13 punca suami isteri tidak subur

9/13/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments


Semalam viral di wall fb tentang Noh Hujan yang menangis bila ditanya tentang isu anak..
Yelah..dah 6 tahun berkahwin tapi masih lagi belom ada rezeki dikurniakan rezeki..
Pasangan suami isteri mana yang tak nak jadi ibu & ayah...
Pasangan suami isteri mana yang tak nak menimang anak..

Kebiasaannya, isu tidak subur ni bukan je berpunca daripada isteri je..bahkan dari sebelah pihak suami jugak..
Tapi selalu nya si isteri la yang berusaha keras untuk atasi masalah tidak subur.

13 punca suami isteri tidak subur



  1. Kerosakan pada tiub fillopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fillopio yang rosak adalah disebabkan oleh keradangan atau ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.
  2. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yabg biasa tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim.
  3. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus dan serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.
  4. Wanita yang mempunyai kelainan atau kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fillopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.
  5. Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka yang lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 - 30 tahun.
  6. Emosi tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
  7. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan.

Masalah gagal mendapatkan cahaya mata bukan hanya berpunca daripada isteri sahaja. Dalam beberapa kes, lelaki juga dipercayai menjadi punca mengapa rumah tangga tidak dikurniakan zuriat.


  1. Gangguan hormon pada suami akibat pengambilan steroid untuk jangka masa yang panjang yang menyebabkan testosteron tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.
  2. Masalah ologosperma, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap mililiter air mani dan tidak berkualiti.
  3. Selain itu, penis yang bermasalah juga adalah faktor ketidaksuburan buat lelaki. Sperma yang tidak terhasil tidak dapat keluar akibat kerosakkan ataupun kecacatan pada penis lelaki.
  4. Masalah seks seperti mati pucuk atau ejakulasi pramatang (awal) yang biasanya disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan kolesterol berlebihan. (Dapatkan tips mengatasi ejakulasi pramatang di sini ⏩⏩http://bit.ly/2x1qg3e)
  5. Masalah obesiti atau terlalu gemuk. Ini kerana golongan ni akan menghadapi masalah kekurangan sperma atau mungkin tiada langsung.
  6. Pengambilan dadah, alkohol, merokok dan terdedah kepada bahan beracun dan bahan bahan kimia.

Semalam viral di wall fb tentang Noh Hujan yang menangis bila ditanya tentang isu anak.. Yelah..dah 6 tahun berkahwin tapi masih lagi be...

1 comment: