Kompilasi menu berpantang selama 44 hari beserta resepi

11/20/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Menu 44 hari berpantang


Bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri, biasanya minggu pertama macam2 idea menu berpantang datang kan..
Masuk minggu ke2 ulang balik resepi minggu pertama..
Last2 kehabisan idea.
Mujurlah time berpantang biasanya makan berselera..
So makan je apa yang ada.

Kompilasi ni Una buatkan khas untuk panduan ibu-ibu berpantang, encik suami, mak bidan dan termasuklah mereka2 yang tolong jaga orang berpantang.
Dan juga untuk persediaan diri sendiri jugak nanti.

Semoga bermanfaat yer..



Menu Hari 1; Siakap Kukus Halia


Menu Hari 2; Ayam panggang


Menu Hari 3; Kerabu pegaga (bagus untuk memperbanyakkan susu badan)


Menu Hari 4; Sup Lobak Putih

Info
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.

Menu Hari 5; Daging Rebus Asam


Menu Hari 6; Ikan Bilis Sungai Halia


Menu Hari 7; Sup Ayam/Daging Berempah


Menu Hari 8; Singgang Ikan Tenggiri


Menu Hari 9; Ikan Bawal Kukus Asam Jawa


Menu Hari 10; Ikan Siakap Bakar

Menu Hari 11; Ikan Haruan Masak Lada Hitam


Sumber
Follow IG : pakarhamil_malaysia
Follow FB : Nur Afiqah

Menu Hari 12; Ayam Masak Halia



Menu Hari 13; Sup Ikan Merah




Menu Hari 14; Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)




Menu Hari 15; Ayam/Daging Bakar bersama Cicah Air Asam Lada Hitam




Menu Hari 16; Ikan Bawal Putih Panggang



Sumber; Foodzyla Shop


Menu Hari 17; DAGING LADA HITAM 

BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dihiris)
5 biji bawang putih (Dicincang halus)
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak jagung.
2) Gorengkan daging hingga agak garing dan angkat.
3) Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
4) Kemudian masukkan daging,lada hitam,kicap dan garam.
5) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Daging lembu mempunyai lemak tepu yang tinggi.Walau bagaimanapun,ia mengandungi kolestrol yang rendah.Pengambilannya akan membekalkan tenaga.

Menu Hari 18 : DAGING GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dipotong bulat) 
1 inci kunyit (Ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIPOTONG SERONG
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau

CARA PENYEDIAAN
1) Perap daging bersama kunyit dan garam selama 20 minit.
2) Masukkan daging dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3) Rebus daging hingga empuk.
4) Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau.
5) Kacau sekata sebelum diangkat.

Info
Selain serat yang tinggi pada daging lembu,ia juga membekalkan pelbagai mineral penting untuk tubuh.

Menu Hari 19: SINGGANG DAGING ALA KELANTAN

BAHAN-BAHAN
1 liter air
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar) 
2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIHIRIS KASAR
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1) Rebus daging bersama halia,lengkuas,bawang putih,ketumbar,cili kering dan asam keping hingga empuk.
2) Kemudian,masukkan bawang besar,garam dan gula.
3) Didihkan seketika sebelum diangkat.

Info
Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin.Ia sangat berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.

Menu Hari 20 : HATI MASAK BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
300gm hati lembu (Dihiris)
1 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIKISAR
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
20gm halia
10gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1) Gaulkan hati lembu dengan bahan kisar,garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.
2) Perapkan semalaman.
3) Masukkan hati lembu yang telah diperap ke dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
4) Masak sehingga hati lembu empuk.

Info
Hati lembu membantu dalam pembentukan sel darah merah.Ia mempunyai nilai gizi yang tinggi.

Menu Hari 21: AYAM MASAK BIJAN

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam
2 ketul daging ayam
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak bijan
Bijan goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
30gm halia tua dihiris

CARA PENYEDIAAN
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

Info
Kunyit dibuat minuman sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Ia juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

Menu Hari 22 : AYAM KUKUS CENDAWAN HITAM

BAHAN-BAHAN
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK A
20gm halia 
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN DITUMBUK B
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

CARA PENYEDIAAN
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka,masukkan cendawan hitam dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit.


Menu Hari 23: AYAM MASAK KERING 

BAHAN-BAHAN
200 ml air
2 ketul daging ayam
5 helai daun pegaga
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
30gm halia 
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

Info
Kunyit dibuat minuman sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Ia juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

Menu Hari 24: PAIS IKAN TENGGIRI 

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil asam jawa (campurkan 3 sudu besar air)
3 helai daun pisang (dilayur)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Satukan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa,serbuk kunyit dan garam.
2) Lumurkan pada ikan hingga rata.
3) Perapkan selama 30 minit.
4) Bungkus ikan dengan daun pisang.
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius sehingga masak.

Info
Resepi ini membekalkan protein untuk tenaga,berupaya untuk mencantikkan kulit dan meningkatkan suhu badan.

Menu Hari 25 : IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1 sudu besar minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN DIHIRIS DAN DIGORENG
30gm halia
3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2) Biarkan selama 20 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
5) Tuangkan kicap dan masak seketika.
6) Curahkan ke atas ikan.
7) Taburkan halia,bawang putih dan minyak bijan ke atas ikan.

Info
Minyak bijan memberikan aroma yang menarik selain membantu pertumbuhan dan menghitamkan rambut.

Menu Hari 26 : IKAN MASAK PINDANG

BAHAN-BAHAN
2 keping ikan merah
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
10gm kunyit
10-15 biji lada hitam

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Masukkan kesemua bahan kecuali ikan ke dalam periuk.
2) Didihkan di atas api perlahan.
3) Masukkan ikan dan didihkan lagi hingga masak.

Info
Lebih banyak halia dan bawang putih,lagi bagus untuk pembuangan angin.Kurangkan lada hitam sekiranya menyusukan bayi.

Menu Hari 27 : IKAN HARUAN GORENG REMPAH

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
30gm halia
2 biji bawang besar

CARA PENYEDIAAN
1) Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
2) Perap selama 15 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.
5) Masukkan sos lada hitam,rempah ikan dan garam.
6) Kacau sekata dan curahkan ke atas ikan.

Info
Ibu-ibu yang berpantang digalakkan makan nasi ketika panas dan minuman yang sesuai iaitu air akar kayu.

Menu Hari 28 : IKAN PANGGANG HALIA MUDA

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
2 ketul ikan tenggiri
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN B (DIHIRIS)
30gm halia muda
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARAPENYEDIAAN
1) Lumurkan bahan A pada ikan.
2) Perapkan selama 30 minit.
3) Panggang ikan hingga masak.
4) Panaskan sedikit minyak.
5) Tumis bahan B hingga naik bau.
6) Angkat dan taburkan di atas ikan panggang.

Info
Halia salah satu herba tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman,baik untuk hati,menguatkan tenaga batin,menambahkan air mani,membuang angin,menghilangkan bau mulut,memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Menu Hari 29 : IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.

Menu Hari 30: SUP LOBAK CAMPUR

BAHAN-BAHAN
500ml air
1/2 batang lobak putih
Sedikit lobak merah
Sedikit daun kucai

BAHAN-BAHAN DITUMBUK
1 biji bawang besar 
1 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam ikan bilis
1 sudu kecil lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1) Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan air dan lobak putih dan rebus hingga empuk.
3) Masukkan lobak merah,daun kucai dan garam.
4) Biarkan seketika sebelum diangkat.

Menu Hari 31 : SUP KURMA MERAH

BAHAN-BAHAN
500ml air
100gm dada ayam (dipotong kiub)
50gm ikan bilis
20gm kacang hitam
20gm kurma merah
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIHIRIS HALUS
10gm halia
10gm bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan air dan masukkan bahan-bahan yang dihiris halus.
2) Rebus kesemua bahan hingga mendidih.
3) Tunggu sehingga ayam empuk sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini masakan orang cina.Gabungan kacang hitam dan kurma merah membekalkan mineral untuk memperbaiki struktur kulit daripada luka dan parut.Baik untuk buah pinggang dan sistem paru-paru.

Menu Hari 32: SUP AYAM BETIK MUDA

BAHAN-BAHAN
500gm ayam (dipotong kecil)
200gm betik muda (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 sudu besar jus limau
2 helai daun selasih
Garam secukup rasa

BAHAN A
800ml air
2 biji cili padi (diketuk)
1 helai daun limau purut

BAHAN-BAHAN DIHIRIS HALUS
20gm lengkuas
20gm halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Masukkan bahan A dan bahan-bahan yang dihiris halus ke dalam periuk.
2) Rebus sehingga mendidih.
3) Masukkan ayam,jus limau,daun selasih,betik muda dan garam.Didihkan sehingga ayam empuk.
4) Masukkan tomato.
5) Biarkan mendidih selama 10 minit lagi.

Info
Betik muda dapat membantu menambahkan susu.

Menu Hari 33 : SUP SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN
500ml air
Minyak masak
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIPOTONG
200gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batang saderi
3 helai daun kubis

BAHAN-BAHAN TUMBUK
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah biji
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan putih

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.
2) Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
3) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.
4) Apabila mendidih,masukkan sayur-sayuran.
5) Bila sayur empuk,masukkan garam.
6) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Brokoli mengandungi beta karoten dan vitamin lain yang dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser.

Menu Hari 34 : SUP IKAN HARUAN

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
500ml air
2 sudu besar minyak jagung
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DITUMBUK
30gm halia
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 sudu besar lada hitam

BAHAN HIASAN
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak di dalam periuk.
2) Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.Masukkan air.
3) Apabila mendidih,masukkan asam keping,ikan dan garam.
4) Masak lagi hingga mendidih.
5) Taburkan bawang goreng,daun bawang dan daun sup.
6) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Ikan haruan membekalkan protein dan albumin yang tinggi.Membantu penyembuhan luka dengan cepat.


Menu Hari 35 : AYAM MASAK KERING PEGAGA

BAHAN-BAHAN
1/4 bahagian ayam
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (dimayang halus)
5-7 daun pegaga 
200ml air
Sedikit minyak masak untuk menumis 
Setengah sudu teh serbuk kunyit 
Setengah sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Bersihkan ayam.
2. Ayam dihiris kepada ketulan besar.
3. Masukkan sedikit minyak masak.
4. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
5. Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
6. Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut kesukaan). 
7. Hidangkan ketika masih panas. 

Info
Bagi masyarakat Melayu,kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang.Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


Menu Hari 36 : DAGING MASAK HALIA

BAHAN-BAHAN
1/2 kg daging batang pinang
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
2 inci halia (dihiris halus)
3 sudu besar sos tiram
500ml air
Sedikit minyak masak untuk menumis 
Sedikit garam 
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan daging.
2.Potong daging kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar dan halia sehingga naik bau.
5.Masukkan sos tiram.
6.Masukkan air dan daging.Masak sehingga 40 minit.
7.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
8.Masakkan sehingga kuah memekat.

Menu Hari 37 : SUP AYAM

BAHAN-BAHAN
1 kg ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
1 batang serai (diketuk)
2 inci halia (dihiris halus)
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 sup bunjut
1 kiub pati ayam
900ml air
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang 
Sedikit minyak masak untuk menumis 
Sedikit garam 
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan ayam.
2.Potong ayam kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar,halia,serai dan sup bunjut sehingga naik bau.
5.Masukkan air,ayam dan kiub pati ayam.Masak sehingga mendidih.
6.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
7.Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.
8.Masukkan jus limau nipis mengikut kemasaman yang dikehendaki.


Menu Hari 38 : IKAN GELAMA MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 ketul halia (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 mangkuk air asam

CARA PENYEDIAAN
1. Gorengkan ikan yang telah disapu garam dan kunyit.Ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,halia dan cili merah.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.

Menu Hari 39 : IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Didihkan santan,air dan bahan tumbuk di atas dengan api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam.Gaul sekata.

Menu Hari 40 : IKAN BILIS BERKUNYIT

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis (digoreng)
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya

CARA PENYEDIAAN
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.

Menu Hari 41 : IKAN BILIS DAUN KARI

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis (digoreng)
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan pula daun kari dan ikan bilis.
3. Goreng seketika dan angkat.

Menu Hari 42 : IKAN PANGGANG BERKARI

BAHAN-BAHAN
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Daun pisang
Garam (secukup rasa)

CARA PENYEDIAAN
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
2. Lumurkan di atas ikan dan balutkan dengan daun pisang.
3. Panggang boleh diletak atas dapur sahaja.

Menu Hari 43: IKAN BAWAL KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia (potong nipis)
1 inci kunyit (potong nipis)
3 ulas bawang putih (potong nipis)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk
1 batang lobak
Beberapa bunga kubis
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Lumurkan ikan dengan kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dalam bekas dan boleh alas dengan daun pisang/aluminium foil.
4. Siram baki perapan kicap atas ikan.
5. Tabur bahan yang dipotong atas ikan.Susun lobak dan bunga kubis di sekeliling ikan.
6. Kukus dalam anggaran 10-12 minit atau sehingga masak.

RESEPI BERPANTANG 44 : IKAN HARUAN BERLADA

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan haruan potong 4,buangkan kulit dan ambil isinya sahaja
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih,sedikit halia (kisar halus)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar (potong bulat)
1 biji cili merah dan hijau (dihiris)
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng sederhana garing dan ketepikan.
2. Tumiskan halia dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan jintan manis
4. Masukkan pati asam jawa dan gula.Biarkan mendidih.
5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
6. Kemudian masuk ikan dan biar kuah pecah minyak.
7. Apabila ikan masak,perlahankan api dan masukkan bawang besar dan cili.
8. Siap untuk dihidang.

Bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri, biasanya minggu pertama macam2 idea menu berpantang datang kan.. Masuk minggu ke2 ulang balik res...

0 comments: