Tips paling berkesan promosi blog secara offline
Nak mempromosikan blog secara berjaya adalah salah satu part yang paling susah dalam dunia blogging. Memang rugi kalau terpaksa membuang masa yang lama untuk tulis content yang baik, cari gambar yang sesuai, tapi tak ada orang nak baca. Haha. Maybe boleh jadi latihan untuk kita, tapi untuk tempoh berapa lama? Kalau nak berjaya, aku ada beberapa cara yang boleh dikatakan agak bengong jugak tapi mungkin berkesan untuk promosikan blog secara offline.
Promosi Blog Secara Offline
1. Duit Kertas : Yang ini confirm semua orang boleh buat. Tulis URL blog korang atas duit kertas. For sure beribu, ataupun berjuta orang akan passing duit tu. Tapi itupun kalau duit tu masih bernilai lepas korang tulis la sebab dekat sesetengah negara, illegal untuk menulis kat atas duit. Haha.
2. Nama Bluetooth : Tukarkan nama Bluetooth kepada URL blog korang. On setiap masa korang lalu dekat kawasan yang ramai orang. Mereka yang buka Bluetooth pasti perasan nama Bluetooth yang unik iaitu URL blog korang. Senang!
3. Design T-Shirt : Upah mana-mana designer ataupun korang sendiri boleh buat. Buat design tshirt yang lawa tapi kena make sure ada URL dan logo blog korang kat design tshirt tu. Edarkan tshirt tu pada jiran-jiran ataupun kenalan korang. Tapi agak costly la kan. Hehe.
4. Pantai : Ini senang. Pergi ke tepi pantai, tulis URL blog korang besar-besar. Cara ini lebih baik daripada korang asyik tulis nama awek/pakwe korang kan. Lebih baik korang tulis URL blog, paling kurang pun orang akan ingat nama blog korang.
5. Cyber Cafe : Pergi ke mana-mana cyber cafe yang berdekatan dengan tempat tinggal korang. Masuk dan tukar homepage browser setiap komputer dalam cyber cafe tu kepada blog korang. Siap dan tinggalkan cyber cafe tu serta merta!
6. Perjumpaan : Join mana-mana gathering yang berkaitan dengan blog dan sebolehnya selalu sebut URL blog korang. Haha. Ataupun kalau nak paling efektif korang arrange perjumpaan yang besar dan letakkan URL blog korang besar-besar dekat banner promosi perjumpaan tu.
7. Hot-Spot : Cari hot-spot yang kena dengan niche blog korang. Sebagai contoh niche korang berkenaan review filem. Buat satu poster ala-ala movie untuk blog korang dan tinggalkan dekat mana-mana panggung wayang.
8. Sticker Bumper : Sediakan sticker yang bertulis URL blog korang. Tampal dekat setiap bumper kereta yang korang jumpa. Hehe. Kenapa bumper? Sebab agak susah untuk tuan kereta tu perasan sticker yang korang tampat tu. Cuba bayangkan kalau kereta tu dah travel beribu-ribu batu tapi dia tak perasan, maknanya kereta tu dah berjaya promosikan blog korang beribu batu jauhnya. Hehe.
9. Dompet : Beli dompet murah banyak-banyak dan isikan setiap dompet tu dengan satu kad yang ada detail pasal blog korang. Pergi ke tempat yang ada ramai orang dah jatuhkan dompet korang. Teruskan berjalan seperti biasa.
10. Jualan : Masa jual barang-barang yang korang dah tak gunakan. Cuba letakkan ayat “Sponsored by (URL blog korang)” pada setiap tagging barang jualan korang tu. Hehe.
11. Tingkap Berhabuk : Mesti ada yang gatal tangan yang selalu lukis dekat tingkap kereta yang berhabuk kan. So, tunjukkan bakat yang korang ada dengan menulis URL blog korang pulak dekat cermin tingkap kereta yang berhabuk tu. Hehe.
12. Tandas : Vandalism! Yeah. Saya tahu ada yang suka buat benda ni. Haha.
13. Bag : Buat satu tag untuk bag korang dan letak nama dan URL blog korang. Travel la merata-rata dengan bag korang tu.
Cuba la buat. Hehe. Aku dah ada buat beberapa cara yang kat atas ni dan memang berkesan. Memang ada beberapa cara yang agak gila-gila kat atas ni tapi saya yakin memang berkesan untuk promosikan blog korang secara offline. Tak caya? Cuba la try test sendiri.
0 comments: