Antara disposable & reusable breast pad mana lebih berbaloi?

10/18/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments



Bagi ibu-ibu hamil yang sedang tunggu hari nak melahirkan baby..
Mesti tengah sibuk nak complete checklist barang ibu & anak kan..

So sempena cuti sekolah seminggu ni..
Encik husband pun cuti..
So Una ambil peluang untuk setel check list menyambut baby ke3 ni..
Tak banyak mana pun checklist kali ni..Yelah baby no.3..
So kebanyakkan recycle barang2 kakak & abang sebelum ni..
Dah hujung2 baru teringat breast pad terlupa masuk dalam list..

 Apa benda breast pad ni?


Breast pad ni antara sahabat rapat ibu yang menyusukan bayi..
Breast pad bantu beri keselesaan kepada ibu supaya susu badan yang mengalir keluar sehingga menyebabkan baju basah.
Tapi tak semua ibu memerlukan breast pad..
Bergantung kepada kemeriahan susu badan setiap ibu.
Biasanya ibu dalam pantang memang perlukan breast pad ni..
Sebabnya kebiasaannya semasa tempoh berpantang susu badan sangat meriah..
Time ni la ibu2 bekerja yang nak buat stok ebm boleh ambil peluang mengumpul sebanyak yang boleh..

Jenis-jenis breast pad yang ada di pasaran

1. Reusable breast pad



Reusable means boleh diguna semula.
Biasanya ia diperbuat sepenuhnya daripada fabrik.
Anda boleh membasuhnya setelah guna.
Jadi lebih economic dan menjimatkan wang kerana boleh digunakan berulang kali walaupun harganya lebih mahal daripada jenis pakai buang @ disposable.

Ada banyak brand breast pad jenis reusable ni..
Contohnya;
Avent
Pigeon
Fiffy
Anakku

Harganya bergantung kepada material & jenamanya..

2. Disposable breast pad



Disposable @ pakai buang..
Biasanya diperbuat daripada kapas..
Ianya lebih mudah diuruskan..
Tak perlu nak basuh..
Sebabnya kalau lambat basuh dikhuatiri akan menyebabkan timbulnya tahi lalat pada breast pad tersebut.

Kalau pergi travel @ bercuti Una lebih memilih untuk menggunakan jenis disposable ni..

So far semasa anak sulong & kedua Una just guna disposable breast pad je..
Antara brand pilihan Una ialah Pureen.

3. Breast shell



Untuk jenis yang ni Una baru je tau yang ianya mempunyai fungsi macam breast pad jugak..
Tapi yang menariknya..
Ibu-ibu boleh collect breast milk.
Agak2 dah susu dah banyak boleh masukkan ke dalam storage (botol susu @ zip bag)
So tak membazir la susu badan ibu2 tu..

Untuk harga pulak.
Una cadangkan ibu-ibu kena rajin survey.
Sebab setiap brand dan kedai tak sama harganya.
Boleh jugak survey di lazada, 11 street atau shopee.MY..

Semoga perkongsian hari ni sedikit sebanyak dapat bantu ibu-ibu.

Bagi ibu-ibu hamil yang sedang tunggu hari nak melahirkan baby.. Mesti tengah sibuk nak complete checklist barang ibu & anak kan.. ...

0 comments: