Mitos dan Kepercayaan yang tak munasabah tentang penurunan berat badan

12/22/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Siapa pun di antara kita bukanlah sekuat mana pun untuk mendisiplinkan diri dalam berdiet lebih-lebih lagi terpaksa menghadkan makanan kegemaran yang selama ini menjadi menu anda sejak dahulu. Ada baiknya alang-alang berdiet dan bertekad untuk berlapar, ketahui apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk menu anda. JANGAN pula anda terikut-ikut dengan mitos dan kepercayan karut sehingga anda membuang mentah makanan yang ternyata menyihatkan. Mari lihat sejauh mana benarnya tanggapan anda mengenai apa yang anda fikirkan selama ini.

Menurut Jeffrey Wilbert, seorang penulis Fattitudes, aktiviti berdiet masih lagi didorong oleh mitos dan kepercayaan yang tidak munasabah sehingga memudaratkan diri mereka. Jadi, bukalah mata dan fikirkan logiknya. Berikut adalah mitos mengenai diet ini harus anda jadikan panduan.


#1 HILANG 10 kilogram dalam masa 30 hari



turunkan berat badan dengan cepat


Tidak mungkin berat anda akan menunjukkan hasilnya dalam jangka waktu ini. Jika ada sekalipun ia melalui proses yang tidak sihat dan paling penting tubuh anda akan kembali kepada berat badan asal atau lebih teruk lagi semakin bertambah gara-gara penurunan mendadak ini. Ynag turun bukanlah lemak sebaliknya adalah kandungan air dalam badan. Jadi usah tertipu dengan sebarang pengiklanan sebegitu.



#2 Menghadkan LEMAK



Paling anda takuti tentunya lemak sehinggakan seboleh-bolehnya anda mahu hindarkan makanan berlemak semahunya. Ada benarnya, tetapi apa yang anda harus ingatkan bukan semua lemak mendatangkan keburukan pada diri. Ada juga lemak baik yang diperlukan oleh tubuh dalam menjaga kesihatan dalaman. Jadi usah hidarkan, sebaliknya HADkan.


#3 HINDARI karbohidrat


Selain lemak, karbohidrat juga sangat ditakuti mereka yang berdiet. Memang benar makanan berasaskan karbohidrat membuatkan jumlah berat badan anda meningkat namun paling penting ianya pembekal tenaga paling utama kepada tubuh.

Hadkan aturannya dengan pengambilan sepinggan nasi setiap hari. Jika mahu lagi, hadkan hanya satu senduk nasi. Ia tetap membekalkan tenaga. Hadkan gula pasir, keju dan sebagainya dengan baik.


turunkan berat badan secara sihat



#4 MENYEKAT MAKAN


Daripada mana kepercayaan bahawa tidak makan akan menurunkan berat badan? Makanan yang anda ambil sebenarnya bertindak sebagai membekalkan tenaga kepada tubuh, menguatkan otot-otot dan menghasilkan sel kulit baru yang sihat serta paling penting menjaga kesihatan dalaman tubuh melalui makanan kaya nutrien.

Hanya makan berlebihan sahaja yang akan memudaratkan tubuh. Fikirkan dari mana logiknya jika anda tidak makan.


#5 SALAD ITU SIHAT



turunkan berat badan secara sihat

Salad memang diakui sangat sihat dan sesuai sekali untuk berdiet. Namun jika kandungan tambahannya diadun bersama limpahan keju, ayam goreng dan juga oil dressing, ada baiknya tabiat makan ini ditukar. Pastikan salad buah-buahan dan sayuran anda dimakan segar dengan hanya sos salad dan juga yogurt asli yang menyihatkan.


#6 DIET SODA TURUNKAN BERAT BADAN


Anda berdiet dari minuman berkarbonat ? Benar ia mneyihatkan namun mitos minuman ini mampu menurunkan berat sama sekali tidak benar. Sehingga kini tidak ada satu pun kajian bagi membuktikan kenyataan ini. Minuman berkarbonat sebenarnya mengandungi gula yang sangat tinggi dan mengurangkan pengambilannya sihat untuk tubuh dan lebihan gula.


#7 SEPANJANG HARI DI GIMNASIUM


Memang benar senaman dan aktiviti itu paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Tetapi jangan pula anda terlalu ekstrim melakukannya. Senaman 20 hingga 30 minit setiap hari adalah untuk mengimbangkan makanan yang anda ambil disamping membekalkan stamina pada tubuh dan mengekalkan kesihatan dalaman. Corak pemakanan dan langkah senaman yang anda lakukan membuat metabolisme badan tinggi dan cenderung untuk membakar lemak. Tindakan anda memaksa tubuh, nyatanya bukan pilihan terbaik bagi membakar lemak, malah ia memudaratkan anggota tubuh anda. Lakukannya perlahan-lahan.


turunkan berat badan secara sihat


#8 KERAP KALI MENIMBANG BERAT


Sesetengah orang berpendapat, menimbang berat setiap hari dapat membangkitkan motivasi diri untuk lebih kurus. Namun, menurut Rick Hall, pakar nutrisi dan diet, hal ini hanya membuatkan anda bertambah stress dengan berat badan. Sekali gus anda terdorong untuk melakukan diet di luar batasan. Dan akibatnya berat yang anda inginkan langsung tidak tercapai. Jadikan waktu berdiet anda bukan masa paling getir. Adalah lebih baik mengukur saiz paha, tangan dan perut dari menimbang berat setiap hari.


#9 JANGAN MAKAN SELEPAS JAM 6 PETANG


Bukan masalah bila waktu anda makan, tapi apa yang anda makan. Hampir separuh rakyat Amerika mengambil makan malam sekitar jam 10 malam. Namun pemilihan makanan mereka salad dan jus buah-buahan. Ia memang segar malah langsung tidak mendatangkan masalah dalam pertambahan lemak. Namun jika anda mahu menjamah lebih dari itu, pastikan sekitar jam enam anda sudah memulakannya. Ia dikira lebih baik untuk masa diet anda.


turunkan berat secara sihat


Adakah artikel ini memberi manfaat kepada anda dan rakan anda? Jika YA sila klik butang share untuk sama-sama berkongsi maklumat ini.


Siapa pun di antara kita bukanlah sekuat mana pun untuk mendisiplinkan diri dalam berdiet lebih-lebih lagi terpaksa menghadkan makanan kegem...

0 comments: