Ibu ini berkongsi tips untuk dapatkan berat ideal selepas bersalin

4/09/2018 nurul husna 0 Comments

Assalamualaikum rakan-rakan muka buku.


Atas permintaan beberapa orang sahabat yang bertanyakan rutin harian Una selepas melahirkan baby ke3 ni sebab dalam masa 4 bulan je dah boleh dapat berat ideal.

Sebelum tu Una nak share dulu perubahan berat badan sebelum ni.

Berat ideal Una adalah 44kg.
Sebelum hamil berat Una antara 48~49 kg.
Semasa 9 bulan hamil berat 'berjaya' mencecah 55~56 kg.
Tak naik mendadak sangat kan.


Memang ramai yang cakap tak nampak macam pregnant pun sebelum ni.
Tu yang sampai ada yang tak perasan Una tengah pregnant tahun lepas.
Sedar-sedar jumpa dah ada baby baru.
Bila masa nya pregnant?

Alhamdulillah minggu lepas timbang berat dah turun sehingga 44kg.

Apa yang Una buat?

1. Semasa berpantang, berpantang betul-betul. Jaga makan, bertungku, berbengkung. Tapi bab berbengkung 2 minggu pertama je Una consistent sebab nak control berjalan & duduk. Kot la terganas kang, boleh terbuka jahitan di bawah.

Lagi 1 sebab nak kembalikan perut yang menggeleber tu balik ke asal. Bila perut dah flat balik, mula la culas berbengkung. Bukan apa, susah nak berulang ke toilet dan nak riba baby time menyusu.

Bertungku atleast 2x sehari. Bukan je bantu rahim mengecut elok...darah kotor pun cepat keluar, lemak cepat terbakar dan perut lagi cepat flat.

2. Pilihlah untuk menyusukan bayi sepenuhnya.

Ambil peluang ni untuk susukan baby sepenuhnya. Sebab mereka merupakan natural fat burner paling berkesan. Biarlah baby tembam sebab menyusu susu ibu sepenuhnya. Lagipun baby tembam comel, kalau ibu yang tembam??? Fikirlah sendiri.

Ni baby Una tengah sedap tidur disaat abang dan kakak syok mandi kolam.

3. Tak tinggal suplemen.
Sejak sebelum hamil, sepanjang hamil,  selepas bersalin dan sepanjang tempoh penyusuan suplemen shaklee memang Una tak tinggal. Bukan je bagi rekod kehamilan yang cantik, membantu jugak proses bersalin, memperbanyakkan susu badan..secara tak langsung bantu mengawal kenaikan berat badan. Bila berat tak naik mendadak, maka lagi mudah & cepat la nak turun ke berat ideal.

Ini semasa umur kandungan 9 bulan


4. Eat clean

Una tak la amalkan eat clean yang heavy sangat. Cuma minuman manis tu memang Una jarang ambil. Kalau bancuh di rumah pun gula tu letak sekadar nak bagi ada rasa je. Supaya tak la tawar sangat.

Banyakkan jugak makan buahan dan kalau boleh elakkan makan malam selepas jam 8 malam.

Rasanya ni je kot.
Kalau ada yang tertinggal nanti Una tambah lagi yer.

Yang mana korang rasa bermanfaat dan boleh diikut, ikutlah. Kalau tak, buat slow-slow tapi konsisten. Yang penting enjoy.

Jangan stress2 nak turunkan berat. Nanti lagi stress lagi banyak makan pulak.

Love 💖
Nurul Husna
Ibu anak 3

Assalamualaikum rakan-rakan muka buku. Atas permintaan beberapa orang sahabat yang bertanyakan rutin harian Una selepas melahirkan baby...

0 comments: