Cara memutihkan kulit wajah secara semulajadi dengan menggunakan bahan dari dapur rumah

9/27/2015 nurul husna 0 Comments

cara mencerahkan kulit

"Qu Puteh..Qu Puteh.. Barulah puteh.."

"Awek lawa..nampak lawa dia pakai NV.."

Ni antara trade mark daripada iklan-iklan produk pemutihan yang selalu je keluar tv..sampaikan anak saya yang sulong asyik dok mengajuk iklan tu.

Setiap hari ada je produk dan brand baru yang keluarkan produk pemutihan. Tapi AWAS !! Tahu tak anda banyak juga syarikat yang hanya menjual instant produk dan di rebranding dan repackaging menggunakan jenama mereka.

Jadi adalah penting anda berhati-hati dan tidak terlalu percaya dengan keberkesanan yang diwar-warkan. Kenal pasti bahan yang terkandung dalam produk terlebih dahulu dan adalah lebih baik mmilih produk yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) atau jabatan lain yang terlibat. Ini untuk mengelakkan kesan buruk daripada pengambilan produk-produk ini.

Selain daripada pengambilan produk kecantikan dan pemutihan yang ada di pasaran, anda juga boleh kembali ke keadah tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi daripada dapur rumah anda sahaja.

#1 Minum Air Putih Secukupnya


Tubuh kita sangat memerlukan bekalan air bersih untuk membantu menggantikan sel kulit yang telah mati dan menyingkirkan toksin dari dalam badan. Toksin dan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit dan dalam tubuh ini menyebabkan kulit anda kelihatan sembab dan tidak bermaya.

Minum sekurang-kurangnya 2 liter air putih setiap hari. Apabila tubuh mendapat bekalan air yang cukup, kulit kelihatan lembap, bersih dan cerah semula jadi. Secara tak langsung sistem dalam akan berfungsi lebih baik. Amalan ini juga antara cara efektif menurunkan berat badan. Seelok-eloknya ambil air yang telah ditapis kerana bebas daripada bahan logam dan bendasing.

#2 Berendam dengan Air Beras


Ketika mencuci beras, air bilasan ini jangan dibuang sebaliknya asingkan di dalam besen atau baldi. Jangan ingat air beras ni bagus untuk suburkan tanaman je tau. Bahkan ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan, ia dikatakan dapat membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit.

Senang je, amalkan berendam di dalam air beras selama 15 hingga 20 minit setiap hari. InsyaAllah kulit akan beransur menjadi lebih cerah.

#3 Mandi dengan air rendaman limau nipis


Semua tau kan...kebanyakan spa mesti akan gunakan limau nipis sebagai salah satu ramuan rahsia. Ini kerana selain dapat menghilangkan bau badan, limsu nipis pun membantu mencerahkan tona kulit yang tidak sekata.

Caranya senang je; potong limau nipis..letakkan dalam air mandian samada dalam bath tub, baldi atau besen. Amalkan setiap hari.

#4 Lumur dengan yogurt asli


Ramai orang yang suka makan yogurt termasuklah saya..tapi sata suka makan yogurt yang berperisa strawberi. Di samping enak dimakan yogurt asli pun boleh bantu cerahkan dam lembutkan kulit.

Caranya lumur yogurt asli pada wajah dan leher. Buat macam masker tu. Bila dah kering baru bilas dengan air bersih. Boleh jugak dicampurkan dengan ESP shaklee.

Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anda pasti tersenyum lebar nanti. Lagipun masker ini berasaskan sumber asli dan bebas bahan kimia berbahay jadi ianya selamat untuk kulit.

#5 Skrub tomato


Setiap kali sebelum tidur, setelah selesai mencuci muka dengan pencuci wajah kegemaran anda (pilihan saya Gentle Deep Foaming Cleanser, Nutriwhite Shaklee), lap wajah sehingga kering dengan tuala yang bersih. Ambil sebijik tomato, belah kepada dua bahagian dan gosokkan pada wajah perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit dan bilas. 

Kulit anda nampak lebih bersih dan cerah dalam masa yang singkat. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

#6 Masker Betik


Kisar buah betik atau boleh juga dilenyek, kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapat lihat perubahan kulit yang semakin halus dan cerah.

Senangkan..selamat mengamalkannya. Jangan malas-malas. 

Kecantikan memerlukan kerajinan.

Sebenarnya banyak lagi bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk memutihkan kulit tapi saya kongsikan bahan yang mudah ditemui sahaja.

"Qu Puteh..Qu Puteh.. Barulah puteh.." "Awek lawa..nampak lawa dia pakai NV.." Ni antara trade mark daripada...

0 comments: