6 Tips Mengekalkan Disiplin dan Semangat bekerja sendiri di rumah

8/05/2015 nurul husna 0 Comments

tips kekalkan semangat bekerja


Semenjak 2,3 menjak ini, pelbagai kes jenayah berlaku kepada bayi-bayi yang ditinggalkan dengan pengasuh oleh ibu bapa bekerjaya. Sehinggakan ramai ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan menjaga sendiri anak mereka di rumah. Tetapi atas sebab peningkatan taraf hidup kebanyakannya mengambil peluang untuk set up bisnes sendiri dari rumah. Sambil membesarkan anak masih lagi berpeluang menambahkan pendapatan keluarga.

Jangan terkejut kerana ada di antara mereka ni jauh lebih mewah dan berjaya berbanding mereka yang berkerja makan gaji di pejabat. Tetapi memastikan bisnes sentiasa berkembang dan berjaya adalah penting untuk terus mengekalkan semangat dan motivasi.

Berikut terdapat beberapa tips untuk anda yang ingin bergelar atau yang telah pun bergelar WAHM.



#1 MENYEDIAKAN RUANG KERJA KHAS DI RUMAH (SOHO - Small Office Home Office)


Usahakan untuk menyediakan ruang khas (SMALL OFFICE) yang mengandungi segala keperluan peralatan yang diperlukan seolah-olah anda bekerja di pejabat.  Ruang ini sebenarnya dapat membantu memberi MOOD kepada anda untuk lebih serius semasa bekerja.


#2 MEMBUAT JADUAL KERJA TERTENTU


Mempunyai jadual kerja mengikut jam yang ditetapkan membantu anda lebih efisien sepanjang tempoh masa. Tetapkan kerja dan masa di antara urusan rumah tangga dan bisnes. Dan pastikan anda mematuhi jadual tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga bahkan bisnes anda sentiasa berjalan dengan lancar. Hal ini bagi memastikan anda tidak terlalu lama di SOHO dan tidak terlalu lama menghabiskan masa menguruskan rumah. Jangan lupa untuk masukkan waktu rehat dan masa untuk bersama keluarga.


#3 SENTIASA MOTIVASI DIRI SENDIRI


Jika anda di pejabat anda akan diselia oleh pengurus dan BOS yang akan sentiasa mengingatkan anda untuk menyempurnakan kerja mengikut masa yang ditetapkan dan dengan sempurna. Tetapi apabila bekerja sendiri di rumah tiada siapa yang akan push anda. Jadi untuk mengekalkan motivasi diri sentiasalah mendekati mereka yang telah berjaya yang telah menjadi mentor anda. Selain itu, boleh juga dapatkan motivasi dan semangat daripada buku-buku motivasi yang terjual di kedai  buku.


#4 MENGEKALKAN SIKAP PROFESIONAL


Sekiranya anda kerap berinteraksi dengan klien, berhati-hatilah ketika menjawab telefon atau memberi respon di dalam email, Whatsapp atau SMS. Amalkan sikap profesional bagi memastikan tiada sebarang keraguan mengenai kualiti kerja atau servis anda. Ini bagi memastikan kepercayaan pelanggan untuk terus berurusan dengan anda.

Mungkin ada di antara mereka yang akan rekemen anda kepada kenalan mereka yang lain. Bila bisnes dah menunjukkan pasti semangat semakin meningkat dari hari ke hari.


#5 SENTIASA INGAT MEMPUNYAI ANAK KECIL ADALAH CABARAN UNTUK BERJAYA


Ada sesetengah WAHM yang berpendapat kehadiran anak kecil mengganggu perjalanan kerja mereka. Sehinggakan ada yang mengambil keputusan untuk menghantar anak kepada pengasuh. Cuba fikirkan sekali lagi, apa tujuan sebenar anda memilih kerjaya dari rumah. Bukankah untuk membesarkan anak di hadapan mata anda dengan tulang 4 kerat anda. 

Jadi jangan sesekali fikir bahawa kehadiran mereka mengganggu urusan kerja anda. Sebenarnya, apabila mereka mengganggu anda ini bermakna mereka inginkan perhatian anda. Tinggalkan sebentar urusan bisnes anda dan layan la mereka seketika. InsyaALLAH apabila mereka sudah puas pasti mereka mampu bermain dengan sendiri.

Jika anda rasa terlalu terdesak tak salah rasanya ambil pembantu rumah merangkap pengasuh di rumah. Sekurang-kurangnya rumah masih dalam keadaan sempurna dan anak-anak masih lagi membesar di hadapan mata anda. Tetapi harus diingatkan jangan lepas tangan 100% urusan rumah tangga kepada pembantu rumah.


#6 ELAKKAN DARIPADA TERIMA TERLALU BANYAK AKTIVITI 'SUKARELA'


Ramai yang beranggapan hanya kerana anda bekerja di rumah, anda boleh 'digunakan' untuk membantu mereka yang bekerja di luar. Contohnya anda diminta mengambil dan menjaga anak mereka jika berlaku kecemasan kepada pengasuh mereka. Walaupun niat anda ingin membantu tetapi harus diingatkan bisnes anda di rumah juga sepenting kerja mereka di luar.

Jadi amatlah penting anda memahami tanggungjawab anda ke atas kerja atau bisnes yang anda kendalikan setiap hari. Jangan sampai bisnes anda berhenti di separuh jalan. Dan jangan hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' pula.

Di harap tips ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan bermanfaat kepada anda. Tidak lupa juga, perbanyakkan lah baca Quran dan solat sunat di samping sentiasa berdoa agar Allah hindarkan kita daripada sikap cepat berputus asa. Hanya Dia sandaran terbaik buat kita sebagai seorang muslim.

Akhir kata semoga anda berjaya dunia dan akhirat.

Semenjak 2,3 menjak ini, pelbagai kes jenayah berlaku kepada bayi-bayi yang ditinggalkan dengan pengasuh oleh ibu bapa bekerjaya. Sehing...

0 comments: