masalah bau badan



# 5 Amalkan mandi air limau nipis

masalah bau badan

Untuk tips yang terakhir, anda boleh sekali sekala belai diri anda dengan membuat menggosok seluruh badan atau membuat mandian dengan limau nipis di spa rumah anda. Ini membantu menyegarkan badan selain menghilangkan bau badan dan kaki.

Semoga tips-tips yang kongsikan ini membantu anda bersosial dan bagi yang belum berjumpa Mr. or Miss Right, inilah masanya menonjolkan diri agar si dia mula perasan kehadiran anda disebabkan penampilan anda yang lebih hebat. Ini adalah lebih baik daripada si dia perasan disebabkan masalah bau badan anda.

Adakah anda tergolong dalam individu yang anti sosial hanya disebabkan oleh masalah bau badan dan mulut. Untuk entri kali ini saya ingin ...

0 comments: