Perbezaan antara kolostrum, foremilk dan hindmilk

12/04/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Walaupun mami dah berjaya susukan sepenuhnya kedua-dua anak mami sehingga mereka berusia 2 tahun..sebenarnya mami bukan la banyak sangat ilmu tentang penyusuan ni..

Biasanya mami biasa dengar & tahu kolostrum je.. bila first time dengar 2 jenis susu lagi foremilk dan hindmilk. Mami pun tertanya-tanya jugak.

So bila dah tambah ilmu baru ni seperti biasa mami kongsikan pulak dengan pengunjung blog mami..

Bagi yang belum tahu.. susu ibu terdapat dalam 3 jenis.. KOLOSTRUM, FOREMILK & HINDMILK.

Apa beza ketiga-tiga jenis susu ini..
Apakah manfaat kepada bayi..
Perlukan setiap bayi mendapatkan ketiga-tiga jenis susu ni?
Bilakah waktu yang sesuai untuk berikan susu-susu ini?

Setiap soalan akan terjawab dalam penerangan di bawah.

KOLOSTRUM

Susu pekat kekuningan yang terhasil selepas beberapa jam atau beberapa hari selepas bayi dilahirkan.

Kuantitinya sedikit sahaja cukup untuk perut bayi yang masih kecil, tapi kaya dengan antibodi yang sangat-sangat diperlukan bayi yang baru lahir.

Selepas beberapa hari kelahiran, susu ibu akan mula keluar dan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu foremilk dan hindmilk.


FOREMILK

Foremilk ialah susu yang berada pada kedudukan hadapan payudara. Ia juga disebut sebagai susu awal. Di awal penyusuan, bayi kita akan mula dapat foremilk. Susu ni agak cair dan mengandungi air yang banyak serta berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi. Jadi sebab itulah, untuk 6 bulan pertama, bayi tak perlu minum air masak sekalipun. Warnanya pula agak kebiruan dan ia mengandungi khasiat seperti karbohidrat, protein dan vitamin yang sangat penting untuk bayi. .


HINDMILK

Hindmilk pula adalah susu yang berada pada kedudukan belakang payudara, dimana bayi hanya akan mendapatnya di akhir sesi penyusuan iaitu setelah menghabiskan foremilk (susu awal). Oleh itu, hindmilk juga disebut sebagai susu akhir. Ia mengandungi kandungan lemak yang lebih dan agak pekat jika dibandingkan dengan foremilk yang cair. Warnanya juga kelihatan pekat dan agak kekuningan. Hindmilk juga tinggi kandungan kalori dan penting untuk tenaga serta tumbesaran bayi.

MENGAPA IA BERBEZA PADA SUSU

Apabila susu dihasilkan, oleh alveoli (yang menghasilkan sel susu) kebanyakannya mengandungi lemak yang tinggi dan dan ia terhasil di belakang payudara menjadi hindmilk dan selebihnya, susu tersebut terkumpul di bahagian hadapan payudara menjadi foremilk. .

Jadi, lemak yang dihasilkan itu sebenarnya tersekat di belakang payudara dan inilah yang menyebabkan perbezaan yang besar pada kandungan susu ibu. kandungan lemak dalam susu meningkat secara beransur-ansur dalam penyusuan sebagai dua lapisan lemak yang dibebaskan dari alveoli.

Lebih lama ibu menunggu untuk menyusukan/ memerah maka lebih banyak foremilk yang akan dihasilkan. Namun ia juga akan membuatkan bayi menunggu lama untuk mendapatkan hindmilk.

Level laktosa yang tinggi  yang ditemui dalam foremilk sangat penting untuk tenaga dan perkembangan otak bayi serta mampu menghilangkan dahaga bayi.

Manakala hindmilk pula penting untuk tumbesaran bayi serta mampu membuatkan bayi kenyang..

Walaupun mami dah berjaya susukan sepenuhnya kedua-dua anak mami sehingga mereka berusia 2 tahun..sebenarnya mami bukan la banyak sangat...

0 comments: