KENAPA PENDERITA G6PD PERLU BERPANTANG KACANG PARANG ?

12/24/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

APA ITU G6PD ?

g6pd perlu berpantang kacang parang

G6PD merupakan penyakit keturunan di mana seseorang itu mengalami kekurangan enzim yang dipanggil 'glucose-6-phosphate dehydrogenase'. Enzim ini terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Sel darah merah ini tidak akan berfungsi dengan baik.

Kekurangan G6PD ini bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia lebih banyak berlaku ke atas kanak-kanak berbanding orang dewasa. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses hemolisis di dalam darah. Kepada penderita defisiensi G6PD, sel darah merahnya sensitif terhadap zat oksida dan mengalami penghancuran.

KAITAN KACANG PARANG DENGAN G6PD


penderita g6pd


Kacang parang merupakan sejenis tumbuhan legum yang cukup digemari ramai. Kacang parang adalah satu-satunya makanan yang dikaitkan dengan penderita G6PD. Kacang parang cenderung menjadikan penderita ini lebih serius. Terhidu atau menghidu debunga dari kacang parang juga akan membahayakan penderita G6PD.

Kacang parang mentah mahupun yang telah dimasak memberi kesan alergi kepada mereka. Apabila mereka memakan kacang parang ini akan berlakulah satu proses dalam tubuh dinamakan anemia hemolisis di mana fungsi sel darah merah akan terganggu dan saluran darah akan tersekat dan kadangkala boleh menyebabkan koma.

[ Hemolisis ; adalah proses pemecahan molekul hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin, Hb yang berperanan mengangkut oksigen ke seluruh badan ]


KANDUNGAN DI DALAM KACANG PARANG

penderita g6pd

Sebab utama kacang parang perlu dielakkan oleh penderita G6PD adalah kerana ia mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai 'levedopa'. Malah keseluruhan bahagian pokok kacang parang seperti daun, batang, kulit kekacang serta kacang parang terkandung bahan ini yang boleh memudaratkan penderita G6PD jika mereka memakannya.


penderita g6pd

Bahan kimia ini mampu menyekat kuantiti oksigen dari menyerap masuk ke dalam sel darah merah. Ia merupakan agen utam kepada terjadinya G6PD.


SIMPTOM-SIMPTOM G6PD


Apabila oksigen tidak dapat dibawa ke seluruh anggota badan secara, efektif ini akan menyebabkan beberapa gejala berlaku. Antaranya sakit dan pening kepala, kesukaran bernafas, jantung berdegup kencang dan lain-lain. Gejala-gejala lain yang berlaku akibat G6PD ini termasuklah;


  • Kenaikan suhu badan secara tiba-tiba
  • kulit dan membran mukus menjadi kekuningan
  • pernafasan menjadi laju
  • warna air kencing bertukar menjadi warna kuning gelap
  • kesihatan mula merosot contohnya badan menjadi lemah
  • nadi berdenyut pantas

Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, ahli keluarga dan sahabat-sahabat anda.
Jangan segan silu untuk rajin-rajinkan jemari anda klik pada butang share untuk berkongsi dengan insan disekeliling anda.

Jika ada sebarang pertanyaan dan rundingan, boleh tinggalkan di ruang komen atau menghubungi saya terus,

Nurul Husna

016 2222 531
call/sms/whatsapp/telegram

APA ITU G6PD ? G6PD merupakan penyakit keturunan di mana seseorang itu mengalami kekurangan enzim yang dipanggil 'glucose-6-phospha...

0 comments: