6 tips shopping baju online untuk orang bersaiz XS

4/16/2016 nurul husna 2 Comments

jubah small siza


Assalamualaikum...

Saya ni memang dikenali dengan kecomelan dan keayuan semula jadi di kalangan mereka yang mengenali saya (...cewahhh)  Di sebalik kecomelan ni ramai yang tak tau yang saya selalu je berhadapan dengan masalah susah nak cari baju, blouse, dress, jubah, seluar & skirt. Sebab saya ni bersaiz xs @ 36.

Bukan semua baju ada saiz xs & 36 ni.. Kalau pergi cuci mata kat kedai, pasaraya, pasar malam...rata2 saiz 38 ke atas atau saiz m. Bukan tak nak beli tapi nanti kena alter balik. Nanti pergi hantar alter dah kena caj RM10-RM20. Ni pun paling minimum la. Kalau alter sendiri alamatnya langsung tak pakai.

Tapi sekarang saya tak risau akan frust dah. Dan yang lagi best pernah ada yang tegur bila dari jauh nampak saya macam tinggi tapi bila dekat...(hmmm paham-paham sendiri la yer).. Ilusi optik je sebenarnya tu..hahaha

Jadi saya nak ambil peluang untuk share 5 tips ni supaya mereka yang special macam saya ni still boleh tampil gojes.


#1 Pilih saiz yang betul


Biasanya bila kita window shopping di facebook @ instagram, mata akan tertarik pada koleksi baju yang cantik-cantik kat situ. Rambang mata dibuatnya. Tapi....rata-rata baju yang dijual jarang ada saiz xs @ s.. kalau ada pun awal-awal lagi dah habis stok. So nampak sangat ramai sebenarnya rakyat Malaysia ni sama saiz dengan saya.

TAPI perlu diingatkan jangan semata-mata sebab dah berkenan dengan baju tu, korang grab je saiz yang ada. Konon saiz M tak jauh lari sangat dengan saiz S. So kira okla. Yang penting lawa & menepati citarasa. No no no..even beza 1 saiz je kadang-kadang still besar dengan tubuh korang.


#2 Kenal pasti saiz bahu korang


Bagi yang tak tahu saiz bahu masing-masing, why not nanti dapatkan pita ukur yang tailor guna tu minta Encik Suami, adik, kakak @ emak tolong ukurkan.

Ukuran bahu ni penting untuk bantu korang cari saiz yang benar-benar sesuai. Sebab kadang-kadang ada jugak seller yang jual baju bersaiz 'small cut'.. jadi nanti tak lah terbeli baju yang agak kecil. Dan sebagai panduan jugak untuk atasi masalah dalam tips #1. Incase kalau nak beli besar sikit jangan la lebih daripada 1 inci.


#3 Elakkan beli baju FREE SIZE


Yang ni memang pantang saya. Bila je saya terpandang baju yang saya berkenan..soalan pertama saya akan tanya "saiz apa?" Kalau FREE SIZE awal-awal lagi saya akan reject. Even seller bagitau sesuai untuk saiz XS-L.

Kenapa?

Kalau orang bersaiz L pun muat..cuba bayangkan kalau korang pakai baju saiz L tu.

Besar tak?
Menggeleber tak?

Kalau besar..menggeleber..macam tu la lebih kurang kalau korang pakai baju. Tapi tak semua free size kita tak boleh beli. Ada jugak free size yang muat dengan kita. Tapi seelok-eloknya elakkan la. Sebab beli secara online ni tak boleh nak try.



#4 Kekal dengan brand yang sama


Incase kalau korang dah pernah beli dan selesa dengan sesuatu brand, seeloknya stick dengan tailor @ brand tu. Sebab biasanya tailor yang sama akan hasilkan baju dengan ukuran yang hampir sama.

Kalau tak sama pun tak apa sebab korang dah ada ukuran bahu. Jadi ukuran tu tetap boleh jadi reference.


#5 Pastikan material baju yang betul-betul selesa


Part ni kena rajin menuntut ilmu la. Setiap kali bershopping secara online atau offline rajin-rajin dan ringan-ringan kan lah mulut untuk tanya material baju tu.

Ini penting sebab kalau kena dengan material, korang akan nampak lebih gojes dengan pakaian tersebut. Dan yang paling penting lebih selesa bila memakai. Bila selesa konfiden level pun lebih tinggi.


#6 Kenal pasti backgound penjual


Bahagian ni korang kena alert dan berjaga-jaga. Selalunya kita akan nampak seller-seller ni promot produk diorang di group iklan di facebook kan..

Sebelum korang nak close deal, make sure ambil masa dalam 2,3 minit untuk stalker wall seller ni. Jangan main transfer je. Sabar sikit yer. Bukan apa saya tak nak korang tertipu dengan seller yang penipu. Saya tahu tak semua seller macam tu sebab saya sendiri berniaga di facebook jugak. Tapi tak salah kita ambil langkah berjaga-jaga.

Scroll wall seller ni..ada tak diorang promot produk diorabg kat wall. Kalo ada cek pulak dah bape lama dan berapa kerap diorang post. Dan kalau ada kawan-kawan diorang yang komen atau ada bagi feedback yang menunjukkan diorang ni betul-betul seller. InsyaAllah korang tak salah pilih.

Kesemua tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan saya harap gadis-gadis di luar sana tak akan hadapi masalah yang sama seperti saya selama ni. Sememang nya kena banyak bersabar masa nak berwindow shopping tu tapi hikmahnya supaya kita tak lakukan pembaziran dan frust menonggeng sorang-sorang.

Hihihi..

Last but not least enjoy shopping yer. Semoga kita dipermudahkan memiliki baju yang gojes disamping menutup aurat dan memenuhi syariat.

Assalamualaikum... Saya ni memang dikenali dengan kecomelan dan keayuan semula jadi di kalangan mereka yang mengenali saya (...ce...

2 comments:

  1. Kalau boleh.. Beli yg besar sikit takpe.. Sbb kalau terlalu mengikut saiz badan..takut tak tutup aurat dgn sempurna...

    ReplyDelete
  2. yer betul tu puan..sebab tu penting jugak kita tengok design baju yang tak terlalu ikut tubuh badan. Sebab tu saya selesa memakai jubah. Biasanya jubah direka longgar. Walaupun saiz xs tetap longgar kat badan

    ReplyDelete