Produk untuk merawat ligamen koyak agar dapat kembali beraksi di padang

6/26/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 5 Comments

cara merawat sakit lutut

Di Malaysia, permainan bolasepak adalah antara jenis sukan yang paling popular di kalangan masyarakat kita tidak mengira bangsa ataupun umur. Sungguhpun sukan ini kurang lasak berbanding dengan sukan ragbi, namun kecederaan tetap berlaku.

Kebanyakkan kecederaan yang dialami oleh pemain boleh dianggap ringan. Walau bagaimanapun terdapat juga kecederaan lutut yang serius yang sering berlaku iaitu kecederaan ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat hadapan) yang terkoyak.

Tetapi di Malaysia kefahaman dan pendedahan orang ramai terhadap kecederaan ligamen ACL masih jauh kekurangan, oleh itu jika anda pernah mengalami kecederaan lutut dimana ia menjadi bengkak dengan serta merta, kemungkinan besar ligamen ACL anda telah cedera. 

Dapatkan rawatan awal di hospital yang mempunyai kepakaran ortopedik atau kecederaan sukan supaya masalah ini dapat dikesan pada peringkat awal dan tidak dibiarkan berlarutan.

Berbeza dengan kecederaan lain, umpamanya seperti kecederaan ligamen buku lali (ankle) yang biasanya boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang tercedera akan terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh dengan sendiri.

Tanpa ACL, lutut akan mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut. Tanpa ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti berjalan dan menaiki tangga masih boleh dilakukan walaubagaimanapun ia tetap mengganggu terutama sekali ketika solat.

Sebaliknya aktiviti seperti bermain bolasepak, bola keranjang, sepaktakraw, bola jaring, berjalan diatas permukaan licin atau berlopak menjadi lebih sukar. Ini kerana pesakit perlu lebih berhati-hati agar lutut tidak beralih secara tiba tiba.

Ia diibaratkan  membawa kereta dengan tali keledar yang telah putus atau rosak, sungguhpun kereta masih boleh dipandu tetapi risiko kecederaan jika berlakunya kemalangan amat tinggi.

Bagaimana kecederaan ligamen ACL berlaku

Kecederaan ACL bermula dengan lutut yang terpelecok yang boleh berlaku dengan beberapa cara terutama apabila:
· Terpijak  didalam lopak.
· Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba tiba – cutting ).
· Memusingkan badan sambil kaki terpasak ketanah, dimana lutut akan terpusing dan terpelecok. Iaitu bila hendak menendang bola.
· Jatuh dengan kekok dari lompatan samada untuk menendang/ menanduk bola atau menangkap bola. Ia itu kurang cermat semasa membuat pendaratan sewaktu melompat.
· atau bila dikasari oleh pihak lawan, dimana dirempuh atau direbahkan dengan lasak.

Di dalam keadaan ini, lutut pemain terasa seolah ia meletup dan berbunyi ‘pop’ sambil lutut terpelecok, pemain akan rebah ke tanah kesakitan dan terpaksa diusung keluar  padang. Lutut akan mula bengkak dengan cepat. Jika anda pernah mengalami kecederaan seperti diatas kemungkinan besar ligamen ACL anda telah tercedera/ putus.

Sekiranya kecederaan ACL tidak menerima rawatan segera berkemungkinan selepas beberapa tahun, kekerapan dan kesenangan lutut terpelecok berlaku semakin bertambah kerap menyebabkan ia bengkak dan lebih sakit. Pada waktu ini pemain tidak dapat bermain lagi / tidak dapat berjalan jauh/ berdiri lama/ menaiki tangga/ solat dalam keadaan yang normal kerana lutut sakit, bengkak dan pergerakkan terjejas.

Bagaimana Merawat Ligamen Koyak?


Rawatan pembedahan
· Ligamen ACL diganti dengan serat tendon patella yang dimasukkan dan dipasangkan kedalam sendi.
· Pembedahan ini diikuti oleh program rehabilitasi bagi menguatkan dan mengembalikan pergerakkan sendi lutut ke keadaan asal.
Biasanya ianya menelan belanja sehingga RM 12,000.

Tetapi ligamen yang koyak tidak semestinya memerlukan rawatan pembedahan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, mungkin hanya perlu mendapat rawatan Fisioterapi sahaja.

Atau anda juga boleh berikhtiar dengan pengambilan Shaklee Collagen Powder yag jauh lebih murah daripada kos rawatan pembedahan.

Bagaimana Collagen Powder Boleh Merawat Ligamen Koyak?


Merawat ligamen koyak dan sakit lutut dengan Collagen Powder memang berkesan kerana Collagen Powder berpotensi menghindarkan sakit lutut dan ligamen yang terjadi akibat geseran sendi.

Ini kerana, Ligamen umpama seperti penyambung antara tulang dengan tulang dan sebagai penyokong sendi. Ia mengandungi protein yang dikenali sebagai collagen. Collagen Powder mengandungi protein yang sangat tinggi. Collagen ini memang dihasikan oleh tubuh kita, tapi semakin berkurangan seiring dengan usia kita. Apatah lagi jika anda seorang perokok tegar lebih tinggi kadar kerosakan kolagen dalam badan.

Collagen di dalam ligamen ini lah yang memberi kekuatan kepada ligamen. Ligamen yang normal mengandungi 99% collagen, dan 1% sel fibrosit, iaitu sel yang menghasilkan collagen itu sendiri.

Apabila ligamen otot putus, ia merupakan petanda collagen juga rosak dalam ligamen.

Collagen Shaklee bertindak membetulkan collagen yang telah putus dan menyediakan jumlah collagen optimum pada bahagian yang rosak.

Dengan pengambilan Collagen powder yang berterusan tidak mustahil sekiranya anda boleh kembali beraksi di padang lagi.

Antara pemain bolasepak profesional yang telah kecederaan ACL mereka dan kembali aktif pada peringkat antarabangsa adalah:
 · Ruud Van Nistlerooy
· Roy Keane
· Paul Gascoigne
· Alan Shearer
· Del Piero
· Gustavo Poyet
· Ruud Gullitt


TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Mak dah tak sakit lutut dah lepas amalkan kolagen.

Pengalaman berikhtiar dengan Collagen Powder akibat ACL.

Liang pori semakin tertutup dalam masa 13 hari penggunaan.

collagen powder shaklee
Testimoni Collagen Powder

Ingin dapatkan 1 kotak Shaklee Collagen Powder anda hari ini. Klik poster di bawah untuk tempahan. 



call/sms/whatsapp 016 2222 531

NURUL HUSNA (follow saya FB)


 untuk mendapatkan / mengetahui promosi semasa.

Di Malaysia, permainan bolasepak adalah antara jenis sukan yang paling popular di kalangan masyarakat kita tidak mengira bangsa ataupun...

5 comments: