Tips memilih kolagen yang terbaik dan berkesan

1/30/2018 unazack Husna 0 Comments



Bila dah capai usia 25 tahun kolagen pada tubuh kita dah kurang dihasilkan.
Sebab tu la seawal usia 30an dah mula nampak garis-garis kedut di hujung mata, hujung mulut, atas pipi.
Sakit & lenguh-lenguh sendi, Rambut jadi kering dan gugur.
Gigi dah mulai longgar.
Ni semua tanda bahawa tubuh kita dah kekurangan kolagen.

Sebab itulah wanita pada usia 30an sangat obses dengan kolagen.
Kebanyakan nya mula mengamalkan pemakanan tambahan berasaskan kolagen.

Disebabkan terlalu banyak produk yang mengandungi kolagen
Seperti minuman kesihatan
Krim wajah
Losyen tangan & badan
Mandian
Serum dan lain-lain lagi
Kadang-kadang jadi konfius nak guna yang mana.
Yang mana lebih baik dan berkesan.


Kolagen banyak terdapat pada haiwan bertulang belakang seperti ikan, lembu, burung dan termasuklah manusia.

Produk kolagen yang dikomersilkan biasanya berasaskan ikan, lembu dan khinzir.

1.  Ikan

Kolagen ikan atau dikenali juga sebagai kolagen marin diekstrak daripada ikan laut sejuk dan kebiasaannya ikan salmon dan ikan merah.
Kolagen marin adalah lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen bersumberkan lembu atau babi.

2. Lembu

Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.
Tapi apa yang meragukan ialah adakah lembu tersebut di sembelih terlebih dahulu atau tidak.
Jadi sebelum membeli kolagen pasyikan ianya disahkan HALAL terlebih dahulu.

3. Khinzir / Babi

Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.
Bagi muslim kolagen ini diharamkan sama sekali.

Jadi pilih lah kolagen marin.
Diyakinin halal.
Mudah diserap oleh kulit. Ia juga tidak akan menyebabkan kerosakkan pada buah pinggang.
Dan semestinya sangat berkesan.

Kolagen Tumbuhan (Plant Collagen) & Kolagen Rumpai Laut (Seaweed Collagen)

Sebenarnya tiada kolagen yang terhasil daripada tumbuhan.
Pengambilan rumpai laut hanya membantu merangsang kulit menghasilkan kolagen sahaja.
Sama juga jika anda mengamalkan vitamin C.
Sebab itulah harga nya jauh lebih murah berbanding kolagen marin.

Jikan dibandingkan kesannya agak makan masa.

Sekarang dah tau kan macam mana nak dapatkan kolagen yang elok?
Semoga tidak tersalah memilih lagi selepas ini.

Love 💖
Nurul Husna

Bila dah capai usia 25 tahun kolagen pada tubuh kita dah kurang dihasilkan. Sebab tu la seawal usia 30an dah mula nampak garis-garis ke...

0 comments: