4 Tips buat surirumah agar sentiasa bersemangat untuk memasak di dapur

4/18/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Sebagai surirumah saya pasti yang kebanyakan kita selalu je hilang idea nak memasak apa. Tiap-tiap malam sebelum nak lena tidur ligat je otak ni dok pikir menu apa nak dimasak esok hari. Lagi frust bila dah masak macam-macam ahli keluarga yang lain tak berapa nak makan.

Inilah selalunya yang saya hadapi. Dahlah saya ni tak berapa lalu nak makan masakan air tangan sendiri. Anak-anak pulak makan ikut mood. Suami pukak makan sekali sehari je. Last-last lauk yang di masak basi dan dibuang macam tu je.
Tapi sejak akhir-akhir ni anak-anak saya berselera betul makan. Nak kata saya masak something yang spesial..sama je kot. Cuma kadang-kadang tu ada lah. Tapi diorang makan sampai bertambah-tambah. Macam ni baru la best nak ke dapur je.

Bila ada orang yang dah makan masakan kita, baru la rasa berkobar-kobar nak masak tiap-tiap hari ye tak?
Selain daripada ni ada beberapa tips yang saya nak share supaya lepas ni dapur kita sentiasa berasap.



#1 Sediakan menu siap-siap untuk satu tempoh jangkamasa


Nak sediakan menu ni memang agak renyah la. Nak-nak bila kena sediakan menu untuk seminggu or sebulan. Don't be khuatir kalau tak mampu sediakan untuk seminggu..dapat rancang untuk 3 hari pun dah ok apa. At least nanti tak ada la termenung depan peti ais dok pikir nak masak apa.
Kan dah jimat masa tu.

Lagi pula kalo dah sekali pergi pasar dah boleh beli untuk 3 hari. So esok tak payah pergi pasar dah. Jimat masa dan wang. Jadi surirumah kan dah biasa dengan amalan berjimat cermat ni.


#2 Ubah susun atur dapur


Sekali sekala luangkan masa untuk mengemas dapur dan ubah susun atur dapur secara minima. Ubah perabot yang boleh gerakkan je la. Kalau yang dah pasang 'mati' macam kabinet dapur tu tak payah gatal tangan nak bukak dan pasang balik. Nanti tak pasal-pasal macam 'tikus baiki labu'.
Tujuaan nya untuk bagi suasana dan perasaan baru di dapur. Barulah lebih bersemangat nak memasak.


#3 Cuba pelbagai menu baru


Kadang-kadang suami kita ada juga kan bawak kita keluar majan diluar untuk hargai penat lelah kita selama ni. So masa tu ambil peluang tengok reaksi suami & anak-anak bila mereka cuba makanan baru.

Kalau diorang suka, cubalah untuk sediakan makanan tu di rumah. Resepi boleh google je. Kat you tube pun ada banyak video. Lagipun saya tau rancangan masak memasak sememangnya feveret ibu-ibu. Boleh juga cuba menu tu.
Sambil-sambil beronline di facebook, boleh jugak join group-group surirumah, resepi untuk berkongsi resepi di kalangan ahli-ahli group. Baru la syok kan.

#4 Kemaskan dapur setiap kali sebelum tidur


Pastikan segala pinggan mangkuk telah dicuci dan sampah telah dibuang setiap kali sebelum tidur. Lagi pula ini adalah antara amalan menjemput rezeki. (Dulu saya tak pernah tahu pun tentang ini. So pinggan memang penuh la dalam sinki).

Lagi pulak bila dapur dan sinki dah clear, esok pagi kita bangun dalam keadaan mood yang baik sebab tak serabut mata dan kepala dok tengok pinggan berlonggok dalam sinki. Nak masak lebih seronok dan bersemangat.


Cukuplah 4 tips je yer. Yang selebihnya puan-puan lebih tahu apa nak buat. Sebab puan-puan lebih mengenali anak & suami puan-puan masing. Jom kita sediakan makan buat keluarga kita daripada air tangan kita sendiri walaupun hanya sekadar masak nasi dan goreng telur(..tapi yang ni jugaklah menu favourite keluarga saya0. Semoga kita sama-sama dapat menjadi ibu & isteri kebanggaan anak dan suami kita. Amin..

InsyaAllah...

Sebagai surirumah saya pasti yang kebanyakan kita selalu je hilang idea nak memasak apa. Tiap-tiap malam sebelum nak lena tidur ligat je...

0 comments: