Tips mudah untuk bebas hutang supaya dapat elakkan daripada blacklist

8/10/2015 nurul husna 0 Comments

cara elakkan daripada blacklist


Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih pada hari ini, segala urusan nampak seperti dipermudahkan. Segalanya berada di depan mata. Apa sahaja yang dihajatkan boleh diperolehi asalkan mampu.

Tapi, yang jadi masalah apabila kebanyakan masyarakat kita pada hari ini dibebani dengan hutang. Ini kerana terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk memudahkan kita berhutang.

Lebih menyedihkan apabila ramai di kalangan mereka yang telah diisytiharkan muflis adalah dalam golongan muda. Sepatutnya pada usia muda sebegitu, mereka sedang membina tapak yang kukuh untuk kehidupan masa hadapan. Malangnya, hutang ini telah memusnahkan masa depan mereka.

Abu Hurairah RA berkata; "Bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Jiwa seseorang yang beriman tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya."


Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan Ibn Majah

Daripada hadis ini memberi isyarat betapa beratnya kesan hutang ke atas seseorang dan amat lah digalakkan supaya mengelakkan hutang kecuali jika terpaksa.


BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELANGSAIKAN HUTANG ?



#1 Niatkan untuk melangsaikan setiap hutang


Sebelum anda membuat perjanjian pinjaman, niatkan terlebih dahulu bahawa anda akan melunaskan nya secepat mungkin. Niatkan dengan perasaan YAKIN tanpa WAS-WAS bahawa ALLAH akan membantu melangsaikan hutang dengan mudah.


#2 Catatkan setiap hutang


Amalan menulis hutang ini bukan sahaja berguna untuk rujukan anda di masa akan datang. Bahkan seandainya umur anda tidak panjang, waris boleh merujuk senarai tersebut untuk membantu melunaskan hutang. Hal ini juga dapat mengelakkan golongan yang tidak bertanggungjawab, menipu dan mendakwa bahawa semasa hayat anda pernah berhutang dengannya.

Oleh itu ambil masa anda untuk merekodkan segala hutang walaupun hanya amaun yang kecil. Asal sahaja anda ingat terus catatkan. Biar sahaja jika senarai tersebut beratus-ratus, berbuku-buku dan mengambil masa untuk menyenaraikan kesemuanya.

Apatah lagi jika zaman serba canggih sekarang, setiap orang pasti ada smartphone masing-masing. Jadi lebih mudah untuk catat serta-merta.


#3 Lihat setiap hari


Sesudah dicatatkan senarai hutang tersebut, tulis dengan jelas di mana-mana bahagian senarai itu yang mudah dilihat. 

Tulis, "Dengan izin Allah SWT, langsailah kesemua hutang ini dalam masa yang singkat, dengan cara dan sumber yang halal."


  • Tulis dan Baca dengan perasaan YAKIN

  • Semasa membaca serapkan perasaan TAKUT akan azab Allah jika anda tidak melangsaikan hutang tersebut.

  • Ingati perasaan ketika anda sangat gembira sepanjang hayat anda. Contohnya perasaan gembira ketika anda dapat result SPM straight A's. Rasai perasaan anda gembira ketika menerima hadiah paling berharga dalam hidup anda.

  • Kemudian serap perasaan tersebut dan bayangkan betapa gembira nya anda setelah semua hutang telah dilangsaikan.

#4 Jangan melambatkan bayar hutang


Rasulullah SAW memberi amaran tegas kepada mereka yang melengahkan hutang, sedangkan mereka berkemampuan.

Maksudnya; "Melambatkan bayaran hutang bagi orang kaya dan berkemampuan merupakan kezaliman."

Tetapi majoriti masyarakat kita sengaja mengelak dan merasakan betapa bangganya dan beruntungnya apabila dapat melepaskan diri daripada membayar hutang. Pada hakikatnya, mereka bakal diisytiharkan muflis di akhirat kelak apabila terpaksa membayar balik hutang tersebut dengan segala pahala daripada amalan mereka di dunia kepada si pemuitang.

#5 Potong yang telah selesai

Jika anda telah melangsaikan mana-mana hutang daripada senarai hutang anda, potong segera senarai tersebut dengan perasaan gembira dan bahagia walaupun sekadar amaun yang kecil.

Pastikan setiap hari juga anda melihat senarai yang telah dipotong ini. Lihat dengan perasaan yang sangat gembira.

#6 Jangan mudah terliur dengan SKIM

Ramai di antara kita yang muda terpengaruh dengan tawaran manis skim pelaburan cepat kaya yang memberikan pulangan berganda dalam masa yang singkat. Asal terlihat atau terdengar tentang buat duit banyak dalam masa singkat, tak perlu buat apa-apap (4D= Duduk Diam Dapat Duit) terus terliur. 

Sehinggakan ada yang sanggup menggunakan wang yang telah diperuntukkan untuk membayar hutang dan ada juga yang sanggup berhutang, gadai harta semata-mata ingin menyertai skim tersebut. Akhirnya duit hasil titik peluh lesap macam tu je dan senarai hutang pula yang bertambah.

#7 Cari sumber sampingan

Jika anda rasakan sumber kewangan anda sekarang sekadar cukup-cukup, cuba cari sumber pendapatan sampingan lain. Contohnya anda boleh bermula berniaga dengan modal yang kecil dan berisiko rendah. Ingatlah janji Allah akan membantu hambanya asal sahaja mereka berusaha.

Jangan lupa untuk mengamalkan amalan menjemput rezeki seperti solat dhuha, tahajud, zikir, istighfar, selawat, baca Quran, berdoa dan bersedekah.

Rasulullah SAW juga telah mengajar kita pelbagai doa untuk melangsaikan hutang dan menjemput rezeki. Antaranya;

amalan menjemput rezeki

amalan menjemput rezeki

Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih pada hari ini, segala urusan nampak seperti dipermudahkan. Segalanya berada di depan mata. ...

0 comments: