Kesan paraben kepada kulit dan kesihatan pengguna produk kosmetik

6/24/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 12 Comments

produk kosmetik

Semua orang pun tahu perempuan suka benda cantik-cantik. Dan suka untuk nampak cantik.. Saya pun tak terkecuali.. Hihihihi.. Tapi ada sesetengah daripada kita sanggup je ambil risiko as long as cita-cita diorang nak cantik tercapai.

Kalau saya tak la..saya lagi sanggup keluarkan sedikit modal untuk produk yang selamat daripada nak kena keluarkan lebih banyak lagi duit untuk perbaiki kerosakan kat wajah. 

Jadi saya buat pilihan untuk amalkan pengambilan suplemen dan produk penjagaan kulit yang memelihara kulit secara dalaman dan luaran. Bukan itu je, saya make sure produk yang saya guna selamat untuk kulit saya.

Dan sebab itulah saya memilih produk shaklee kerana ianya SELAMAT, SEMULAJADI, BERKESAN dan yang paling penting bebas bahan kimia berbahaya seperti logam berat merkuri, hydroquine dan termasuk juga bebas paraben 100%.

Apa sebenarnya paraben tu?


Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang biasa dan paling luas digunakan dalam produk kecantikan, kosmetik mahupun barangan penjagaan peribadi. Dari segi sains nya, paraben merupakan satu campuran antara asid dan alkohol maka terjadilah molekul ester dengan nama propil ester p-hydroxi benzoate atau paraben.

Paraben ni macam nama family la, adik beradik dia ada nama methylparaben, propylparaben butylparaben, benzylparaben, ethylparaben, isobutylparaben dan lain-lain lagi yang ada bunyi paraben dekat belakang tu. Boleh refer label botol produk kosmetik masing-masing lepas ni.

Dalam dunia kosmetik dan produk kecantikan, paraben ini berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk. Tanpa paraben, tak ada yang akan bertahan lama. Sebabnya paraben ni sangat kuat. Dia stabil di udara, dalam keadaan  panas ataupun sejuk ataupun semasa pensterilan.

Lagi satu, paraben ni adalah sejenis antifungus atau antibakteria. Ia menentang bakteria, kulat dan bendasing dari merebak dengan sesuka hati. Bayangkan kosmetik yang tak ada paraben? Dalam masa 7 hari 7 malam agaknya apa yang akan berlaku? Lepas 7 hari tu agak-agak sanggup tak nak guna sapu kat kulit ? Fikir-fikir kan lah.

Actually paraben hanya dicampurkan sikit je dalam produk kosmetik tu. Macam bila kita nak buat kek kita akan campurkan soda bikarbonat tu. Bercawan-cawan tepung tapi hanya secubit je soda bikarbonat nya.

Apa yang bahayanya? Bukan guna banyak pun. Semua benda dalam dunia ni akan bahaya kalau kita overdose.

Jadi, sejauh mana paraben memberi kesan buruk kepada kesihatan kita? Terutamanya bagi wanita kerana ia didakwa menyebabkan kemandulan dan breast cancer!

Mengikut kajian salah seorang pakar Oncology di England, beliau menjumpai 18 daripada 20 sel pesakit kanser mengandungi paraben.

Menurut satu kajian di USA pula, penyelidik memang menjumpai paraben dalam sel pesakit barah otak tetapi tiada kajian yang membuktikan bahawa Paraben merupakan sebab utama penyakit ini. Malahan sehingga kini jugak tak ada lagi kajian yang menunjukkan paraben berbahaya sepenuhnya kepada kesihatan manusia. 

Apa yang membimbangan para penyelidik adalah; ada sesetengah pengeluar barangan kosmetik dan menolak penggunaan paraben 100% tetapi yang lebih tragis mereka campurkan pula sesuatu bahan kimia lain yang lebih berbahaya daripada paraben. Menurut mereka, pasaran sekarang bila tengok paraben-free je terus orang akan beli sedangkan bahan yang dicampur menggantikan paraben itu jauh lebih merbahaya dari paraben itu sendiri.

Menurut pakar lagi, apa yang membimbangkan adalah kebanyakan pesakit kanser adalah dari kalangan mereka yang menggunakan deodorant kerana dikatakan paraben menyerap di bahagian bawah lengan @ ketiak @ under arm kita dan menyebabkan sel kanser meletus.

Walaubagaimanapun, belum lagi ada kajian yang menyatakan secara jelas bahawa paraben menyumbang pada masalah kesihatan dan penyakit kronik ataupun paraben selamat digunakan. Kiranya, 50-50 lah ni!

Ada tak bahan alternatif selain paraben ni? 


Bagi pengeluar bahan kosmetik dan penjagaan kecantikan, menurut mereka sangatlah susah untuk mencipta satu formula tanpa menggunakan paraben. Lebih-lebih lagi dalam penghasilan lotion. Mereka mengatakan bahawa paraben ini digunakan sebab ia sangat murah dan effective dalam melindungi jangka hayat dan kesihatan produk mereka.

Semua orang pun tahu perempuan suka benda cantik-cantik. Dan suka untuk nampak cantik.. Saya pun tak terkecuali.. Hihihihi.. Tapi ada s...

12 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Penerangan yg jelas. Boleh diterima. Sy share ye sis.

    ReplyDelete
  3. Jd mmg selamat la ye paraben ni. Sbb td beli nano white xbca pulak indgredient dy.. ad pulak methyparaben

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya elakkan. Gunakanlah produk yg bebas paraben. Ia cuma belum terbukti secara klinikal test. So tak bermakna ianya selamat 100%

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Cosmetic Ingredient Review (CIR) telah menganalisa tahap keselamatan penggunaan methylparaben, butylparaben dan propylparaben dalam barangan kosmetik pada tahun 1984 dan mengesahkan yang ianya selamat digunakan dalam barangan kosmetik sehingga tahap 25%. Walaubagaimanapun kandungan paraben yang biasa terdapat dalam produk kosmetik hanyalah sekitar 0.01% hingga 0.3% sahaja dan selamat digunakan.

    ReplyDelete